Connect with us

Terkini

Kad Media wartawan Harakah ditarik balik, tindakan Jabatan Penerangan Malaysia dipersoal Geramm

Gerakan Media Merdeka (Geramm) mempersoal tindakan Jabatan Penerangan Malaysia (Japen) menarik semula Kad Perakuan Media (KPM) rasmi dikeluarkan kepada lidah rasmi PAS iaitu Harakah dan Harakah Daily tanpa kompromi.

Hidayah Sani

Published

on

Kad Media wartawan Harakah ditarik balik, tindakan Jabatan Penerangan Malaysia dikecam Geramm
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Gerakan Media Merdeka (Geramm) mempersoal tindakan Jabatan Penerangan Malaysia (Japen) menarik semula Kad Perakuan Media (KPM) rasmi dikeluarkan kepada lidah rasmi PAS iaitu Harakah dan Harakah Daily tanpa kompromi.
  • ​Pertubuhan media ​itu berpandangan tiada ruang diberikan kepada pihak editorial Harakah untuk memberikan penjelasan terhadap artikel yang didakwa menyebarkan berita berunsur tuduhan tidak berasas.
  • Katanya, tindakan diambil kerajaan terhadap syarikat media sekalipun dimiliki parti pembangkang perlu dilakukan dengan sebab yang kuat, jelas dan telus.
  • “Justeru, tanpa justifikasi dan hanya menyatakan sebab “melanggar etika kewartawanan” sebenarnya adalah tidak cukup jelas kerana tindakan haruslah berteraskan undang-undang dan peraturan serta pertimbangan hanya selepas menerima maklum balas daripada pihak yang satu lagi,” kata Geramm dalam kenyataan di Facebook, semalam.
  • Geramm mengulas dakwaan Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari di Dewan Rakyat petang semalam yang memaklumkan akhbar itu menerima surat daripada Jabatan Penerangan pada Selasa memberitahu supaya memulangkan pas media wartawan mereka.
  • Media melaporkan Japen mendapati terdapat artikel berita diterbitkan portal Harakah Daily bertarikh 6 November lalu, bertajuk ‘Malaysia di bawah Anwar ragu-ragu sokong Palestin’ yang melanggar etika kewartawanan Malaysia iaitu tuduhan tidak berasas.

KUALA LUMPUR — Gerakan Media Merdeka (Geramm) mempersoal tindakan Jabatan Penerangan Malaysia (Japen) menarik semula Kad Perakuan Media (KPM) rasmi dikeluarkan kepada lidah rasmi PAS iaitu Harakah dan Harakah Daily tanpa kompromi.

​Pertubuhan media ​itu berpandangan tiada ruang diberikan kepada pihak editorial Harakah untuk memberikan penjelasan terhadap artikel yang didakwa menyebarkan berita berunsur tuduhan tidak berasas.

Katanya, tindakan diambil kerajaan terhadap syarikat media sekalipun dimiliki parti pembangkang perlu dilakukan dengan sebab yang kuat, jelas dan telus.

“Justeru, tanpa justifikasi dan hanya menyatakan sebab “melanggar etika kewartawanan” sebenarnya adalah tidak cukup jelas kerana tindakan haruslah berteraskan undang-undang dan peraturan serta pertimbangan hanya selepas menerima maklum balas daripada pihak yang satu lagi.

“Sementara menanti pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia, ke arah penubuhan badan bebas yang antara lain berperanan akan menentukan kod etika media, Geramm juga berpandangan kerajaan tidak boleh dilihat sebagai mengambil sebarang tindakan yang boleh ditafsirkan sebagai usaha untuk mengekang kebebasan media,” kata Geramm dalam kenyataan di Facebook semalam.

Geramm mengulas dakwaan Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari di Dewan Rakyat petang semalam yang memaklumkan akhbar itu menerima surat daripada Jabatan Penerangan pada Selasa memberitahu supaya memulangkan pas media wartawan mereka.

Media melaporkan Japen mendapati terdapat artikel berita diterbitkan portal Harakah Daily bertarikh 6 November lalu, bertajuk ‘Malaysia di bawah Anwar ragu-ragu sokong Palestin’ yang melanggar etika kewartawanan Malaysia iaitu tuduhan tidak berasas.

Japen kemudiannya meminta kerjasama pihak akhbar berkenaan untuk memulangkan semua KPM selewat-lewatnya hari ini dan permohonan memperbaharui adalah tidak diluluskan.

Mengulas perkembangan terbaharu, Geramm berkata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil memaklumkan mana-mana organisasi berita yang dibatalkan perakuan media dibenarkan membuat rayuan.

Katanya, perkara itu termasuk Harakah – akhbar milik PAS – yang dibatalkan kad akreditasi Jabatan Penerangan mereka semalam.

“PS: Seharusnya proses tunjuk sebab dilakukan sebelum tindakan diambil dan bukan sebaliknya,” kata Geramm. 

Pada sesi persidangan Dewan Rakyat pagi semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan nada berang memberi amaran kepada Pas kerana mengaitkan beliau dengan Israel dalam sebuah laporan artikel disiarkan Harakah Daily.

Anwar merujuk kepada laporan akhbar Harakah bertajuk ‘Malaysia di bawah Anwar ragu-ragu sokong Palestin?’ yang turut memaparkan gambar beliau dengan latar belakang bendera Israel. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Geramm

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

‘Edisi Siasat’ disiasat

Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.
  • Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 
  • “Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
  • “Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau bertegas bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan kes bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan juga keluarga mangsa.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai selepas pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending