Antarabangsa
Rejim Israel guna jentolak memasuki Hospital Al-Shifa
Kementerian Kesihatan yang dikendalikan Hamas di Semenanjung Gaza, di sini, hari ini, memberitahu, tentera Israel menggunakan jentolak untuk memasuki Hospital Al-Shifa.

- Kementerian Kesihatan dikendalikan Hamas di Semenanjung Gaza, di sini, hari ini, memberitahu, tentera Israel menggunakan jentolak memasuki Hospital Al-Shifa.
- Israel sebelum itu mendakwa pusat operasi Hamas berada di bawah hospital berkenaan.
- “Jentolak Israel memusnahkan pintu masuk selatan hospital,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan ringkas.
- Tentera Israel memaklumkan operasi sedang dijalankan di kompleks hospital berkenaan.
GAZA: Kementerian Kesihatan yang dikendalikan Hamas di Semenanjung Gaza, di sini, hari ini, memberitahu, tentera Israel menggunakan jentolak untuk memasuki Hospital Al-Shifa.
Israel sebelum itu mendakwa pusat operasi Hamas berada di bawah hospital berkenaan.
“Jentolak Israel memusnahkan pintu masuk selatan hospital,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan ringkas.
Tentera Israel memaklumkan operasi sedang dijalankan di kompleks hospital berkenaan.
Ketua operasi tentera Israel di Semenanjung Gaza, Mejar Jeneral Yaron Finkelman berkata, mereka akan terus bergerak ke hadapan.
“Malam ini kami menjalankan operasi yang disasarkan ke Hospital Al-Shifa.
Semalam, tentera Israel melakukan operasi di Hospital Al-Shifa, sekali gus mencetuskan kebimbangan dan kritikan antarabangsa yang serius.
Seorang wartawan yang terperangkap di dalam hospital berkata tentera melepaskan tembakan dan mengarahkan lelaki muda menyerah diri sebaik masuk ke hospital.
Israel dan sekutu utamanya, Amerika Syarikat (AS) berkata Palestin mempunyai pusat arahan Hamas di bawah kompleks Al-Shifa.
Perkara itu bagaimanapun dinafikan oleh Hamas dan pengarah di hospital berkenaan.
Tentera Israel berkata pihaknya menemui `peralatan ketenteraan dan tempur’ di dalam kawasan itu ketika operasi semalam.
Kementerian Kesihatan yang dikendalikan Hamas segera menafikan perkara itu.- AFP
Sumber: Berita Harian
Antarabangsa
Setiap orang awam dibunuh, 10 pejuang Palestin akan ‘dilahirkan’
Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.

- Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.
- Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.
- Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.
- “Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.
- Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.
Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.
Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.
Moulton merujuk kepada sayap tentera Hamas iaitu Briged Al-Qassam.
Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.
“Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.
Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.
“Kita tidak terlibat untuk menetapkan nisbah sebegitu, yang pada pendapat saya adalah (sesuatu yang) tidak enak,” kata Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric dipetik Jordan News, mengkritik jurucakap tentera Israel itu.
Dujarric menekankan fokus PBB adalah untuk mencegah korban awam, walaupun mengakui cabaran-cabaran di Gaza, di mana lebih 16,000 warga Palestin terkorban sejak 7 Oktober lalu. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa2 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS