Connect with us

Terkini

Genosid Palestin: ‘Two state solution’ tidak relevan – Tun M

Solusi ‘two state solution’ dilihat tidak relevan digunakan dalam pelan perdamaian bagi menyelesaikan isu genosid rakyat Palestin oleh rejim penjajah Israel, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir.

Avatar

Published

on

Foto: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
  • Solusi ‘two state solution’ diilihat tidak relevan digunakan dalam pelan perdamaian bagi menyelesaikan isu genosid rakyat Palestin oleh rejim penjajah Israel, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir.
  • Menurut beliau, cara tersebut telah digunakan pada suatu ketika oleh pemimpin Fatah, Yasser Arafat.
  • Dr Mahathir berkata, Israel hakikatnya tidak mahu menggunapakai pelan tersebut sebaliknya ingin menguasai keseluruhan tanah air tersebut.

PUTRAJAYA- Solusi ‘two state solution’ dilihat tidak relevan digunakan dalam pelan perdamaian bagi menyelesaikan isu genosid rakyat Palestin oleh rejim penjajah Israel, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir.

Menurut beliau, cara tersebut telah diguna pakai pada suatu ketika oleh pemimpin Fatah, Yasser Arafat.

Rejim zionis bagaimanapun menurut Tun Dr Mahathir, tidak menerima pakai pelan itu sebaliknya ingin menguasai keseluruhan tanah air tersebut.

“Pada masa itu, Yasser Arafat setuju dengan solusi ‘two state solution’ dan begitu juga dengan pihak Israel. Akan tetapi mereka tidak tunaikan janji tersebut.

“Bahkan Palestin tidak boleh mempunyai ‘state’. Mereka hanya mempunyai badan berautoriti. Jika diikutkan, kawasan Palestin perlu diberikan hak pemilikan sepenuhnya. 

“Namun kita tahu, Israel telah membina penempatan bagi rakyat mereka di kawasan itu. Saya tidak fikir ‘two state solution’ akan menyelesaikan masalah kerana mereka (Israel) tidak mahu pun melihat perkara itu,” katanya pada Selasa.

Sebelum ini, media melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi sokongan terhadap Inisiatif Keamanan Arab untuk mempermudah ke arah penyelesaian ‘two state solution’.

Advertisement

Tun Dr Mahathir berkata demikian dalam sidang media Humanity Movement Hentikan Sekatan Bantuan Kemanusiaan Dunia Ke Gaza Di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini.

Beliau turut menggesa semua negara Islam khususnya pengeluar utama minyak dan gas menghentikan penjualan bukan sahaja kepada Israel, malah negara yang menyokong rejim penjajah itu terutama Amerika Syarikat dan Eropah.

Usaha berkenaan penting sebagai tekanan bagi menghentikan serangan Israel ke atas Palestin yang kini berhadapan genosid.- The Merdeka Times.

Author

Terkini

Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat

Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan menegaskan nilai kredit eMadani tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
  • Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.
  • “Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.
  • “Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PUTRAJAYA – Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.

Menurut MOF, pihaknya tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan peer-to-peer atau penebusan tunai itu, justeru orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dengan tawaran perkhidmatan berkenaan oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial.

“Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan ‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.

“Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas MOF, program eMADANI diluncurkan bertujuan untuk menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.

Pendaftaran program eMADANI dibuka sehingga 20 Februari 2024 dan akan memanfaatkan seramai 10 juta rakyat dewasa yang layak, meliputi golongan B40 dan M40.

Advertisement

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion bagi program berkenaan seperti diumumkan pada majlis peluncuran kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat pada 27 Julai lalu.

Sumber : Utusan

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending