Connect with us

Terkini

Kerajaan jamin kedaulatan negara tidak dicabuli dalam rundingan WHO CA+, IHR 2005

Kerajaan akan memastikan kedaulatan negara tidak dicabuli dalam rundingan Triti Pandemik Perjanjian Konvensyen Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO CA+) dan pindaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR 2005).

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan jamin kedaulatan negara tidak dicabuli dalam rundingan WHO CA+, IHR 2005
Foto: Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa (bertudung cerah).
  • Kerajaan akan memastikan kedaulatan negara tidak dicabuli dalam rundingan Triti Pandemik Perjanjian Konvensyen Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO CA+) dan pindaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR 2005).
  • Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata mengenai instrumen baharu WHO CA+ dan pindaan IHR 2005 itu, pendirian Malaysia ketika ini adalah tidak memuktamadkan sebarang keputusan sama ada untuk meraktifikasi atau menolak sebelum 1 Dis ini.
  • Beliau berkata rundingan bagi penyediaan dokumen Badan Perundingan Antara Kerajaan (INB) WHO CA+ masih diperingkat awal dan tiada keputusan akan diberikan sehingga segalanya dipersetujukan.

KUALA LUMPUR —  Kerajaan akan memastikan kedaulatan negara tidak dicabuli dalam rundingan Triti Pandemik Perjanjian Konvensyen Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO CA+) dan pindaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR 2005).

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata mengenai instrumen baharu WHO CA+ dan pindaan IHR 2005 itu, pendirian Malaysia ketika ini adalah tidak memuktamadkan sebarang keputusan sama ada untuk meraktifikasi atau menolak sebelum 1 Dis ini.

Beliau berkata rundingan bagi penyediaan dokumen Badan Perundingan Antara Kerajaan (INB) WHO CA+ masih diperingkat awal dan tiada keputusan akan diberikan sehingga segalanya dipersetujukan.

Perjanjian WHO CA+ bermatlamat mencapai kesaksamaan dan keberkesanan lebih besar untuk pencegahan, kesediaan dan tindak balas wabak melalui kerjasama antarabangsa sepenuhnya, bagaimanapun, ia dikhuatiri akan meluaskan kuasa WHO dan mencetuskan peruntukan dalam perjanjian dengan menggalakkan mana-mana kerajaan mengetepikan hak harta intelek mereka.

“Kerajaan Perpaduan tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana keputusan (WHO CA+ dan pindaan IHR 2005) yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Kerajaan komited memelihara kedaulatan negara, kuasa Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong,” katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini bagi menjawab persoalan Shaharizukirnain Abd Kadir (PN-Setiu) mengenai pendirian Malaysia untuk meraktifikasi atau menolak WHO CA+ dan pindaan IHR 2005 sebelum 1 Dis ini.

Dr Zaliha berkata Malaysia juga akan mempertahankan prinsip keadilan dan solidariti dalam pentadbiran kesihatan global iaitu negara-negara maju perlu membantu negara membangun dengan sumber yang mereka ada selain pengagihan sumber yang adil serta saksama.

Beliau berkata penyertaan Malaysia dalam rundingan itu dipacu dengan matlamat untuk membina sistem penjagaan kesihatan yang lebih kuat dan lestari bagi memastikan sumber kesihatan adalah adil dan boleh diakses di peringkat global.

Sementara itu, pada sidang media di Bangunan Parlimen, Dr Zaliha berkata dalam proses rundingan WHO CA+, Malaysia telah menghadiri enam daripada 10 sesi dan rundingan ke tujuh akan diadakan pada 6 hingga 10 Nov ini.

“Bagi rundingan pindaan IHR 2005 pula, Malaysia telah menghadiri lima daripada lapan sesi rundingan. Rundingan ini masih diteruskan sehingga selesai pada April depan,” katanya.

Dr Zaliha berkata di peringkat Kementerian Kesihatan, pihaknya sedang giat melaksanakan sesi libat urus dengan 12 agensi dan kementerian lain bagi meneliti pindaan IHR 2005 dan WHO CA+.

Selain itu katanya, dua jawatankuasa turut ditubuhkan bagi meneliti pendirian Malaysia dalam isu itu dan keputusan yang dicapai akan dibawa ke mesyuarat Kabinet.

Dalam perkembangan lain, Dr Zaliha turut mengesahkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dimasukkan ke hospital berikutan masalah kesihatan.

“Saya hanya boleh sahkan kemasukan beliau di hospital tetapi apa yang berlaku, rawatan, penyakit dan sebagainya, saya tak boleh beritahu kerana confidential (sulit),” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Najib yang sedang menjalani hukuman penjara, dimasukkan ke hospital selepas disahkan positif COVID-19, Selasa lepas. — BERNAMA 

Sumber: Bernama

Author

Antarabangsa

(VIDEO) NATO perlu elak “double-standard” dalam isu Gaza, Ukraine – PM Sepanyol

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Sanchez berkata perkara itu penting untuk menyampaikan kepada semua pihak bahawa apa dipertahankan NATO bukan hanya undang-undang antarabangsa, tetapi pendirian yang konsisten.

Beliau juga menggesa gencatan senjata kekal dilakukan di Gaza supaya “malapetaka kemanusiaan” yang disaksikan di wilayah Palestin itu dapat dihentikan.

“Ia sangat penting untuk rakyat kita fahami bahawa apa yang kita pertahankan di Gaza dan di Ukraine bukan sahaja (berkenaan) undang-undang antarabangsa, tetapi kita (sendiri) ada kedudukan yang konsisten.

“Kedudukan konsisten politik jelas bahawa kita tidak mengamalkan dwistandard. 

“Jadi jika kita memberitahu rakyat kita bahawa kita menyokong Ukraine kerana kita mempertahankan undang-undang antarabangsa, ia sama dengan apa yang kita perlu lakukan terhadap Gaza,” kata Sanchez dalam klip video disiarkan Al Jazeera ketika berucap di Sidang Kemuncak NATO di Washington, Amerika Syarikat, semalam.

Media melaporkan Ketua NATO, Jens Stoltenberg dalam ucapan akhirnya di sidang sama langsung tidak menyebut mengenai serangan rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Insiden itu berlaku ketika beberapa pemimpin memberi amaran bahawa berdiam diri mengenai situasi di Gaza boleh menjejaskan komitmen perikatan ketenteraan itu terhadap hak asasi manusia. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending