Connect with us

Terkini

Ambil tindakan tegas individu hasut normalisasi, sokong rejim zionis Israel – GSPP

Tindakan individu menggesa supaya Kedutaan Israel dibuka di Malaysia dilihat cubaan menormalisasikan hubungan Malaysia dengan rejim zionis haram, kata Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP), Muhammad Fauzi Asmuni.

Avatar

Published

on

Foto: Victor Yong Jen Ong (kiri) dan Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP), Muhammad Fauzi Asmuni (kanan).
  • Tindakan individu menggesa supaya Kedutaan Israel dibuka di Malaysia dilihat cubaan menormalisasikan hubungan Malaysia dengan rejim zionis haram, kata Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP), Muhammad Fauzi Asmuni.
  • “Dia sengaja menimbulkan ataupun mencuba-cuba create (mencipta) satu isu untuk menormalisasikan hubungan Malaysia dengan Israel,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times, di sini hari ini. 
  • Beliau mengulas kenyataan individu dipercayai warga Malaysia bernama Victor Yong Jen Ong menggesa Kedutaan Israel dibuka di Malaysia menerusi rakaman videonya bersama seorang pempengaruh warga Israel.
  • Fauzi Asmuni berkata tindakan undang-undang harus dikenakan ke atas mana-mana warga Malaysia yang membawa gerakan menghasut rakyat Malaysia menyokong rejim penjajah Israel. 

KUALA LUMPUR – Tindakan individu menggesa supaya Kedutaan Israel dibuka di Malaysia dilihat cubaan menormalisasikan hubungan Malaysia dengan rejim zionis haram, kata Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP), Muhammad Fauzi Asmuni.

Beliau berkata ia juga menunjukkan individu itu tidak memahami polisi dan dasar Malaysia yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel. 

“Jadi sebenarnya dia sepatutnya merujuk kepada dasar dan polisi sedia ada. 

“Penubuhan kedutaan Israel itu sebenarnya amat-amat berlanggar dengan dasar kerajaan sekarang ini yang tidak ada hubungan diplomatik dengan Israel.

“Dia sengaja menimbulkan ataupun mencuba-cuba create (mencipta) satu isu untuk menormalisasikan hubungan Malaysia dengan Israel,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times, di sini hari ini. 

Beliau mengulas kenyataan individu dipercayai warga Malaysia bernama Victor Yong Jen Ong menggesa Kedutaan Israel dibuka di Malaysia menerusi rakaman videonya bersama seorang pempengaruh warga Israel.

Victor sebelum ini dilaporkan berkata Kedutaan Israel mesti dibuka di Malaysia, mengikut jejak langkah Emiriah Arab Bersatu dan Bahrain. 

Mengulas lanjut, Fauzi Asmuni berkata tindakan undang-undang harus dikenakan ke atas mana-mana warga Malaysia yang membawa gerakan menghasut rakyat Malaysia menyokong rejim penjajah Israel. 

Beliau berkata rakyat Malaysia sepatutnya menyokong dasar kerajaan yang sentiasa berpihak kepada pembebasan Palestin daripada dijajah negara haram itu. 

“Dia (individu menyokong Israel) sepatutnya diperbetulkan dan juga dikenakan satu tindakan undang-undang sekiranya dia membawa satu gerakan menghasut rakyat Malaysia untuk menyokong Israel,” katanya. 

Fauzi Asmuni berkata tindakan Victor dilihat sebagai cubaan menggugat keharmonian negara dengan menjadikan Malaysia sebagai negara yang mengiktiraf keganasan dilakukan rejim Israel terhadap Palestin. 

Ekoran kenyataan itu, setakat ini, satu laporan polis dibuat di ibu negara bagi menuntut siasatan di jalankan ke atas individu terbabit. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Enjin carian dikuasakan AI kemungkinan langgar hak cipta kandungan berita – Media Jepun

Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.
  • Sebuah badan mewakili media massa di negara ‘Matahari Terbit’ itu berkata syarikat yang mengendalikan enjin carian dikuasakan AI seperti Google LLC dan Microsoft Corp. harus mendapatkan persetujuan daripada organisasi berita untuk kandungan.
  • Persatuan Penerbit dan Editor Akhbar Jepun berkata penggunaan AI oleh syarikat-syarikat itu “berkemungkinan melanggar hak cipta,” lapor Kyodo News yang berpangkalan di Tokyo, dipetik agensi berita Anadolu.
  • Persatuan media itu menyatakan kebimbangan tentang “kemungkinan ketidaktepatan dalam respons yang dihasilkan enjin carian AI”, sekali gus boleh membahayakan artikel sumber itu sendiri sebagai “salah dan merosakkan kredibiliti organisasi berita”.
  • Menyatakan situasi terbabit sebagai “perkara mendesak,” persatuan itu turut menggesa kerajaan Jepun “menyemak undang-undang yang berkaitan dengan harta intelek, seperti akta hak cipta”.

Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.

Sebuah badan mewakili media massa di negara ‘Matahari Terbit’ itu berkata syarikat yang mengendalikan enjin carian dikuasakan AI seperti Google LLC dan Microsoft Corp. harus mendapatkan persetujuan daripada organisasi berita untuk kandungan.

Persatuan Penerbit dan Editor Akhbar Jepun berkata penggunaan AI oleh syarikat-syarikat itu “berkemungkinan melanggar hak cipta,” lapor Kyodo News yang berpangkalan di Tokyo, dipetik agensi berita Anadolu.

Persatuan itu juga menyatakan kebimbangan mengenai “kemungkinan ketidaktepatan dalam respons yang dihasilkan enjin carian AI”.

Ia boleh membahayakan artikel sumber itu sendiri sebagai “salah dan merosakkan kredibiliti organisasi berita,” katanya.

“Enjin carian AI kadangkala mengembalikan respons yang tidak tepat kerana mereka menggunakan semula atau mengubah suai artikel secara tidak wajar,” kata persatuan itu.

Persatuan itu berkata syarikat harus memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan perkhidmatan mereka sebelum pelancaran.

Menyatakan situasi terbabit sebagai “perkara mendesak,” persatuan itu turut menggesa kerajaan Jepun “menyemak undang-undang yang berkaitan dengan harta intelek, seperti akta hak cipta”.

Kenyataan itu turut menunjukkan “isu ‘carian sifar klik’, di mana pengguna tidak melawat sumber asal (artikel/kandungan)”.

“Kekurangan trafik boleh membawa kepada pengurangan aktiviti pelaporan organisasi berita, yang kemudiannya akan memberi kesan negatif kepada demokrasi dan budaya,” kata persatuan itu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending