Connect with us

Terkini

Tuan Ibrahim selar dakwaan Tze Tzin bahawa poligami ajaran PAS

Pas menyelar kenyataan Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin sebagai biadab dan kurang ajar kerana mendakwa poligami adalah ajaran parti Islam itu.

Wartawan TMT

Published

on

Tuan Ibrahim selar dakwaan Tze Tzin bahawa poligami ajaran PAS
Foto: Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin & Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
  • Pas selar kenyataan Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin biadab dan kurang ajar kerana dakwa poligami ajaran parti Islam itu.
  • Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sebaliknya tegaskan, dalam hal poligami, perkara itu dibenarkan syarak dan Islam dengan syarat tertentu serta pematuhan terhadap aspek undang-undang.
  • “Ini tulisan yang sangat biadap, sangat kurang ajar. Dia (Tze Tzin) kena faham bahawa isu yang saya bangkitkan bukan isu poligami. Isu yang saya bangkitkan ialah apa peranan kerajaan dalam menyelesaikan masalah dihadapi oleh rakyat kita.
  • “Sebahagian besarnya ialah golongan mereka yang lambat kahwin dan sebagainya. Itu isunya, bukan isu poligami itu,” katanya ketika ditemui pemberita di Parlimen hari ini.
  • Tze Tzin menerusi tulisannya dalam platform X mendakwa ajaran Pas tidak membenarkan penganjuran konsert seperti Coldpay, tetapi ‘mengizinkan’ hal berkaitan poligami.

Kuala Lumpur: Pas menyelar kenyataan Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin sebagai biadab dan kurang ajar kerana mendakwa poligami adalah ajaran parti Islam itu.

Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sebaliknya menegaskan, dalam hal berpoligami, perkara itu dibenarkan oleh syarak dan Islam dengan syarat tertentu serta pematuhan terhadap aspek undang-undang.

Menurutnya, isu yang dibangkitkan olehnya semasa perbahasan di Dewan Rakyat semalam ialah peranan kerajaan dalam menyelesaikan masalah ‘bujang senja’ yang dihadapi oleh rakyat negara ini.

“Ini tulisan yang sangat biadap, sangat kurang ajar. Dia (Tze Tzin) kena faham bahawa isu yang saya bangkitkan bukan isu poligami. Isu yang saya bangkitkan ialah apa peranan kerajaan dalam menyelesaikan masalah dihadapi oleh rakyat kita.

“Sebahagian besarnya ialah golongan mereka yang lambat kahwin dan sebagainya. Itu isunya, bukan isu poligami itu,” katanya ketika ditemui pemberita di Parlimen hari ini.

Semalam, Tuan Ibrahim mencadangkan kepada kerajaan supaya memberikan sokongan moral kepada ‘bujang senja’ yang mampu untuk berpoligami.

Tze Tzin kemudian menerusi tulisannya dalam platform X mendakwa ajaran Pas tidak membenarkan penganjuran konsert seperti Coldpay, tetapi ‘mengizinkan’ hal berkaitan poligami.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu telah memadamkan kenyataan yang dimuat naiknya.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian mendakwa, Tze Tzin dilihat telah banyak kali mencampuri urusan membabitkan agama Islam.

“Beliau banyak kali campur tangan dalam urusan yang membabitkan agama. Saya harapkan pihak keselamatan mengambil tindakan.

“Jangan biarkan orang macam ini membuat kenyataan-kenyataan yang menyinggung perasaan orang Islam,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata, penentangan parti itu terhadap konsert yang dianjurkan di negara ini adalah disebabkan ia adalah peraturan agama dan pihaknya menentang perkara mungkar.

“Ini peraturan agama dan kita menentang perkara-perkara yang mungkar.

“Tak kiralah mungkar itu daripada aspek mana. Aspek ekonomi ke, sosial ke ataupun akhlak. Jadi, kemungkaran ditentang.

“Itu tanggungjawab agama. Tanggungjawab kita sebagai seorang rakyat Malaysia. Soal konsert-konsert yang nilainya tidak baik itu kita tentang,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa tidak akan meminta maaf berkait isu yang dibahaskan olehnya itu semalam.

“Tak ada sebab nak minta maaf. Saya fikir saya dah jelaskan di dalam dewan semalam. Nak minta maaf apa? apa salahnya? tak ada isu pun,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
  • Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
  • Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
  • Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 
  • Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.

Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.

Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.

Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 

Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear. 

Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending