Connect with us

Antarabangsa

Houthi Yaman lancar peluru berpandu ke Israel

Kumpulan Houthi melancarkan peluru berpandu ke atas pelbagai sasaran di Israel, termasuk bandar Eilat di Laut Merah, semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Houthi Yaman lancar peluru berpandu ke Israel
Foto: Gambar Sekadar Hiasan.
  • Kumpulan Houthi melancarkan peluru berpandu ke atas pelbagai sasaran di Israel, termasuk bandar Eilat di Laut Merah, semalam.
  • Jurucakap tentera kumpulan dari Yaman itu berkata, serangan tersebut dibuat dalam tempoh 24 jam selepas satu lagi operasi ketenteraan oleh dron ke atas sasaran Israel yang sama.
  • “Kami sentiasa memantau dan mencari mana-mana kapal Israel di Laut Merah, terutamanya di Bab al-Mandab, dan berhampiran perairan wilayah Yaman,” kata pemimpin kumpulan itu Abdul-Malik al-Houthi.
  • Tentera Israel berkata, ia memintas peluru berpandu itu berhampiran Laut Merah.

Kumpulan Houthi melancarkan peluru berpandu ke atas pelbagai sasaran di Israel, termasuk bandar Eilat di Laut Merah, semalam.

Jurucakap tentera kumpulan dari Yaman itu berkata, serangan tersebut dibuat dalam tempoh 24 jam selepas satu lagi operasi ketenteraan oleh dron ke atas sasaran Israel yang sama.

Tentera Israel berkata, ia memintas peluru berpandu itu berhampiran Laut Merah.

Menurutnya, sistem pertahanan udara “Arrow” digunakan untuk menembak jatuh peluru berpandu itu selepas siren dibunyikan di bandar pelabuhan Eilat.

Israel mendakwa peluru berpandu itu tidak memasuki wilayahnya, dan tidak menyatakan pihak yang melancarkannya.

Sebelum ini, pemimpin Houthi berkata kumpulan itu akan terus melancarkan serangan terhadap Israel.

“Kami sentiasa memantau dan mencari mana-mana kapal Israel di Laut Merah, terutamanya di Bab al-Mandab, dan berhampiran perairan wilayah Yaman,” kata pemimpin kumpulan itu Abdul-Malik al-Houthi.

Advertisement

Konflik di Gaza telah menyebabkan ketegangan memuncak di seluruh rantau Asia Barat, dengan pertubuhan antarabangsa dan pemimpin politik memberi amaran tentang potensi perang yang lebih meluas di seluruh rantau ini.

Kumpulan bersenjata Lebanon yang disokong Iran, Hezbollah telah berbalas tembakan dengan tentera Israel merentasi sempadan Lebanon-Israel, dan kumpulan bersenjata yang disokong Iran telah menyasarkan tentera AS di Syria dan Iraq.

Amerika Syarikat telah melakukan serangan di Syria sebagai tindak balas.

Sumber: Utusan TV 

Author

Advertisement

Antarabangsa

Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Tawanan Israel, Yarden Peepas.
  • Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
  • Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
  • “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
  • Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
  • Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.

“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.

Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.

Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times

Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending