Connect with us

Terkini

Pas media Harakah ditarik tanpa notis amaran, CIJ persoal ketelusan kerajaan

Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) mempersoalkan etika laporan dan tindakan Jabatan Penerangan (Japen) untuk menarik semula pas media Harakah dan Harakah Daily yang merupakan lidah rasmi kepada parti PAS.

Hidayah Sani

Published

on

Pas media Harakah ditarik tanpa notis amaran, CIJ persoal ketelusan kerajaan
Foto: Kenyataan Akhbar dari Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ).
  • Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) mempersoalkan etika laporan dan tindakan Jabatan Penerangan (Japen) untuk menarik semula pas media Harakah dan Harakah Daily yang merupakan lidah rasmi kepada parti PAS.
  • Pengarah eksekutifnya, Wathshlah G Naidu berkata tiada ketelusan didapati dalam proses keputusan itu dibuat susulan pihaknya difahamkan Japen mengambil keputusan untuk menarik semula pas media itu tanpa sebarang notis amaran diberikan.
  • Beliau berkata tidak jelas sama ada kumpulan media Harakah diberikan peluang untuk membentangkan kes mereka; mengambil tindakan pembetulan seperti menurunkan kandungan yang dipersoalkan; atau bagaimana mereka boleh mendapatkan hak mereka untuk merayu keputusan ini.
  • “Kenyataan samar jabatan (Japen) bahawa penerbitan itu telah “melanggar etika kewartawanan Malaysia” tidak memenuhi standard yang boleh diterima menerusi proses keadilan,” katanya menerusi kenyataan akhbar semalam.
  • Pada Selasa, media melaporkan Japen mendapati terdapat artikel berita diterbitkan portal Harakah Daily bertarikh 6 November lalu, bertajuk ‘Malaysia di bawah Anwar ragu-ragu sokong Palestin’ yang melanggar etika kewartawanan Malaysia iaitu tuduhan tidak berasas.

KUALA LUMPUR — Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) mempersoalkan etika laporan dan tindakan Jabatan Penerangan (Japen) untuk menarik semula pas media Harakah dan Harakah Daily yang merupakan lidah rasmi kepada parti PAS.

Pengarah eksekutifnya, Wathshlah G Naidu berkata tiada ketelusan didapati dalam proses keputusan itu dibuat susulan pihaknya difahamkan Japen mengambil keputusan untuk menarik semula pas media itu tanpa sebarang notis amaran diberikan.

Beliau berkata tidak jelas sama ada kumpulan media Harakah diberikan peluang untuk membentangkan kes mereka; mengambil tindakan pembetulan seperti menurunkan kandungan yang dipersoalkan; atau bagaimana mereka boleh mendapatkan hak mereka untuk merayu keputusan ini.

“Adalah didapati tiada ketelusan terhadap proses bagaimana keputusan ini dibuat. Difahamkan Jabatan Penerangan telah mengambil keputusan untuk menarik semula pas media tanpa sebarang notis amaran diberikan,” katanya menerusi kenyataan akhbar semalam.

Wathshlah G Naidu berkata kebimbangan CIJ diperkuatkan lagi dengan kegagalan Japen memberikan sebab yang jelas dan khusus terhadap keputusan mereka. 

“Kenyataan samar jabatan (Japen) bahawa penerbitan itu telah “melanggar etika kewartawanan Malaysia” tidak memenuhi standard yang boleh diterima menerusi proses keadilan. 

“Kerajaan harus menegakkan standard antarabangsa mengenai kesahihan (legitimacy), keperluan (necessity), dan keseimbangan (proportionality) dalam sebarangan keputusan atau tindakan untuk menghadkan atau menyekat media,” katanya.

Pada Selasa, media melaporkan Japen mendapati terdapat artikel berita diterbitkan portal Harakah Daily bertarikh 6 November lalu, bertajuk ‘Malaysia di bawah Anwar ragu-ragu sokong Palestin’ yang melanggar etika kewartawanan Malaysia iaitu tuduhan tidak berasas.

Japen kemudiannya meminta kerjasama pihak akhbar berkenaan untuk memulangkan semua Kad Perakuan Media selewat-lewatnya semalam dan permohonan memperbaharui adalah tidak diluluskan.

Mengulas lanjut, Wathshlah G Naidu mengulangi seruan mereka kepada kerajaan untuk lebih telus tentang proses dan mekanisme bagaimana keputusan dibuat berkaitan menghadkan akses media. 

Beliau berkata kegagalan mengekalkan standard antarabangsa dan proses keadilan menimbulkan persoalan serius mengenai komitmen kerajaan terhadap kebebasan media dan kebebasan bersuara.

“CIJ mendesak kerajaan untuk mempercepatkan penubuhan Majlis Media Malaysia, sebagai badan kendiri yang telus bagi industri ini. 

“Adalah penting bahawa tiada wakil kerajaan duduk dalam badan membuat keputusan Majlis Media bagi mempromosikan kemandirian dan mendapatkan kepercayaan awam. 

“Kami ingin menegaskan sekali lagi tentang perkara ini kerana ingin memastikan kerajaan tidak kekal sebagai pengadil tunggal kebenaran dan mencegah penapisan media oleh pelaku dengan kepentingan politik,” katanya. — The Merdeka Times

Sumber : Platform X Centre for Independent Journalism

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

‘Edisi Siasat’ disiasat

Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.
  • Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 
  • “Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
  • “Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau bertegas bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan kes bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan juga keluarga mangsa.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai selepas pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending