Terkini
Harakah akan kemukakan rayuan Kad Perakuan Media, Fahmi bincang dengan Japen
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil akan berbincang dengan Jabatan Penerangan (Japen) berhubung tindakan jabatan itu menarik semula Kad Perakuan Media wartawan Harakah dan HarakahDaily pada Selasa lalu.

- Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil akan berbincang dengan Jabatan Penerangan (Japen) berhubung tindakan jabatan itu menarik semula Kad Perakuan Media wartawan Harakah dan HarakahDaily pada Selasa lalu.
- Fahmi Fadzil berkata beliau difahamkan Harakah akan menghantar rayuan berhubung perkara itu dan ia dialu-alukan pihaknya.
- Beliau berkata pihaknya bersedia dengan perkara itu sebagaimana Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menyebutkan bahawa beliau bersedia untuk ‘memaafkan’ akhbar itu.
- “Kerana yang ingin saya tegaskan di sini adalah etika kewartawanan dan kita sedia seperti Perdana Menteri sebutkan hari itu dia sedia untuk memaafkan dan tidak menjadi masalah,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
- Beliau menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) mengenai status rayuan yang dikatakan sudah dihantar Harakah berhubung penarikan semula Kad Perakuan Media wartawan akhbar itu.
KUALA LUMPUR — Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil akan berbincang dengan Jabatan Penerangan (Japen) berhubung tindakan jabatan itu menarik semula Kad Perakuan Media wartawan Harakah dan HarakahDaily pada Selasa lalu.
Fahmi Fadzil berkata beliau difahamkan Harakah akan menghantar rayuan berhubung perkara itu dan ia dialu-alukan pihaknya.
Beliau berkata pihaknya bersedia dengan perkara itu sebagaimana Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menyebut bahawa beliau bersedia untuk ‘memaafkan’ akhbar itu.
“Kerana yang ingin saya tegaskan di sini adalah etika kewartawanan dan kita sedia seperti Perdana Menteri sebutkan hari itu dia (Anwar) sedia untuk memaafkan dan tidak menjadi masalah.
“Ini tidak terpakai hanya kepada Harakah tapi kepada semua…ini yang kita ingin tegaskan kepada semua rakan-rakan media termasuklah kepada para veteran yang disebutkan tadi.
“Cuma saya berpandangan berbeza lah seperti saya sebut kalau mungkin zaman-zaman sebelum ini lapan orang veteran ini kalau mereka berkhidmat mungkin selepas mereka mengeluarkan kenyataan itu berbagai tindakan diambil tapi hingga ke hari ini mereka bebas dan terus boleh bersuara dan kita terima pandangan dan kritikan mereka,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) mengenai status rayuan yang dikatakan sudah dihantar Harakah berhubung penarikan semula Kad Perakuan Media wartawan akhbar itu.
Fadhli turut membangkitkan persoalan tentang dakwaan wujud gangguan khususnya daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) terhadap kandungan yang dilihat tidak menyentuh isu 3R (Institusi Diraja, Agama, Bangsa).
Katanya persoalan dibangkitkan itu bukan hanya membabitkan ahli politik sebaliknya lapan wartawan veteran turut menegur MCMC supaya tidak berlagak seperti ‘abang besar’ pada Ogos lalu.
Ketua Penerangan PAS itu pada Selasa lalu memaklumkan akhbar lidah rasmi PAS menerima surat daripada Japen memberitahu supaya memulangkan pas media wartawan mereka.
Media melaporkan Japen mendapati terdapat artikel berita diterbitkan portal Harakah Daily bertarikh 6 November lalu, bertajuk ‘Malaysia di bawah Anwar ragu-ragu sokong Palestin’ yang melanggar etika kewartawanan Malaysia iaitu tuduhan tidak berasas.
Japen kemudiannya meminta kerjasama pihak akhbar berkenaan untuk memulangkan semua Kad Perakuan Media selewat-lewatnya semalam dan permohonan memperbaharui adalah tidak diluluskan.
Pada hari sama, Anwar di Dewan Rakyat, menyatakan beliau berasa marah dengan tindakan Harakah memaparkan gambarnya dengan berlatarbelakangkan bendera Israel, sekali gus menyifatkan ia sebagai biadab dan melanggar tatasusila. — The Merdeka Times
Sumber : Youtube Parlimen Malaysia
Terkini
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

- Kerajaan menegaskan nilai kredit eMadani tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
- Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.
- “Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.
- “Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
PUTRAJAYA – Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.
Menurut MOF, pihaknya tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan peer-to-peer atau penebusan tunai itu, justeru orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dengan tawaran perkhidmatan berkenaan oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial.
“Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan ‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.
“Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelas MOF, program eMADANI diluncurkan bertujuan untuk menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.
Pendaftaran program eMADANI dibuka sehingga 20 Februari 2024 dan akan memanfaatkan seramai 10 juta rakyat dewasa yang layak, meliputi golongan B40 dan M40.
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion bagi program berkenaan seperti diumumkan pada majlis peluncuran kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat pada 27 Julai lalu.
Sumber : Utusan
-
Terkini3 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini3 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini3 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas