Connect with us

Terkini

“Saya tak boleh terima PM simpan menteri macam ini dalam kabinet semata-mata untuk kekal jadi PM,”- KJ

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mempertikaikan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih ‘menyimpan’ menteri yang mempertikaikan bukti sains perubatan secara terbuka.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing (kiri) & Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa (tengah) & Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (kanan).
  • “Saya tak boleh terima Menteri Kesihatan diam seribu bahasa sambil seorang menteri mempertikaikan bukti Sains perubatan secara terbuka. Saya tak boleh terima PM @anwaribrahim_my simpan menteri macam ini dalam kabinet semata-mata kerana memerlukan sokongan untuk kekal menjadi PM,” katanya menerusi hantaran di Instagram pada Khamis mengulas artikel bertajuk, ‘KJ, anda Menteri Kesihatan paling gagal – King Sing’.
  • Katanya, beliau tidak kisah disifatkan gagal sebagai menteri tetapi beliau tidak dapat menerima apabila ada menteri yang meragui kaitan antara rokok dan kanser berada dalam kabinet.
  • Semalam, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dilaporkan mengkritik Khairy sebagai Menteri Kesihatan yang dilihat paling gagal kerana tidak dapat membuktikan secara konsisten bahawa kanser berpunca daripada tabiat merokok.

KUALA LUMPUR —- Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mempertikaikan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih ‘menyimpan’ menteri yang mempertikaikan bukti sains perubatan secara terbuka.

Khairy turut menyelar tindakan menteri kesihatan yang berdiam diri saat terdapat beberapa menteri yang masih meragui kaitan antara merokok dan kanser.

“Saya tak boleh terima Menteri Kesihatan diam seribu bahasa sambil seorang menteri mempertikaikan bukti Sains perubatan secara terbuka. Saya tak boleh terima PM @anwaribrahim_my simpan menteri macam ini dalam kabinet semata-mata kerana memerlukan sokongan untuk kekal menjadi PM. 

The assault on science is shameful and unacceptable (Serangan terhadap Sains adalah memalukan dan tidak boleh diterima),” katanya menerusi hantaran di Instagram pada Khamis mengulas artikel bertajuk, ‘KJ, anda Menteri Kesihatan paling gagal – King Sing’.

Jelasnya, beliau tidak kisah disifatkan gagal sebagai menteri tetapi beliau tidak dapat menerima apabila ada menteri yang meragui kaitan antara rokok dan kanser berada dalam kabinet.

Semalam, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dilaporkan mengkritik Khairy sebagai Menteri Kesihatan yang dilihat paling gagal kerana tidak dapat membuktikan secara konsisten bahawa kanser berpunca daripada tabiat merokok.

Membidas kenyataan King Sing, Khairy berkongsikan satu laporan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) yang menyatakan tabiat merokok boleh menyebabkan kanser hampir di mana-mana bahagian anggota badan.

Advertisement

Foto : Tangkap Layar hantaran Khairy Jamaluddin di Instagram

Laporan itu berkata merokok boleh menyebabkan kanser mulut dan tekak, esofagus, perut, kolon, rektum, hati, pankreas, peti suara (laring), paru-paru, trakea, bronkus, buah pinggang dan pelvis buah pinggang, pundi kencing, dan serviks, serta menyebabkan Acute Myeloid Leukaemia (AML).

Mengulas lanjut dalam hantaran berbeza, Khairy memberitahu sewaktu perbahasan di Parlimen ketika beliau membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Merokok dan GEG, tiada individu menyahut cabarannya untuk menyatakan bahawa tiada bukti secara konklusif untuk mengaitkan antara rokok dan kanser.

Foto : Tangkap Layar hantaran Khairy Jamaluddin di Instagram

Bekas Menteri Kesihatan itu turut memuat naik tangkap layar ciapan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus yang mengingatkan kepada masyarakat untuk tidak membiarkan tabiat merokok merosakkan kesihatan tubuh badan.

Foto : Tangkap Layar hantaran Khairy Jamaluddin di Instagram

Dr Tedros berkata masyarakat perlu melihat tabiat merokok itu sebagai racun perlahan untuk tubuh badan di mana ia membahayakan paru-paru, melemahkan sistem imun dan meningkatkan risiko serangan jantung, strok, dan kanser. — The Merdeka Times

Sumber : Instagram khairykj

Author

Terkini

Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu – Saifuddin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

Wartawan TMT

Published

on

Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu - Saifuddin
Foto: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (kiri) & Pengarah Lawyers for Liberty, Zaid Malek (kanan).
  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
  • Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
  • “Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
  • “Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
  • Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.

Tanjung Malim: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.

“Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.

“Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta.

“Kalau ada penolakan contohnya mereka pemegang pasport negara melakukan kesalahan di luar seperti tinggal lebih masa, apabila membuat permohonan semula pasport sudah semestinya ada semakan dan mungkin berakhir dengan tidak lulus.

“Tetapi kerana bahasa Melayu…tiada,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Mohamad; Ketua Pengarah Rela, Datuk Yahya Sulaiman dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

Advertisement

Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.

“Mengenakan syarat seperti itu adalah menyalahi undang-undang, keterlaluan dan akan menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai,” kata Zaid seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, sebagai warganegara adalah menjadi kewajipan untuk menguasai bahasa Melayu selaras martabatnya sebagai bahasa rasmi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara yang kita tekankan adalah setiap warganegara Malaysia apabila berurusan di kaunter kerajaan paling kurang boleh berbahasa Melayu.

“Baik LFL atau pihak lain, jangan putar belit sampai seolah-olah syarat permohonan adalah bahasa, padahal kita tak pernah ungkap.

“Saya anjurkan semua warganegara termasuk LFL utamakan dahulu bahasa Melayu,” katanya.

Advertisement

Terdahulu, seorang wanita mendakwa diherdik oleh pegawai imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Johor gara-gara tidak tidak fasih berbahasa Melayu semasa memohon pembaharuan pasport anaknya.

Sumber : Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending