Connect with us

Terkini

KKM larang iklan, promosi produk vape

Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 yang dibentang di Dewan Rakyat bagi bacaan kali kedua kelmarin, menetapkan kawal selia menyeluruh dilaksanakan bagi pengeluaran semua produk merokok termasuk rokok elektronik seperti vape.

Wartawan TMT

Published

on

KKM larang iklan, promosi produk vape
Foto: Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.
  • Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 yang dibentang di Dewan Rakyat bagi bacaan kali kedua kelmarin, menetapkan kawal selia menyeluruh dilaksanakan bagi pengeluaran semua produk merokok termasuk rokok elektronik seperti vape.
  • Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata rokok elektronik atau vape tidak lagi boleh diiklan, dipromosi dan terbabit dalam tajaan selepas RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 berkuat kuasa.
  • Katanya, peruntukan larangan pengiklanan, promosi dan tajaan produk merokok yang dikuat kuasa dalam undang-undang sedia ada, diperluaskan kepada semua produk termasuk rokok elektronik, produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau tiruan.

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 yang dibentang di Dewan Rakyat bagi bacaan kali kedua kelmarin, menetapkan kawal selia menyeluruh dilaksanakan bagi pengeluaran semua produk merokok termasuk rokok elektronik seperti vape.

Pada masa sama, RUU itu bertujuan mengatasi kelompongan undang-undang susulan pengecualian cecair vape bernikotin daripada senarai bahan terkawal Akta Racun 1952.

Ia juga selari usaha kerajaan melaksanakan cukai ke atas penjualan cecair vape untuk rokok elektronik (e-rokok) pada kadar 40 sen setiap mililiter (ml) mulai 1 April 2023.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata rokok elektronik atau vape tidak lagi boleh diiklan, dipromosi dan terbabit dalam tajaan selepas RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 berkuat kuasa.

Katanya, peruntukan larangan pengiklanan, promosi dan tajaan produk merokok yang dikuat kuasa dalam undang-undang sedia ada, diperluaskan kepada semua produk termasuk rokok elektronik, produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau tiruan.

“RUU itu menerusi Fasal 3, 4, 5 dan 6 turut memperuntukkan semua pengimport dan pengilang produk merokok wajib membuat pendaftaran kepada setiap produk tembakau yang dihasilkan untuk pasaran Malaysia.

“Ini penting dan kritikal kerana ia membolehkan setiap produk direkod spesifikasi dan kandungannya, selain memudahkan penguatkuasaan di lapangan termasuk mengenal pasti produk tidak berdaftar,” katanya membentangkan RUU terbabit di Dewan Rakyat, kelmarin.

Dr Zaliha menjelaskan, RUU itu penting untuk dikuatkuasakan, bukan sahaja bagi mengatasi kelompongan perundangan sedia ada dan melindungi golongan bukan perokok kepada kesan sampingan asap rokok, malah kepada golongan kanak-kanak atau didefinisikan sebagai Orang Belum Dewasa (OBD).

Katanya, statistik terkini menunjukkan lima juta rakyat Malaysia dalam lingkungan umur 15 tahun dan ke atas adalah perokok, malah dengan kewujudan dan trend vape akan menjadikan jumlah perokok dalam lingkungan usia berkenaan terus meningkat.

“Tinjauan kesihatan dan komorbiditi kebangsaan mendapati jumlah perokok dalam lingkungan usia itu bermula seawal 15 tahun, meningkat sekali ganda kepada 1.2 juta pada 2019 berbanding 600,000 perokok pada 2016,” katanya.

Dr Zaliha berkata, RUU itu akan mengawal selia tiga kategori produk merokok iaitu pertama, produk tembakau yang ditafsir sebagai tembakau yang diproses atau apa-apa produk mengandungi tembakau bagi kegunaan manusia.

“Kedua, apa-apa gabungan bahan digunakan untuk merokok termasuk nikotin, Propylene Glycol, Glycerol atau Triethylene glycol (yang boleh didapati di dalam rokok elektronik).

“Ketiga, produk pengganti tembakau iaitu apa-apa produk yang diproses selain produk tembakau (seperti daun nipah) yang boleh digunakan dengan atau tanpa bahan merokok,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Kenapa kerajaan gelojoh gadaikan 30 peratus saham MAHB kepada syarikat asing? – Radzi Jidin

Ahli Parlimen pembangkang, Datuk Dr Radzi Jidin mempersoalkan tindakan Kerajaan Madani yang dilihat ‘gelojoh’ hendak menjual 30 peratus saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kepada syarikat asing yang membabitkan kepentingan aset strategik negara.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin.
  • Ahli Parlimen pembangkang, Datuk Dr Radzi Jidin mempersoalkan tindakan Kerajaan Madani yang dilihat ‘gelojoh’ hendak menjual 30 peratus saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kepada syarikat asing yang membabitkan kepentingan aset strategik negara.
  • Radzi berkata MAHB bukan sebuah syarikat yang rugi dan bermasalah, sebaliknya MAHB mencatatkan keuntungan RM543 juta dengan jumlah tunai di dalam akaun RM1.845 billion untuk tahun kewangan 2023.
  • Beliau berkata melihat kepada potensi pertumbuhan sektor pelancongan di seluruh dunia, MAHB mempunyai ruang cukup luas untuk mencatatkan pertumbuhan keuntungan lebih baik.
  • Hakikatnya, aset logistik, khususnya di Asia, menjadi buruan pelbagai pihak. Apatah lagi kedudukan geografi Malaysia yang amat strategik. 
  • “Jadi, ketika mana kita tahu semua pihak ingin mencari peluang memiliki aset strategik di rantau ini, mengapa Kerajaan begitu gelojoh ingin menggadaikan blok 30 peratus saham MAHB kepada syarikat asing?,” kata Radzi dalam satu kenyataan media di sini hari ini.
  • “Apa yang paling mencurigakan dan tidak masuk akal adalah apabila Kerajaan sanggup mengambil risiko disumpah seranah oleh rakyat kerana dalam waktu dan ketika saudara kita di Palestin ditindas oleh Israel, Kerajaan menjual kepentingan dalam MAHB kepada GIP yang dimiliki oleh BlackRock yang dikatakan pro-Israel!
  • “Apakah terdapat faktor yang jauh lebih besar menyebabkan Kerajaan sanggup secara terbuka menunjukkan sikap tidak sensitif terhadap apa yang berlaku di Palestin?,” kata Radzi.
  • Beliau menggesa Kerajaan, melalui  Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), membatalkan tawaran sukarela prasyarat yang dibuat Gateway Development Alliance (GDA).

KUALA LUMPUR — Ahli Parlimen pembangkang, Datuk Dr Radzi Jidin mempersoalkan tindakan Kerajaan Madani yang dilihat ‘gelojoh’ hendak menjual 30 peratus saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kepada syarikat asing yang membabitkan kepentingan aset strategik negara.

Radzi yang juga Ahli Parlimen Putrajaya berkata, MAHB bukan sebuah syarikat yang rugi dan bermasalah, sebaliknya MAHB mencatatkan keuntungan RM543 juta dengan jumlah tunai di dalam akaun RM1.845 billion untuk tahun kewangan 2023.

Beliau berkata melihat kepada potensi pertumbuhan sektor pelancongan di seluruh dunia, MAHB mempunyai ruang cukup luas untuk mencatatkan pertumbuhan keuntungan lebih baik.

Hakikatnya, aset logistik, khususnya di Asia, menjadi buruan pelbagai pihak. Apatah lagi kedudukan geografi Malaysia yang amat strategik. 

“Jadi, ketika mana kita tahu semua pihak ingin mencari peluang memiliki aset strategik di rantau ini, mengapa Kerajaan begitu gelojoh ingin menggadaikan blok 30 peratus saham MAHB kepada syarikat asing?

“Jika diambil beberapa contoh negara serantau seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Vietnam, syarikat yang menguruskan  lapangan terbang di negara tersebut dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan atau dimiliki sebahagian besarnya oleh Kerajaan tanpa  diberikan satu blok saham yang besar kepada syarikat asing.

“Jadi di mana rasionalnya keputusan menggadaikan blok 30 peratus saham MAHB ini? Kalau hendak dikatakan MAHB membebankan,  tentunya tidak. Untung MAHB pada tahun 2023 adalah RM543 juta  dengan tunai di tangan sebanyak RM1.845 billion,” kata Radzi dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Radzi berkata MAHB juga mempunyai pengalaman cukup panjang dan kedudukan kewangan baik, termasuk menguruskan Istanbul Sabiha Gökçen International Airport di Turkiye sekiranya hendak dikatakan MAHB tiada kepakaran.

Katanya, jika syarikat itu memerlukan kepakaran sekalipun, tidak bolehkah sekiranya ia diperolehi tanpa menggadaikan 30 peratus saham MAHB kepada syarikat asing.

Katanya, situasi itu jelas menunjukkan tiada keperluan mendesak untuk menjual blok 30 peratus saham MAHB kepada syarikat asing. 

“Siapa sebenarnya yang  akan mendapat manfaat dan mengaut keuntungan daripada urus  niaga ini?

“Apa yang paling mencurigakan dan tidak masuk akal adalah apabila Kerajaan sanggup mengambil risiko disumpah seranah oleh rakyat kerana dalam waktu dan ketika saudara kita di Palestin ditindas oleh Israel, Kerajaan menjual kepentingan dalam MAHB kepada GIP yang dimiliki oleh BlackRock yang dikatakan pro-Israel!

“Apakah terdapat faktor yang jauh lebih besar menyebabkan Kerajaan sanggup secara terbuka menunjukkan sikap tidak sensitif terhadap apa yang berlaku di Palestin?,” katanya.

Radzi  berkata adalah jelas tiada keperluan mendesak bagi kerajaan menyah senaraikan MAHB untuk diberikan blok 30 peratus saham kepada syarikat asing. 

Justeru, beliau menggesa supaya Kerajaan, melalui  Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), membatalkan tawaran sukarela prasyarat yang dibuat Gateway Development Alliance (GDA).

Pada 15 Mei lalu, GDA dan pemegang sahamnya (Konsortium) mengumumkan tawaran sukarela prasyarat untuk mengambil alih semua saham dalam MAHB yang belum dimiliki Konsortium berkenaan, pada harga tawaran RM11.00 bagi setiap saham yang bersamaan dengan RM18.4 billion.

Konsortium itu diterajui dua Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan Malaysia – Khazanah menerusi anak syarikat milik penuhnya, UEM Group Berhad (UEMG), KWSP, anak syarikat milik penuh Abu Dhabi Investment Authority (ADIA) dan dana diuruskan Global Infrastructure Partners (GIP) salah satu pelabur infrastruktur terkemuka dunia dengan pengalaman memiliki dan menguruskan lapangan terbang.

Apabila tawaran itu selesai sepenuhnya, Khazanah dilaporkan akan meningkatkan pemilikannya dalam MAHB daripada 33.2 peratus kepada 40 peratus, manakala KWSP daripada 7.9 peratus kepada 30 peratus.

Secara kolektif, pelabur Malaysia akan memiliki 70 peratus saham MAHB, manakala ADIA dan GIP akan memiliki baki 30 peratus. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending