Connect with us

Antarabangsa

Tentera rejim zionis Israel kibar bendera Pride LGBTQ di Gaza

Tentera rejim zionis Israel bertindak mengibarkan bendera Pride di Gaza sebagai tanda sokongan terhadap komuniti LGBTQ di tengah-tengah runtuhan bangunan di wilayah konflik itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Foto: Tentera rejim zionis Israel mengibarkan bendera Pride di Gaza sebagai tanda sokongan terhadap komuniti LGBTQ.
  • Tentera rejim zionis Israel bertindak mengibarkan bendera Pride di Gaza sebagai tanda sokongan terhadap komuniti LGBTQ di tengah-tengah runtuhan bangunan di wilayah konflik itu.
  • Antara warga Israel yang memuat naik imej tentera memegang bendera pelangi atas talian di Gaza adalah penulis skrin, Lee Kern, yang dipetik dari platform X, mendakwa itu kibaran “bendera pride pertama di Gaza”.
  • Simbol songsang itu dibawa tentera gay Israel, Yoav Atzmoni, mendakwa tentera Israel satu-satunya tentera di timur tengah yang “membenarkan kebebasan perlakuan songsang dan kebebasan menjadi diri mereka sendiri”.
  • Hantaran itu turut diciap semula akaun media sosial rasmi negara haram Israel di platform X dan beberapa kedutaannya di seluruh dunia.

Tentera rejim zionis Israel bertindak mengibarkan bendera Pride di Gaza sebagai tanda sokongan terhadap komuniti LGBTQ di tengah-tengah runtuhan bangunan di wilayah konflik itu.

Antara warga Israel yang memuat naik imej tentera memegang bendera pelangi atas talian di Gaza adalah penulis skrin, Lee Kern, yang dipetik dari platform X, mendakwa itu kibaran “bendera pride pertama di Gaza”.

Simbol songsang itu dibawa tentera gay Israel, Yoav Atzmoni, mendakwa tentera Israel satu-satunya tentera di timur tengah yang “membenarkan kebebasan perlakuan songsang dan kebebasan menjadi diri mereka sendiri”.

Hantaran itu turut diciap semula akaun media sosial rasmi negara haram Israel di platform X dan beberapa kedutaannya di seluruh dunia.

Yoav Atzmoni dikatakan mengibarkan bendera kelompok songsang itu sebagai seruan keamanan dan kebebasan.

Perkara itu menjadi sebutan hangat apabila aktivis mengaitkannya dengan cubaan membangkitkan sentimen zionis Israel menggunakan imej liberalnya sebagai alat untuk menentang Hamas.

NDTV melaporkan rejim Israel antara negara dengan pendekatan undang-undang paling liberal berkenaan homoseksualiti di Timur Tengah.

Berbeza dengan wilayah Palestin, termasuk Gaza yang diperintah Hamas, di mana amalan terkutuk mengagungkan hubungan seks songsang itu, bukanlah amalan penduduk di wilayah konflik itu. – The Merdeka Times

Sumber: NDTV, X – Lee Kern

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *