Terkini
(VIDEO) Isu Minggu Solidariti Palestin, Fadhlina beri amaran “jangan usik sekolah kami”
Semua pihak digesa beri ruang kepada KPM melaksanakan tanggungjawab dalam mendidik murid berkaitan nilai manusiawi, kemanusiaan, kedamaian dan keamanan menerusi Minggu Solidariti Palestin.

- Semua pihak digesa beri ruang kepada KPM melaksanakan tanggungjawab dalam mendidik murid berkaitan nilai manusiawi, kemanusiaan, kedamaian dan keamanan menerusi Minggu Solidariti Palestin.
- Gesaan itu disuarakan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek ketika membuat penggulungan Belanjawan 2024 bagi KPM di Dewan Rakyat, hari ini.
- Ketika menyentuh mengenai isu Minggu Solidariti Palestin, Fadhlina menegaskan, KPM menyahut seruan Perdana Menteri dan pendirian kerajaan untuk sama-sama mempertahankan hak serta kebebasan rakyat Palestin.
- Beliau berkata, penganjuran program itu bukan mahu menunjukkan siapa ‘terpaling’ Palestin mahu pun soal tunduk kepada desakan dangkal yang memilih antara dua kemanusiaan.
- “Jangan kacau kami, jangan usik sekolah kami, jangan usik guru-guru kami. Yang sebelah sana (pembangkang) atau yang sini (kerajaan) sama.
- “Beri ruang kepada pendidikan ini sebagai satu proses. Fahaminya sebagai satu mesej yang penting untuk mendidik kemanusiaan,” katanya.
SEMUA pihak digesa untuk memberi ruang kepada Kementerian Pendidikan (KPM) melaksanakan tanggungjawab dalam mendidik murid berkaitan nilai manusiawi, kemanusiaan, kedamaian dan keamanan menerusi Minggu Solidariti Palestin.
Gesaan itu disuarakan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek ketika membuat penggulungan Belanjawan 2024 bagi KPM di Dewan Rakyat, hari ini.
Ketika menyentuh mengenai isu Minggu Solidariti Palestin, Fadhlina menegaskan, KPM menyahut seruan Perdana Menteri dan pendirian kerajaan untuk sama-sama mempertahankan hak serta kebebasan rakyat Palestin.
Beliau yang kelihatan sebak ketika menyentuh isu itu berkata, penganjuran program tersebut bukan mahu menunjukkan siapa ‘terpaling’ Palestin mahu pun soal tunduk kepada desakan dangkal yang memilih antara dua kemanusiaan.
Fadhlina turut menyeru semua pihak sama ada ahli Parlimen kerajaan atau pembangkang untuk memberi ruang kepada KPM mengutamakan proses pendidikan kemanusiaan kepada murid-murid.
“Jangan kacau kami, jangan usik sekolah kami, jangan usik guru-guru kami. Yang sebelah sana (pembangkang) atau yang sini (kerajaan) sama.
“Beri ruang kepada pendidikan ini sebagai satu proses. Fahaminya sebagai satu mesej yang penting untuk mendidik kemanusiaan,” katanya.
Mengulas lanjut, Fadhlina memaklumkan, beliau juga mengambil kira semua pandangan dan kritikan ramai berhubung pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin.
Beliau berkata, setiap sekolah bersifat dinamik yang merangkumi pelbagai ras, kepercayaan dan latar belakang yang hanya difahami setiap guru di sekolah tersebut.
Justeru, Ahli Parlimen Nibong Tebal itu turut menyeru supaya tiada pihak yang cuba mengganggu ekosistem sekolah.
“Saya mengambil semua pandangan dan kritikan termasuk rakan-rakan daripada Majlis Kristian yang menyarankan agar minggu solidariti ini diisi dengan doa mengikut agama masing-masing.
“Dinamika ini hanya ada pada guru untuk mengenal pasti apakah program yang sesuai, sebab itu jangan bising, jangan susah hati kalau sekolah tak ada takbir, tak ada qunut nazilah.
“Ada sebab ia berlangsung dalam suasana dan aktiviti yang dibenarkan serta bersesuaian dengan sekolah tersebut,” katanya.
Sumber: Utusan TV
Terkini
Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu – Saifuddin
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

- Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
- Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
- “Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
- “Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
- Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.
Tanjung Malim: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
“Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
“Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta.
“Kalau ada penolakan contohnya mereka pemegang pasport negara melakukan kesalahan di luar seperti tinggal lebih masa, apabila membuat permohonan semula pasport sudah semestinya ada semakan dan mungkin berakhir dengan tidak lulus.
“Tetapi kerana bahasa Melayu…tiada,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Mohamad; Ketua Pengarah Rela, Datuk Yahya Sulaiman dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.
Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.
“Mengenakan syarat seperti itu adalah menyalahi undang-undang, keterlaluan dan akan menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai,” kata Zaid seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan.
Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, sebagai warganegara adalah menjadi kewajipan untuk menguasai bahasa Melayu selaras martabatnya sebagai bahasa rasmi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Perkara yang kita tekankan adalah setiap warganegara Malaysia apabila berurusan di kaunter kerajaan paling kurang boleh berbahasa Melayu.
“Baik LFL atau pihak lain, jangan putar belit sampai seolah-olah syarat permohonan adalah bahasa, padahal kita tak pernah ungkap.
“Saya anjurkan semua warganegara termasuk LFL utamakan dahulu bahasa Melayu,” katanya.
Terdahulu, seorang wanita mendakwa diherdik oleh pegawai imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Johor gara-gara tidak tidak fasih berbahasa Melayu semasa memohon pembaharuan pasport anaknya.
Sumber : Harian Metro
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa2 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS