Antarabangsa
Tentera rejim zionis Israel kibar bendera Pride LGBTQ di Gaza
Tentera rejim zionis Israel bertindak mengibarkan bendera Pride di Gaza sebagai tanda sokongan terhadap komuniti LGBTQ di tengah-tengah runtuhan bangunan di wilayah konflik itu.
- Tentera rejim zionis Israel bertindak mengibarkan bendera Pride di Gaza sebagai tanda sokongan terhadap komuniti LGBTQ di tengah-tengah runtuhan bangunan di wilayah konflik itu.
- Antara warga Israel yang memuat naik imej tentera memegang bendera pelangi atas talian di Gaza adalah penulis skrin, Lee Kern, yang dipetik dari platform X, mendakwa itu kibaran “bendera pride pertama di Gaza”.
- Simbol songsang itu dibawa tentera gay Israel, Yoav Atzmoni, mendakwa tentera Israel satu-satunya tentera di timur tengah yang “membenarkan kebebasan perlakuan songsang dan kebebasan menjadi diri mereka sendiri”.
- Hantaran itu turut diciap semula akaun media sosial rasmi negara haram Israel di platform X dan beberapa kedutaannya di seluruh dunia.
Tentera rejim zionis Israel bertindak mengibarkan bendera Pride di Gaza sebagai tanda sokongan terhadap komuniti LGBTQ di tengah-tengah runtuhan bangunan di wilayah konflik itu.
Antara warga Israel yang memuat naik imej tentera memegang bendera pelangi atas talian di Gaza adalah penulis skrin, Lee Kern, yang dipetik dari platform X, mendakwa itu kibaran “bendera pride pertama di Gaza”.
LIBERATION🏳️🌈THE FIRST EVER PRIDE FLAG RAISED IN GAZA!
Under Hamas, being gay means death. Israeli Yoav Atzmoni wanted to send a message of hope. See his story below.
To Gaza’s hidden LGBTQ+ community: STAY HOPEFUL of a future where you can live and love free of Hamas! pic.twitter.com/9NOGfqhNVQ
— leekern (@leekern13) November 12, 2023
Simbol songsang itu dibawa tentera gay Israel, Yoav Atzmoni, mendakwa tentera Israel satu-satunya tentera di timur tengah yang “membenarkan kebebasan perlakuan songsang dan kebebasan menjadi diri mereka sendiri”.
The first ever pride flag raised in Gaza 🏳️🌈
Yoav Atzmoni who is a member of the LGBTQ+ community wanted to send a message of hope to the people of Gaza living under Hamas brutality.
His intention was to raise the first pride flag in Gaza as a call for peace and freedom.
— Israel ישראל 🇮🇱 (@Israel) November 13, 2023
Hantaran itu turut diciap semula akaun media sosial rasmi negara haram Israel di platform X dan beberapa kedutaannya di seluruh dunia.
Yoav Atzmoni dikatakan mengibarkan bendera kelompok songsang itu sebagai seruan keamanan dan kebebasan.
Perkara itu menjadi sebutan hangat apabila aktivis mengaitkannya dengan cubaan membangkitkan sentimen zionis Israel menggunakan imej liberalnya sebagai alat untuk menentang Hamas.
NDTV melaporkan rejim Israel antara negara dengan pendekatan undang-undang paling liberal berkenaan homoseksualiti di Timur Tengah.
Berbeza dengan wilayah Palestin, termasuk Gaza yang diperintah Hamas, di mana amalan terkutuk mengagungkan hubungan seks songsang itu, bukanlah amalan penduduk di wilayah konflik itu. – The Merdeka Times
Sumber: NDTV, X – Lee Kern
Antarabangsa
Jururawat bantu Gaza selepas 7 Oktober ditahan pihak berkuasa Perancis
Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.
- Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.
- Agensi berita Anadolu melaporkan pengasas platform atas talian Islamophobia, peguam Rafik Chekkat berkata Maarifi ditahan pada waktu pagi ketika berada di rumahnya.
- Beliau mengkritik penahanan itu dan berkata ia berlaku ketika tentera Perancis yang bertempur di Gaza “menikmati kekebalan penuh”.
- Maarifi dikenali sebagai salah seorang warga negara Perancis pertama yang memasuki Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, berkhidmat selama 15 hari di Hospital Eropah di Khan Younis.
Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.
Agensi berita Anadolu melaporkan pengasas platform atas talian Islamophobia, peguam Rafik Chekkat berkata Maarifi ditahan pada waktu pagi ketika berada di rumahnya.
Beliau mengkritik penahanan itu dan berkata ia berlaku ketika tentera Perancis yang bertempur di Gaza “menikmati kekebalan penuh”.
Seorang Ahli Parlimen dari parti La France Insoumise (LFI), Thomas Portes memaklumkan bahawa Maarifi telah dibebaskan daripada tahanan.
“Penggeledahan rumah di hadapan keluarganya tidak meragukan niat menakut-nakutkan suara yang bangkit menyokong rakyat Palestin dan tuntutan segera gencatan senjata,” tulis ahli parlimen itu di platform X.
Maarifi sebelum ini hadir di perhimpunan pro-Palestin di Perancis untuk berkongsi pengalaman tentang keadaan kritikal disaksikannya di Gaza.
Dia juga menyatakan tuntutan gencatan senjata segera di Gaza dan pemboikotan ke atas syarikat-syarikat menyokong Israel.
Maarifi dikenali sebagai salah seorang warga negara Perancis pertama yang memasuki Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, berkhidmat selama 15 hari di Hospital Eropah di Khan Younis.
Lebih 40,800 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dibunuh rejim zionis Israel dan hampir 94,300 cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan. – The Merdeka Times
-
Kolumnis3 days ago
Kenapa negeri lain perlu memasukkan kuasa Mahkamah Syariah di dalam Undang-Undang Tubuh Negeri?
-
Terkini4 days ago
China tuntut Malaysia segera hentikan aktiviti di perairan kaya minyak berhampiran Sarawak
-
Terkini3 days ago
Kezaliman, fasisme berlaku jika ‘tangan’ majoriti perintah negara kenyataan fitnah berniat jahat – MP PKR
-
Antarabangsa3 days ago
Harta benda komuniti Muslim di Telangana diserang dan dibakar perusuh