Connect with us

Antarabangsa

KP Hospital Al-Shifa sahkan rejim Israel tidak temui sebarang alat ketenteraan, senjata dalam hospitalnya

Tidak ada seorang pun pejuang Hamas ditemui di dalam Hospital Al-Shifa, Bandar Gaza selepas serbuan tentera Israel kelmarin di sebalik dakwaan rejim zionis bahawa kemudahan tersebut dijadikan kubu pejuang Palestin, lapor akhbar Jerusalem Post.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Pengarah Kompleks Perubatan Al-Shifa, Muhammad Abu Salmiya.
  • Tidak ada seorang pun pejuang Hamas ditemui di dalam Hospital Al-Shifa, Bandar Gaza selepas serbuan tentera Israel kelmarin di sebalik dakwaan rejim zionis bahawa kemudahan tersebut dijadikan kubu pejuang Palestin, lapor akhbar Jerusalem Post.
  • Ketika sidang akhbar diadakan pada petang kelmarin, Jurucakap tentera Israel, ­Daniel Hagari tidak dapat beri jawapan apabila ditanya dimanakah kumpulan pejuang Hamas tersebut berada sekarang.
  • Ketua Pengarah Kompleks Perubatan Al-Shifa, Muhammad Abu Salmiya ber­kata, askar-askar Israel telah berundur dari hospital itu tetapi sejumlah kereta kebal kekal berada di kawasan berhampiran.
  • Beliau juga mengesahkan tentera Israel tidak me­nemui sebarang peralatan ketenteraan atau senjata di hospital itu selain menekankan bahawa ­pengurusan kemudahan peruba­tan tersebut tidak membenarkan senjata berada di dalam bangunannnya.
  • Hamas me­ngesahkan dakwaan Israel bahawa terdapat senjata di Hospital Al-Shifa hanya pembohongan terang-terangan dan propaganda murahan untuk cuba membenarkan jenayah yang dilakukan bertujuan memusnahkan sektor kesihatan Gaza.

BANDAR GAZA – Tidak ada seorang pun pejuang Hamas ditemui di dalam Hospital Al-Shifa, Bandar Gaza selepas serbuan tentera Israel kelmarin di sebalik dakwaan rejim zionis bahawa kemudahan tersebut dijadikan kubu pejuang Palestin, lapor akhbar Jerusalem Post.

Dalam serbuan mereka juga, tiada seorang pun tebusan yang ditawan kumpulan Hamas ditemui, manakala tiada pertempuran dramatik berlaku di hospital Al-Shifa.

Cuma ketika tentera Israel cuba memasuki hospital tersebut, lima anggota Hamas terkorban dalam pertempuran kecil yang berlaku, namun tiada pertempuran sengit tercetus seperti pada infrastruktur lain milik Hamas.

Jurucakap tentera Israel, ­Daniel Hagari sebelum ini berkata, selepas pejuang Hamas menyusup masuk ke selatan Israel dan membunuh lebih 1,100 penduduk Yahudi serta warga asing pada 7 Oktober lalu, kira-kira 200 anggota pergerakan Islam tersebut melarikan diri ke Hospital Al-Shifa.

Bagaimanapun, ketika sidang akhbar diadakan pada petang kelmarin, dia tidak dapat memberi sebarang jawapan apabila ditanya dimanakah kumpulan pejuang Hamas tersebut berada sekarang.

Hagari juga ditanya sama ada kelewatan tentera Israel menyer­bu hospital itu menyebabkan anggota-anggota Hamas dan tebusan mereka dipindahkan ke tempat lain. Namun, dia hanya menjawab: “Kami pergi (ke Hospital Al-Shifa) pada masa yang sesuai untuk kami. Kami memindahkan ramai orang awam.”

Katanya, jika lebih ramai orang awam berada di hospital tersebut ketika askar-askar Israel menyerbu masuk, ia mungkin akan membahayakan askarnya.

Bagaimanapun, jurucakap itu juga berjanji bahawa lebih ba­nyak infrastruktur Hamas akan ditemui di Gaza, namun ia akan mengambil sedikit masa.

Pada sidang akhbar sama, Hagari menunjukkan klip video senjata Hamas di samping peralatan ketenteraan dan teknologi perisikan Hamas yang ditemui tentera Israel di Hospital Al-Shifa.

Menurutnya, peralatan itu ditemui semasa lebih 18 jam tentera zionis mencari pejuang Hamas di kemudahan perubatan tersebut.

Sementara itu, menurut akhbar Times of Israel, Hagari me­nyatakan, tentera Israel mene­mui pakaian seragam Hamas yang dilemparkan ke lantai hospital tersebut supaya pejuang Palestin itu boleh melarikan diri dengan menyamar sebagai orang awam.

Tentera Israel berkata, pihak­nya akan terus beroperasi di Hospital Al-Shifa, di mana Hamas didakwa menjadikan hospital berkenaan sebagai pusat arahan, bertujuan untuk mencari maklumat risikan dan aset pergerakan Hamas.

Namun, tentera zionis tidak menemui sebarang pintu masuk terowong di Hospital Al-Shifa selepas mendakwa Hamas telah membina rangkaian terowong di bawah kemudahan perubatan tersebut.

Hamas dan pegawai Hospital Al-Shifa telah berulang kali berkata bahawa tidak ada pos komandonya di bawah hospital tersebut.

Terbaharu, Ketua Pengarah Kompleks Perubatan Al-Shifa, Muhammad Abu Salmiya ber­kata, askar-askar Israel telah berundur dari hospital itu tetapi sejumlah kereta kebal kekal berada di kawasan berhampiran.

Beliau juga mengesahkan bahawa tentera Israel tidak me­nemui sebarang peralatan ketenteraan atau senjata di hospital itu selain menekankan bahawa ­pengurusan kemudahan peruba­tan tersebut tidak membenarkan senjata berada di dalam bangunannnya.

Abu Salmiya juga mendedahkan kepada portal berita Al Mayadeen bahawa tentera Israel menahan dua jurutera perubatan dan menyoal siasat sejumlah kakitangan perubatan di hospital sama.

Dalam pada itu, Hamas me­ngesahkan bahawa dakwaan Israel bahawa terdapat senjata di Hospital Al-Shifa hanya pembohongan terang-terangan dan propaganda murahan untuk cuba membenarkan jenayah yang dilakukan bertujuan memusnahkan sektor kesihatan Gaza.

Hamas menegaskan bahawa propaganda itu adalah sama se­perti yang digunakan oleh tentera Israel untuk mewajarkan serbuan ke atas Hospital Kanak-Kanak Al-Rantisi. Kata Hamas, rejim zionis meletakkan senjata di lokasi tersebut.

Dalam perkembangan ber­kaitan, Kementerian Kesihatan Palestin mengumumkan angka korban penduduk Gaza mening­kat kepada 11,230 orang terma­suk 4,650 kanak-kanak, 3,145 wa­nita dan 685 warga tua.

Seramai 3,600 orang awam lain masih hilang atau tertimbus di bawah runtuhan termasuk 1,750 kanak-kanak.

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia

Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov.
  • Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
  • Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
  • “Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
  • Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
  • Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.

Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.

Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.

“Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.

Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.

Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.

Taliban berada di bawah sekatan Barat selama lebih dua dekad dan pada awalnya dikenakan sekatan pembiayaan kepada al-Qaeda dan kumpulan lain yang dilabelkan sebagai “pengganas”.

Beberapa pegawai Russia menyeru Moscow mengeluarkan Taliban dari senarai “organisasi pengganas dan ekstremis” bagi meningkatkan kerjasama lebih lanjut.

Menteri Luar Afghanistan, Amir Khan Muttaqi dilaporkan berada di Moscow untuk perbincangan itu.

Lavrov juga dilaporkan berkata Russia tidak akan menerima “negara ketiga” menempatkan pangkalan tentera di Afghanistan atau menubuhkan kemudahan tentera baru di negara-negara jirannya “atas apa jua alasan”.

Russia mempunyai pangkalan tentera besar di Tajikistan yang bersempadan dengan Afghanistan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending