Connect with us

Terkini

SOP baharu elak anak tertinggal dalam kereta bebankan pengusaha TASKA

Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM) melihat peraturan baharu yang ditetapkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengelak kejadian anak tertinggal dalam kereta adalah membebankan pengusaha dan pengasuh premis itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan.
  • Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM) lihat peraturan baharu ditetapkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) elak kejadian anak tertinggal dalam kereta bebankan pengusaha dan pengasuh premis itu.
  • Presidennya, Anisa Ahmad, berkata langkah wajibkan pengendali TASKA dan TADIKA segera hubungi ibu bapa sekiranya ada anak tidak hadir ke kelas seperti biasa adalah satu beban sebab mereka turut mempunyai tanggungjawab lain khususnya berkaitan keselamatan kanak-kanak di taska.
  • “Ibu bapa wajib mengambil tanggungjawab iaitu memastikan keselamatan anak-anak mereka sewaktu dijaga mereka.
  • “Untuk menjadikan prosedur operasi standard (SOP) bagi TASKA memastikan anak-anak itu hadir ke TASKA, adalah satu bebanan kerana kami punya tanggungjawab yang lain iaitu untuk memastikan anak-anak ini dalam dalam keadaan yang sihat, merekod perkembangan, menjalankan aktiviti dan lain-lain lagi,” katanya kepada BH, hari ini.

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM) melihat peraturan baharu yang ditetapkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengelak kejadian anak tertinggal dalam kereta adalah membebankan pengusaha dan pengasuh premis itu.

Presidennya, Anisa Ahmad, berkata langkah mewajibkan pengendali TASKA dan TADIKA segera menghubungi ibu bapa sekiranya mendapati ada anak tidak hadir ke kelas seperti biasa adalah satu bebanan disebabkan mereka turut mempunyai tanggungjawab lain khususnya berkaitan keselamatan kanak-kanak di taska.

Beliau turut mempertikaikan prosedur operasi standard (SOP) baharu yang ditetapkan kementerian itu kerana dilihat menekan dan menambah bebanan taska dan tadika.

“Bagi saya, kami sebagai pengusaha taska sudah menjalankan yang terbaik khususnya dalam memastikan keselamatan kanak-kanak di TASKA dan untuk kami memikul tanggungjawab ibu bapa adalah tidak adil, kerana kami tidak mengasuh hanya seorang anak.

“Ibu bapa wajib mengambil tanggungjawab iaitu memastikan keselamatan anak-anak mereka sewaktu dijaga mereka.

“Untuk menjadikan prosedur operasi standard (SOP) bagi TASKA memastikan anak-anak itu hadir ke TASKA, adalah satu bebanan kerana kami punya tanggungjawab yang lain iaitu untuk memastikan anak-anak ini dalam dalam keadaan yang sihat, merekod perkembangan, menjalankan aktiviti dan lain-lain lagi,” katanya kepada BH, hari ini.

Semalam, media melaporkan KPWKM mewajibkan pengendali taska dan tadika untuk segera menghubungi ibu bapa jika ada anak mereka tidak hadir ke kelas seperti biasa. Ia antara peraturan baharu dilaksanakan dalam SOP pengendalian TASKA dan TADIKA bagi mengelak kejadian ibu bapa tertinggal anak di dalam kereta.

Advertisement

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata langkah itu dilaksanakan susulan kekerapan kes kanak-kanak maut selepas ibu bapa terlupa dan meninggalkan mereka dalam kereta.

Rabu lalu, seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui meninggal dunia selepas dipercayai tertinggal di dalam kereta di Ara Damansara, Petaling Jaya.

Pada 25 Oktober lalu, seorang bayi perempuan berumur 16 bulan meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri dalam kereta di kawasan sebuah universiti awam (UA) di Kuala Nerus.

Pada 6 Oktober lalu, seorang bayi perempuan berusia lapan bulan maut selepas ditinggalkan hampir 10 jam dalam kereta ibunya dari pagi hingga petang di kawasan parkir kenderaan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HTCM), Cheras.

Pada 14 Mac lalu, seorang bayi perempuan berusia dua tahun meninggal dunia selepas empat jam ditinggalkan dalam kereta oleh ibunya di kawasan parkir sebuah kolej kemahiran di Port Dickson.

Mengulas lanjut, Anisa menegaskan, memastikan kesihatan serta keselamatan anak-anak sampai di TASKA menjadi tanggungjawab bersama ibu bapa.

Advertisement

Oleh demikian, katanya, apabila tanggungjawab itu menjadi SOP maka ia akan menjadi tanggungjawab ‘seratus peratus’ kepada pihak taska.

“Jadi di mana pula tanggungjawab ibu bapa? Bila tanggungjawab ibu bapa diberi kepada pengusaha dan pengasuh, maka bebanan kerja mereka bertambah, maka bertambahlah juga tekanan kerja kepada pengasuh.

“Mereka pula nak kena risau kenapa anak-anak ini tidak hadir ke taska. Sedangkan di hadapan mereka sudah ada beberapa anak-anak yang pelbagai ragam yang perlu diberi perhatian,” katanya.

Anisa turut mengingatkan, gaji pengasuh juga tidak tinggi dan setanding dengan tekanan serta bebanan kerja yang dihadapi mereka.

“Bila kami hendak naikkan yuran taska, ramai yang marah tetapi kami sentiasa disogokkan dengan bebanan kerja yang sepatutnya dikongsi bersama dengan ibu bapa.

“Perlu diingatkan kami adalah ibu bapa ganti yang bersifat sementara yang mengasuh dan mendidik anak mereka ketika mereka bekerja bukannya menjaga anak-anak mereka sepenuh masa,” katanya.

Advertisement

Beliau turut mencadangkan agar mencari punca sebenar mengapa ibu bapa terlupa dan tertinggal anak di dalam kereta dan bukannya meletakkan kesalahan itu kepada pengusaha taska.

Sumber: Berita Harian

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending