Antarabangsa
Tayang dokumentari sokong Israel, Gal Gadot hilang sokongan rakan artis
Gara-gara tindakannya menganjurkan tayangan dokumentari berjudul Bearing Witness to October 7th Massacre, baru-baru ini, pelakon Hollywood, Gal Gadot, kehilangan sokongan daripada rakan-rakan artis.
- Gara-gara tindakannya menganjurkan tayangan dokumentari berjudul Bearing Witness to October 7th Massacre, baru-baru ini, pelakon Hollywood, Gal Gadot, kehilangan sokongan daripada rakan-rakan artis.
- Menerusi laporan media antarabangsa, Gal, yang sepatutnya berada pada majlis tayangan yang diadakan di sebuah Museum of Tolerance di Los Angeles, Amerika Syarikat, itu turut tidak berada di lokasi tersebut meskipun idea itu daripadanya sendiri.
- Menurut laporan, Gal juga tidak mendapat sokongan daripada rakan artis yang dijemput sekali gus menyaksikan banyak kerusi kosong pada majlis tayangan perdana dokumentari tersebut.
- Tayangan dokumentari tersebut dilaporkan atas bantuan Jawatankuasa Yahudi Amerika dan Liga Anti Fitnah.
LOS ANGELES: Gara-gara tindakannya menganjurkan tayangan dokumentari berjudul Bearing Witness to October 7th Massacre, baru-baru ini, pelakon Hollywood, Gal Gadot, kehilangan sokongan daripada rakan-rakan artis.
Menerusi laporan media antarabangsa, Gal, yang sepatutnya berada pada majlis tayangan yang diadakan di sebuah Museum of Tolerance di Los Angeles, Amerika Syarikat, itu turut tidak berada di lokasi tersebut meskipun idea itu daripadanya sendiri.
Menurut laporan, Gal juga tidak mendapat sokongan daripada rakan artis yang dijemput sekali gus menyaksikan banyak kerusi kosong pada majlis tayangan perdana dokumentari tersebut.
Tayangan dokumentari tersebut dilaporkan atas bantuan Jawatankuasa Yahudi Amerika dan Liga Anti Fitnah.
Pengarah dokumentari itu, Guy Nattiv memberitahu penting baginya untuk menayangkan filem tersebut bagi menunjukkan kebenaran tentang peperangan di antara Palestin dan Israel.
Pelakon yang juga bekas pengajar kecergasan dalam Pasukan Pertahanan Israel (IDF) merupakan antara aktres Hollywood yang lantang bersuara mengenai Israel.
Pelakon filem Wonder Woman itu terbuka menyatakan sokongannya terhadap Israel dan berpendirian negara zionis itu berada di pihak yang benar dan menganggap Hamas adalah pengganas Islam.
Sumber: Utusan Malaysia
Antarabangsa
Peneroka haram Israel bersenjata rampas biri-biri keluarga Palestin
Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
- Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
- Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
- Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
- Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
- Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.
- Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.
Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
Pihak berkuasa Israel dikatakan bersikap lembut dengan peneroka haram sebagai sebahagian usaha rasmi rejim untuk mempergiatkan aktiviti penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki.
Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.
Penempatan Israel dianggap haram di bawah undang-undang antarabangsa.
Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat di tengah-tengah serangan Israel di Gaza yang telah membunuh hampir 41,300 warga Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak serangan rentas sempadan kumpulan Palestin Hamas pada 7 Oktober tahun lalu.
Sekurang-kurangnya 710 rakyat Palestin terbunuh dan hampir 5,700 lagi cedera akibat serangan tentera Israel di Tebing Barat sejak tempoh sama, demikian menurut Kementerian Kesihatan.
Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. – The Merdeka Times
-
Terkini2 days ago
Individu promosi Bahasa Melayu patut disokong, bukannya diambil tindakan – Peguam
-
Antarabangsa3 days ago
Israel rekrut pelarian Afrika, janji status penempatan tetap
-
Terkini2 days ago
Aurad Muhammadiah wirid Al-Arqam difatwakan sesat, status pernikahan perlu disahkan pejabat agama – Mufti WP
-
Antarabangsa1 day ago
Syarikat penerbangan gantung penerbangan ke Israel