Terkini
Pengendali taska, tadika wajib hubungi ibu bapa elak kes anak tertinggal dalam kereta
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mewajibkan pengendali taska dan tadika segera menghubungi ibu bapa, jika ada anak mereka tidak hadir ke kelas seperti biasa.

- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) wajibkan pengendali taska dan tadika segera hubungi ibu bapa, jika ada anak mereka tidak hadir ke kelas seperti biasa.
- Itu antara peraturan baharu dilaksanakan dalam prosedur operasi standard (SOP) pengendalian taska dan tadika bagi elak kejadian ibu bapa tertinggal anak di dalam kereta.
- Menteri KPWKK, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, langkah itu dilaksanakan susulan kekerapan kes kanak-kanak maut selepas ibu bapa terlupa dan tinggalkan mereka di dalam kereta.
- “Operator taska dan tadika wajib menghubungi ibu atau bapa jika ada kanak-kanak tidak hadir ke kelas kerana ia mungkin berlaku disebabkan salah faham seperti kemungkinan biasanya ibu yang menghantar anak, tetapi pada hari itu tiba-tiba bapa pula yang menghantar dan dia terlupa ke taska sebaliknya terus ke pejabat dengan anaknya terkunci di dalam kereta,” katanya.
- Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Malam Media Bersama Datuk Seri Nancy Shukri anjuran KPWKM dan Parlimen Santubong, di sini, malam tadi.
KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mewajibkan pengendali taska dan tadika segera menghubungi ibu bapa, jika ada anak mereka tidak hadir ke kelas seperti biasa.
Itu antara peraturan baharu yang dilaksanakan dalam prosedur operasi standard (SOP) pengendalian taska dan tadika bagi mengelak kejadian ibu bapa tertinggal anak di dalam kereta.
Menteri KPWKK, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, langkah itu dilaksanakan susulan kekerapan kes kanak-kanak maut selepas ibu bapa yang terlupa dan meninggalkan mereka di dalam kereta.
Beliau berkata, pengendali taska dan tadika juga perlu mendapatkan nombor telefon tambahan kalangan ahli keluarga kanak-kanak selain ibu bapa bagi membolehkan tindakan segera diambil jika berlaku kecemasan.
“KPWKM memperbaharui SOP susulan tiga kes kanak-kanak maut selepas tertinggal di dalam kereta dalam tempoh dua bulan ini.
“Operator taska dan tadika wajib menghubungi ibu atau bapa jika ada kanak-kanak tidak hadir ke kelas kerana ia mungkin berlaku disebabkan salah faham seperti kemungkinan biasanya ibu yang menghantar anak, tetapi pada hari itu tiba-tiba bapa pula yang menghantar dan dia terlupa ke taska sebaliknya terus ke pejabat dengan anaknya terkunci di dalam kereta,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Malam Media Bersama Datuk Seri Nancy Shukri anjuran KPWKM dan Parlimen Santubong, di sini, malam tadi.
Nancy berkata, berikutan kekerapan kejadian kanak-kanak maut selepas tertinggal di dalam kereta, KPWKM menerima pelbagai reaksi serta cadangan daripada orang ramai bagi mengatasi masalah itu.
“Tetapi banyak cadangan itu bukan di bawah bidang kuasa KPWKM seperti melarang penggunaan cermin kereta gelap.
“Apa yang kami laksanakan ialah memperbaharui SOP taska dan tadika manakala yang lain seperti cermin kereta gelap itu bidang kuasa kementerian lain,” katanya.
Sementara itu, Nancy berkata, Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) yang ditubuhkan pada 1 September lalu akan diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga 2026.
Ini kerana, katanya, beberapa perkara perlu diselesaikan antaranya pengisian perjawatan selain meminda beberapa akta berkaitan.
“Bagi pengisian jawatan, untuk tahun ini kami mengiklankan 169 jawatan dan sudah menerima sebanyak 11,000 permohonan, proses temu duga dijalankan berterusan.
“Tahun 2024 dan 2025 pula sebanyak 245 jawatan perlu diisi, sebab itu JPKK hanya akan mempunyai Ketua Pengarah sendiri dan keluar dari JKM pada 2026,” katanya.
Mengenai Tribunal Anti Gangguan Seksual, Nancy berkata, beliau sudah berbincang dengan Peguam Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, berhubung 20 perjawatan yang perlu diisi.
“Jawatan presiden dan timbalan serta lima jawatan berkaitan perundangan kita perlu mendapatkannya dari Pejabat Peguam Negara manakala jawatan lain adalah kalangan mereka yang memang menjalankan tugas berkaitan gangguan seksual.
“Semua perjawatan itu perlu diisi dalam tempoh sehingga penghujung Disember ini,” katanya.
Selain itu katanya, beliau turut memohon diwujudkan jawatan di dalam tribunal berkenaan untuk mewakili Sabah dan Sarawak.
“Ia bagi memudahkan pengurusan kes di Sabah dan Sarawak kerana tribunal itu berpusat di Kuala Lumpur,” katanya.
Sumber: Berita Harian
Terkini
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

- Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
- Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
- Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
- Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
- Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.
Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.
Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini2 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas