Connect with us

Terkini

Sewa lesen perniagaan kepada warga asing boleh dikenakan tindakan bawah Akta anti-Ali Baba

Undang-undang anti-Ali Baba yang akan diperkenalkan kerajaan membolehkan tindakan dikenakan terhadap rakyat tempatan yang ‘menyewakan’ lesen perniagaan kepada pekerja asing tanpa menepati syarat ditetapkan.

Avatar

Published

on

Sewa lesen perniagaan kepada warga asing boleh dikenakan tindakan bawah Akta anti-Ali Baba
Foto: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
  • Undang-undang anti-Ali Baba yang akan diperkenalkan kerajaan membolehkan tindakan dikenakan terhadap rakyat tempatan yang ‘menyewakan’ lesen perniagaan kepada pekerja asing tanpa menepati syarat ditetapkan.
  • Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata isu lambakan pekerja asing di negara ini berpunca daripada ketergantungan kita terhadap pekerja asing di mana ia bermula sejak berpuluh tahun lalu.
  • “Ia bermula dengan pergantungan kita kepada pekerja asing. Tanya majikan, majikan kata orang kita tak nak dah buat kerja dalam industri tertentu. Sebahagiannya soal gaji, tapi dengan gaji minimum, gajinya lebih berdaya saing berbanding dulu.
  • “Yang berlaku sekarang adalah kesan dari berpuluh tahun yang lepas. Bila pekerja asing dah ramai, orang kita pula pergi sewa-kan dan bagi lesen (dengan cara Ali Baba) untuk mereka buat perniagaan,” katanya menerusi hantaran di platform X di sini, semalam. 

KUALA LUMPUR – Undang-undang anti-Ali Baba yang akan diperkenalkan kerajaan membolehkan tindakan dikenakan terhadap rakyat tempatan yang ‘menyewakan’ lesen perniagaan kepada pekerja asing tanpa menepati syarat ditetapkan.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata isu lambakan pekerja asing di negara ini berpunca daripada ketergantungan kita terhadap pekerja asing di mana ia bermula sejak berpuluh tahun lalu.

“Ia bermula dengan pergantungan kita kepada pekerja asing. Tanya majikan, majikan kata orang kita tak nak dah buat kerja dalam industri tertentu. Sebahagiannya soal gaji, tapi dengan gaji minimum, gajinya lebih berdaya saing berbanding dulu.

“Yang berlaku sekarang adalah kesan dari berpuluh tahun yang lepas. Bila pekerja asing dah ramai, orang kita pula pergi sewa-kan dan bagi lesen (dengan cara Ali Baba) untuk mereka buat perniagaan,” katanya menerusi hantaran di platform X di sini, semalam. 

Rafizi berkata, antara langkah dijalankan kerajaan ketika ini untuk menyelesaikan isu itu adalah memuktamadkan sasaran pengurangan pekerja asing secara berperingkat menjelang 2030 dalam Rancangan Malaysia ke-13.

“Salah satunya ialah reformasi pasaran kerja, gaji progresif, latihan dalam industri (AiI), memuktamadkan phasing down pekerja asing melalui levi pelbagai peringkat (MTL),” katanya.

Beliau berkata, kesemua langkah itu memerlukan keseimbangan supaya tiada kesan drastik kepada industri yang banyak bergantung kepada pekerja asing.

“Tetapi seperti pesan saya kepada majikan dan industri, it is coming because we cannot afford to continue like this,” kata Rafizi.

Pada 14 Julai lalu, kerajaan dilaporkan akan memperkenalkan undang-undang anti-Ali Baba dalam usaha menghapuskan amalan berkenaan dalam sektor ekonomi di negara ini.

Rafizi berkata pengenalan undang-undang itu perlu dibuat bagi memastikan usaha menghapuskan amalan Ali Baba tidak dibuat secara cakap kosong, sebaliknya menerusi akta khusus.

Katanya, penyelesaian menyeluruh dan berstruktur diperlukan bagi menghentikan budaya Ali Baba, selain negara dianggarkan mengalami kerugian antara RM17 juta hingga RM18 juta susulan amalan terbabit. — The Merdeka Times

Sumber: X Rafizi Ramli

Author

Terkini

“Pengecut” tempelak KJ apabila Wan Fayhsal digantung 6 bulan susulan isu MAHB

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menempelak tindakan menggantung Ahli Parlimen Machang daripada Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan bermula hari ini,  sebagai “pengecut”.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (kiri) & Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (kanan).
  • Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menempelak tindakan menggantung Ahli Parlimen Machang daripada Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan bermula hari ini,  sebagai “pengecut”.
  • Ia susulan kenyataan Wan Fayhsal mengenai surat layang didakwa mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
  • Pengecut. Kamu mempermainkan dia (Wan Fayhsal) dengan mengatakan dia berbahasa jargon, tidak tahu apa-apa. 
  • “Akhirnya, kamu menyalahgunakan kuasa legislatif untuk mengusirnya selama enam bulan. Jelas sekali, dia sudah mengganggu kamu. 
  • “Boneka BlackRock. Harap duit Zionis itu berbaloi,” katanya menerusi hantaran di Instagram di sini hari ini dengan memuat naik tangkap layar satu ciapan X berkenaan artikel bertajuk, ‘Dewan Rakyat lulus usul gantung 6 bulan Wan Fayhsal’.
  • Wan Fayhsal ketika mengulas tindakan dikenakan terhadapnya itu menyatakan bahawa beliau ‘dipaksa mengundurkan diri’ dan langsung tidak diberi peluang untuk membela diri ketika usul menggantungnya di Dewan Rakyat hari ini.

KUALA LUMPUR — Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menempelak tindakan menggantung Ahli Parlimen Machang daripada Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan bermula hari ini,  sebagai “pengecut”.

Ia susulan kenyataan Wan Fayhsal mengenai surat layang didakwa mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Mengulas tindakan dikenakan terhadap Wan Fayhsal, Khairy menyifatkan pihak terbabit sebagai pengecut dan jelas menunjukkan mereka sebenarnya ‘terganggu’ dengan kenyataan Wan Fayhsal berkenaan isu dibangkitkan.

Khairy yang juga lantang mengkritik penjualan saham MAHB kepada syarikat pro zionis, BlackRock-Global Infrastructure Partners (GIP), secara sarkastik berharap adalah berbaloi pihak terbabit ‘menerima’ duit zionis.

Pengecut. Kamu mempermainkan dia (Wan Fayhsal) dengan mengatakan dia berbahasa jargon, tidak tahu apa-apa. 

“Akhirnya, kamu menyalahgunakan kuasa legislatif untuk mengusirnya selama enam bulan. Jelas sekali, dia sudah mengganggu kamu. 

“Boneka BlackRock. Harap duit Zionis itu berbaloi,” katanya menerusi hantaran di Instagram di sini hari ini dengan memuat naik tangkap layar satu ciapan X berkenaan artikel bertajuk, ‘Dewan Rakyat lulus usul gantung 6 bulan Wan Fayhsal’.

Foto: Tangkap layar hantaran KJ di Instagram beliau hari ini.

Artikel itu antaranya menyatakan usul menggantung Ahli Pembangkang itu dibuat melalui undi belah bahagi yang menyaksikan 110 Ahli Parlimen menyokong, 63 tidak bersetuju, tiga tidak mengundi dan 46 tidak hadir.

Menteri di Jabatan Perdana (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said ketika membentangkan usul itu berkata Dewan Rakyat memandang serius kenyataan Wan Fayhsal berhubung surat layang yang telah tular dan didakwa mengandungi maklumat dalang sebenar di sebalik pengambilalihan MAHB.

Azalina berkata Wan Fayhsal yang ketika itu membahaskan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 2021 dan Tahun 2022 di Dewan Rakyat telah menamakan seorang pegawai dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai dalang.

Beliau berkata perbuatan itu telah memberi kesan buruk bukan sahaja kepada individu didakwa, tetapi juga secara umum pegawai agensi di bawah kementerian yang mungkin teraniaya kerana tuduhan tidak berasas itu.

Foto: Tangkap layar hantaran Wan Fayhsal di Facebook di sini hari ini.

Dalam pada itu, Wan Fayhsal ketika mengulas tindakan dikenakan terhadapnya menyatakan bahawa beliau ‘dipaksa mengundurkan diri’ dan langsung tidak diberi peluang untuk membela diri ketika usul menggantungnya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata kesan penggantungan itu beliau akan terlepas berbahas Belanjawan 2025 pada sidang Oktober ini.

Satu lagi titik hitam dalam demokrasi berparlimen negara. Saya langsung tidak diberi peluang untuk membela diri dalam Dewan tadi.

“Kesan daripada penggantungan ini ialah saya akan terlepas berbahas Belanjawan 2025 dalam sidang Oktober nanti.

“Machang dipaksa mengundurkan diri. Jumpa tahun depan,” katanya di Facebook hari ini. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending