Antarabangsa
Rejim Israel tidak teragak-agak sasar wartawan secara langsung
Wartawan di Lubnan berkata mereka mereka menjadi sasaran serangan Israel selepas jurugambar Al Jazeera cedera.

- Wartawan di Lubnan berkata mereka mereka menjadi sasaran serangan Israel selepas jurugambar Al Jazeera cedera.
- Seorang Datuk Bandar tempatan dan media Lubnan mengesahkan dakwaan mengenai insiden rentas sempadan yang menjejaskan kumpulan media berhampiran Alma al-Shaab di selatan Lubnan.
- Ketua Biro Al Jazeera Lubnan, Mazen Ibrahim, berkata Israel ‘secara langsung menyasarkan’ kumpulan wartawan yang berada di kawasan terbuka.
- “Pasukan pendudukan Israel tidak teragak-agak untuk menyasarkan wartawan secara langsung,” katanya.
BEIRUT: Wartawan di Lubnan berkata mereka mereka menjadi sasaran serangan Israel selepas jurugambar Al Jazeera cedera.
Seorang Datuk Bandar tempatan dan media Lubnan mengesahkan dakwaan mengenai insiden rentas sempadan yang menjejaskan kumpulan media berhampiran Alma al-Shaab di selatan Lubnan.
Rejim zionis yang dihubungi AFP bagaimanapun enggan mengulas serangan terbabit.
Puluhan wartawan beberapa agensi media sedang meneliti kerosakan akibat pengeboman Israel, selain membuat liputan dari bandar sempadan Yarun ketika serangan berlaku.
Al Jazeera menerusi laman sesawangnya berkata, jurugambar, Issam Mawasi cedera akibat pengeboman Israel.
“Kenderaan Al Jazeera juga rosak akibat serangan terbabit. Ia berlaku ketika sekumpulan wartawan melawat kawasan berkenaan,” katanya.
Ketua Biro Al Jazeera Lubnan, Mazen Ibrahim, berkata Israel ‘secara langsung menyasarkan’ kumpulan wartawan yang berada di kawasan terbuka.
“Pasukan pendudukan Israel tidak teragak-agak untuk menyasarkan wartawan secara langsung,” katanya.
Pada 13 Oktober lalu, wartawan Reuters, Issam Abdallah, terbunuh manakala enam lagi wartawan dari AFP, Al Jazeera dan Reuters cedera ketika membuat liputan pertempuran rentas sempadan di selatan Lubnan.
Pihak berkuasa Lubnan mendakwa Israel adalah dalang serangan itu, namun rejim zionis mendakwa pihaknya sedang meneliti keadaan serangan terbabit.
Sementara itu, Datuk Bandar Yarun, Ali Qassem Tahfah, berkata Israel melancarkan dua serangan berturut-turut yang menyasarkan wartawan, semalam.
Serangan itu, katanya, tepat beberapa meter daripada kenderaan pasukan wartawan berkenaan, menyebabkan kenderaan dinaiki mereka rosak.
Agensi Berita Kebangsaan Lubnan berkata, dua serangan Israel itu ‘menyasarkan pasukan media’ yang beroperasi di Yarun.
Stesen penyiaran tempatan, Al Jadeed pula memuat naik video di aplikasi X, mempamerkan seorang wartawannya sedang membuat siaran langsung ketika serangan berlaku, mengakibatkan kejadian kebakaran sejurus itu.
Rakaman video lain turut menunjukkan kenderaan awam, termasuk sekurang-kurangnya satu yang bertanda ‘press’ (media) berada bersebelahan lokasi kebakaran itu.
Sementara itu, wartawan dari akhbar tempatan Al-Akhbar, Amal Khalil, berkata ketika kejadian, mereka sedang melakukan tinjauan di kediaman yang rosak.
Selain itu, katanya, dron pengawasan Israel juga didapati diterbangkan di kawasan bandar berkenaan ketika serangan dilakukan.
“Serangan pertama mengenai tepat di dinding rumah yang dibom, manakala yang berikutnya terkena di jalan raya, selepas hampir 15 minit kami berada berhampiran rumah yang rosak,” katanya. – AFP
Sumber: Berita Harian
Antarabangsa
AS hantar 15,000 bom, 57,000 peluru meriam kepada rejim penjajah zionis Israel
Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

- Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
- Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
- Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.
Gaza: Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
“AS sebelum ini tidak mendedahkan jumlah senjata dihantar ke Israel mahupun pemindahan 100 BLU-109, 2,000 paun bom bunker-buster,” katanya.
Bom bunker-buster terkenal dengan keupayaannya menembusi jauh ke dalam struktur yang padat sebelum meletup.
Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.
Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza awal Jumaat selepas mengisytiharkan penamatan jeda kemanusiaan selama seminggu.
Sekurang-kurangnya 193 rakyat Palestin terbunuh dan 652 cedera dalam serangan udara itu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.
Sejak 7 Oktober, lebih 15,000 rakyat Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita terbunuh dalam serangan kejam Israel, sebagai membalas serangan mengejut Hamas.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini3 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini3 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini3 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas