Connect with us

Terkini

KKM jamin bentang RUU GEG sebelum sidang Parlimen berakhir

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyatakan komitmen untuk membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau lebih dikenali sebagai generasi penamat (GEG) di Parlimen dalam tempoh terdekat.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.
  • Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, beliau jamin bacaan kali kedua Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau dikenali sebagai generasi penamat (GEG)  akan dibentangkan sebelum akhir sidang Parlimen pada 30 November ini.
  • “Insya-Allah saya bagi jaminan RUU itu akan kita bentangkan sebelum berakhirnya sesi parlimen pada kali ini,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita pada Program Madani Afiat dan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Pulau Pinang di sini, semalam.

Georgetown: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyatakan komitmen untuk membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau lebih dikenali sebagai generasi penamat (GEG) di Parlimen dalam tempoh terdekat.

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, beliau memberi jaminan bacaan kali kedua RUU berkenaan akan dibentangkan sebelum berakhirnya sidang Parlimen pada 30 November ini.

“Insya-Allah saya bagi jaminan RUU itu akan kita bentangkan sebelum berakhirnya sesi parlimen pada kali ini,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita pada Program Madani Afiat dan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Pulau Pinang di sini, semalam.

Ditanya mengenai kenyataan Pejabat Peguam Negara (AGC) yang memaklumkan jabatan itu sudah memberi pandangan secara konsisten sejak 2022 bahawa peruntukan berkaitan GEG boleh dicabar di mahkamah, Dr Zaliha bagaimanapun enggan mengulas.

Kelmarin, Peguam Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh dilaporkan berkata, peruntukan itu bercanggah dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan memandangkan ia mewujudkan layanan undang-undang tidak sama rata antara seseorang yang lahir sebelum 1 Januari 2007 dan individu yang dilahirkan pada dan selepas tarikh sama.

AGC merujuk kepada kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang disiarkan di media yang mendakwa terdapat dua menteri menyekat RUU yang bertujuan menjadikan rakyat Malaysia yang dilahirkan selepas 2007 diharamkan untuk membeli atau mengambil produk nikotin.

Khairy melalui hantaran di Instagram turut meluahkan kekecewaan kerana Kabinet memutuskan untuk menggugurkan peruntukan berkaitan larangan tembakau dan vape berdasarkan umur daripada RUU terbabit.

Advertisement

Sumber: Harian Metro 

Author

Terkini

DBKL tarik balik larangan jual arak

Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.
  • Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.
  • Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong dalam temubual dengan Sin Chew Daily berkata, sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.
  • “Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.
  • “Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.
  • Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.
  • Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya.

KUALA LUMPUR – Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.

Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.

Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong berkata sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.

Katanya, larangan penjualan minuman keras di tempat makan yang tidak halal itu dilihat sebagai peraturan terlalu ketat.

“Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.

“Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.

Di bawah garis panduan dilaksanakan pada 1 November 2021, DBKL melarang kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina di Kuala Lumpur daripada menjual minuman keras.

Advertisement

Bagaimanapun, pelanggan masih dibenarkan membeli bir dari premis itu dari 7 pagi hingga 9 malam.

Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.

Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya. 

“Malah ia dilakukan berikutan kes kemalangan maut yang melibatkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol yang menjadi kebimbangan masyarakat dalam negara ketika itu.

“Malang sekali apabila bahagian perlesenan DBKL telah mengambil keputusan mengundur semula ke belakang (reversal). 

“Malah, keputusan menarik balik garis panduan berkenaan turut mendapat sokongan padu sebahagian pemimpin utama daripada DAP,” katanya dipetik Harakah Daily.

Advertisement

Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Abdul Razak Ramli berkata keputusan penarikan balik larangan itu akan membawa kepada lebih banyak masalah sosial.

“Umat Islam perlu bangkit melihat sikap sambil lewa kerajaan terhadap isu ini yang telah mengambil langkah ke belakang terhadap isu arak di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan Abdul Razak mendapat respons Ahli Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Kasthuri Patto yang meminta beliau tidak menumpukan perhatian terhadap perkara itu.

Kashturi dilaporkan media sebagai berkata, Pemuda Pas Wilayah Persekutuan sepatutnya memberi tumpuan kepada unsur salah guna kuasa, rasuah, diskriminasi dan ketidakadilan. – The Merdeka Times

Author

Advertisement
Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending