Connect with us

Antarabangsa

PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas

Suruhanjaya siasatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyiasat jenayah perang dalam konflik Israel-Hamas pihak akan menumpukan kepada dakwaan keganasan seksual oleh Hamas dalam serangan 7 Oktober lalu ke atas Israel.

Wartawan TMT

Published

on

PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas
Foto: Bekas Ketua Hak Asasi Manusia PBB, Navi Pillay.
  • Suruhanjaya siasatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyiasat jenayah perang dalam konflik Israel-Hamas pihak akan menumpukan kepada dakwaan keganasan seksual oleh Hamas dalam serangan 7 Oktober lalu ke atas Israel.
  • Pengerusinya, Navi Pillay, pada Rabu, berkata suruhanjaya itu akan melancarkan rayuan bagi mendapatkan bukti dan menyerahkannya kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
  • “Saya kini duduk sebagai pengerusi suruhanjaya yang mempunyai kuasa untuk menyiasat perkara ini. Jadi, tidak mungkin kita akan berdiam diri,” katanya.
  • Pengerusi suruhanjaya tiga anggota yang menyiasat penderaan dilakukan di Israel dan wilayah Palestin yang diduduki itu berkata beberapa individu sudah menyatakan hasrat untuk memberikan keterangan dan ia akan diserahkan kepada pendakwa raya.

GENEVA: Suruhanjaya siasatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyiasat jenayah perang dalam konflik Israel-Hamas pihak akan menumpukan kepada dakwaan keganasan seksual oleh Hamas dalam serangan 7 Oktober lalu ke atas Israel.

Pengerusinya, Navi Pillay, pada Rabu, berkata suruhanjaya itu akan melancarkan rayuan bagi mendapatkan bukti dan menyerahkannya kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

“Saya menggesa ICC untuk mempertimbang pendakwaan di tengah-tengah kritikan Israel dan keluarga tebusan Israel bahawa PBB mendiamkan diri.

“Saya kini duduk sebagai pengerusi suruhanjaya yang mempunyai kuasa untuk menyiasat perkara ini. Jadi, tidak mungkin kita akan berdiam diri,” katanya.

Pengerusi suruhanjaya tiga anggota yang menyiasat penderaan dilakukan di Israel dan wilayah Palestin yang diduduki itu berkata beberapa individu sudah menyatakan hasrat untuk memberikan keterangan dan ia akan diserahkan kepada pendakwa raya.

Bagaimanapun, cabaran utama bagi Pillay adalah Israel tidak bekerjasama dengan suruhanjaya itu, yang didakwa anti Israel dan berat sebelah.

Suruhanjaya mungkin sukar untuk mengumpulkan bukti yang mencukupi bagi menyokong pertuduhan pada masa akan datang jika akses tidak diberikan.

Pihak berkuasa Israel sudah pun membuka penyiasatan mereka sendiri terhadap keganasan seksual ketika serangan paling berdarah dalam sejarah Israel.

Antara lain, timbul dakwaan rogol, selepas ada bukti menunjukkan berlaku jenayah seksual, seperti mangsa yang ditemui dibogelkan dan dicacatkan.

Hamas menafikan penderaan itu dan tidak memberikan komen dengan segera. Jurucakap kerajaan Israel juga tidak memberikan komen.

Bukti mengenai keganasan seksual itu termasuk keterangan yang diberikan kepada Reuters sejak 7 Oktober oleh responden pertama di lokasi serangan dan anggota simpanan tentera yang merawat mayat dalam proses pengecaman.

Reuters juga sudah melihat foto yang menyokong beberapa keterangan itu.

Pillay, yang juga bekas ketua hak asasi manusia PBB dan hakim Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ), berkata Suruhanjaya Siasatan PBB akan keluarkan kenyatan umum ‘menggesa penyerahan bukti ” daripada orang awam mengenai dakwaan keganasan seksual Hamas.

Pillay memberitahu Reuters, beliau sudah bertemu dengan pendakwa ICC sejak serangan 7 Oktober lalu untuk bekerjasama dalam berkongsi bukti.

“Saya sangat kagum dengan penekanan oleh timbalan pendakwaraya (Nazhat Shameem Khan) mengenai betapa seriusnya beliau ingin menyiasat kes keganasan seksual dan aduan daripada Israel,” katanya. – REUTERS

Sumber: Berita Harian

Author

Antarabangsa

Jururawat bantu Gaza selepas 7 Oktober ditahan pihak berkuasa Perancis

Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi.
  • Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.
  • Agensi berita Anadolu melaporkan pengasas platform atas talian Islamophobia, peguam Rafik Chekkat berkata Maarifi ditahan pada waktu pagi ketika berada di rumahnya.
  • Beliau mengkritik penahanan itu dan berkata ia berlaku ketika tentera Perancis yang bertempur di Gaza “menikmati kekebalan penuh”.
  • Maarifi dikenali sebagai salah seorang warga negara Perancis pertama yang memasuki Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, berkhidmat selama 15 hari di Hospital Eropah di Khan Younis.

Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.

Agensi berita Anadolu melaporkan pengasas platform atas talian Islamophobia, peguam Rafik Chekkat berkata Maarifi ditahan pada waktu pagi ketika berada di rumahnya.

Beliau mengkritik penahanan itu dan berkata ia berlaku ketika tentera Perancis yang bertempur di Gaza “menikmati kekebalan penuh”.

Seorang Ahli Parlimen dari parti La France Insoumise (LFI), Thomas Portes memaklumkan bahawa Maarifi telah dibebaskan daripada tahanan.

“Penggeledahan rumah di hadapan keluarganya tidak meragukan niat menakut-nakutkan suara yang bangkit menyokong rakyat Palestin dan tuntutan segera gencatan senjata,” tulis ahli parlimen itu di platform X.

Maarifi sebelum ini hadir di perhimpunan pro-Palestin di Perancis untuk berkongsi pengalaman tentang keadaan kritikal disaksikannya di Gaza.

Dia juga menyatakan tuntutan gencatan senjata segera di Gaza dan pemboikotan ke atas syarikat-syarikat menyokong Israel.

Maarifi dikenali sebagai salah seorang warga negara Perancis pertama yang memasuki Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, berkhidmat selama 15 hari di Hospital Eropah di Khan Younis.

Lebih 40,800 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dibunuh rejim zionis Israel dan hampir 94,300 cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending