Connect with us

Terkini

Dana Aman Palestin tidak boleh dikeluarkan hingga siasatan selesai – Azam Baki

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menolak gesaan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya Aman Palestin Berhad dibenarkan menyalurkan dana bantuan RM10 juta daripada akaun dibekukan bagi membantu rakyat Palestin berdepan musim sejuk.

Wartawan TMT

Published

on

Dana Aman Palestin tidak boleh dikeluarkan hingga siasatan selesai – Azam Baki
Foto: Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.
  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menolak gesaan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya Aman Palestin Berhad dibenarkan menyalurkan dana bantuan RM10 juta daripada akaun dibekukan bagi membantu rakyat Palestin berdepan musim sejuk.
  • Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata SPRM tidak boleh sewenang-wenangnya mengeluarkan dana itu sehingga semua siasatan selesai.
  • “Sebagai badan penguatkuasaan antirasuah, SPRM memandang serius kes ini kerana ia adalah kepentingan awam, dan berkemungkinan akan menjadi contoh bagaimana derma awam boleh dan tidak boleh digunakan,” katanya dalam kenyataan dipetik media tempatan, di sini hari ini.
  • Semalam, Tun Mahathir, yang juga bekas Perdana Menteri, meminta SPRM untuk membenarkan Aman Palestin menggunakan RM10 juta daripada akaun dibekukan untuk membantu penduduk di Gaza yang berdepan musim sejuk mendesak.

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menolak gesaan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya Aman Palestin Berhad dibenarkan menyalurkan dana bantuan RM10 juta daripada akaun dibekukan bagi membantu rakyat Palestin berdepan musim sejuk.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata SPRM tidak boleh sewenang-wenangnya mengeluarkan dana itu sehingga semua siasatan selesai.

Katanya, siasatan dijalankan bagi memastikan dana diperoleh hasil derma awam bernilai jutaan ringgit itu digunakan dengan telus.

“Sebagai badan penguatkuasaan antirasuah, SPRM memandang serius kes ini kerana ia adalah kepentingan awam, dan berkemungkinan akan menjadi contoh bagaimana derma awam boleh dan tidak boleh digunakan,” katanya dalam kenyataan dipetik media tempatan, di sini hari ini.

Semalam, Tun Mahathir, yang juga bekas Perdana Menteri, meminta SPRM untuk membenarkan Aman Palestin menggunakan RM10 juta daripada akaun dibekukan untuk membantu penduduk di Gaza yang berdepan musim sejuk mendesak.

Dr Mahathir berkata keengganan SPRM membenarkan dana itu disalurkan kepada negara konflik terbabit dilihat seakan-akan agensi penguatkuasa tersebut turut sama mendera rakyat Palestin yang memang sedang menderita akibat kezaliman rejim penjajah Israel.

SPRM sebelum ini membekukan 41 akaun bank milik Aman Palestin dan beberapa entiti lain berjumlah RM15,868,762.00 berhubung siasatan agensi penguatkuasaan itu terhadap dakwaan syarikat pertubuhan amal berkenaan menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai sejak 17 Oktober lalu.

Susulan pembekukan akaun itu, Aman Palestin dilaporkan mengakui misi bantuan kemanusiaannya di beberapa negara berkenaan akan terjejas.

Pada 27 November lalu, Aman Palestin memberi tempoh selama tiga hari kepada SPRM untuk menyahbekukan akaunnya berhubung isu kutipan dana organisasi itu.

Peguam Aman Palestin, Rafique Rashid berkata, tindakan perundangan akan diambil jika pihak suruhanjaya itu gagal berbuat demikian dalam tempoh diberikan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending