Connect with us

Terkini

GEG digugurkan, KJ ucap tahniah kepada industri tembakau dan vape

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dengan sarkastik mengucapkan tahniah kepada industri tembakau dan vape susulan pengguguran dasar generasi penamat (GEG).

Hidayah Sani

Published

on

GEG digugurkan, KJ ucap tahniah kepada industri tembakau dan vape
Foto: Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
  • Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dengan sarkastik mengucapkan tahniah kepada industri tembakau dan vape susulan pengguguran dasar generasi penamat (GEG).
  • Khairy berkata GEG digugurkan kerana lobi yang kuat daripada ‘Big Tobacco’, bukan disebabkan hujah undang-undang dikemukakan Peguam Negara yang antaranya mengatakan dasar itu tidak berperlembagaan.
  • “Sekarang, ia (GEG) telah digugurkan. Penjualan vape akan dikawal bagaimanapun kami gagal merealisasikan undang-undang yang penting untuk kesihatan awam.” 
  • “Saya telah mematahkan hujah itu. Apa pun tahniah kepada industri besar tembakau dan vape. Anda telah menang,” katanya menerusi hantaran di Instagram pada Selasa mengulas artikel bertajuk, ‘RUU Kawalan Produk Merokok dijadual dibentangkan hari ini’.

KUALA LUMPUR — Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dengan sarkastik mengucapkan tahniah kepada industri tembakau dan vape susulan pengguguran dasar generasi penamat (GEG).

Khairy berkata GEG digugurkan kerana lobi yang kuat daripada ‘Big Tobacco’, bukan disebabkan hujah undang-undang dikemukakan Peguam Negara yang antaranya mengatakan dasar itu tidak berperlembagaan.

“Sekarang, ia (GEG) telah digugurkan. Penjualan vape akan dikawal bagaimanapun kami gagal merealisasikan undang-undang yang penting untuk kesihatan awam.

“Kabinet menggunakan hujah yang dikemukakan oleh Peguam Negara yang mengatakan bahawa GEG tidak berperlembagaan.

“Saya telah mematahkan hujah itu. Apa pun tahniah kepada industri besar tembakau dan vape. Anda telah menang,” katanya menerusi hantaran di Instagram pada Selasa mengulas artikel bertajuk, ‘RUU Kawalan Produk Merokok dijadual dibentangkan hari ini’.

Foto : Tangkap Layar hantaran Khairy Jamaluddin di Instagram

Mengulas lanjut, Khairy menyifatkan hari ini sebagai menyedihkan kerana beliau yang memperkenalkan GEG untuk kesihatan awam sebelum ini.

Katanya, RUU itu sudah dibawa ke Parlimen dengan mengandungi GEG dan langkah mengawal penjualan vape serta mendapat sokongan kelompok kesihatan awam, bagaimanapun kini ia digugurkan.

“Jangan sesekali beranggapan GEG digugurkan kerana beberapa alasan pincang oleh hujah undang-undang dikemukakan Peguam Negara. 

“Peguam ketawa dengan kenyataan bodoh itu. Tidak, GEG digugurkan kerana lobi yang kuat dari Big Tobacco,” katanya.

Khairy bagaimanapun tidak melihat ‘kemenangan’ industri tembakau dan vape itu sebagai pengakhiran, sebaliknya beliau yakin kesihatan awam akan menang pada masa akan datang.

“Ini belum berakhir. Satu hari, kesihatan awam akan menang,” katanya.

Foto : Tangkap Layar hantaran Khairy Jamaluddin di Instagram

Badan pemerhati kesihatan CodeBlue sebelum ini melaporkan kabinet memutuskan untuk menggugurkan peruntukan larangan tembakau dan vape generasi akhir (GEG) daripada RUU Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2023.

Ini kerana peguam negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh berpandangan cadangan kohort atau larangan berdasarkan umur yang bertujuan untuk mengharamkan produk tembakau dan vape bagi mereka lahir bermula 1 Januari 2007 sebagai tidak berperlembagaan.

Terbaharu, media melaporkan Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa membentangkan versi semakan RUU Kawalan Produk Tembakau Demi Kesihatan Awam untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini

Dr Zaliha memberitahu Dewan, RUU tersebut akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua pada esok. — The Merdeka Times

Sumber : Instagram khairykj

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
  • Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
  • Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
  • Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
  • “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
  • “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
  • Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
  • Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.

Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.

“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.

Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.

Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.

Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.

“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.

Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.

“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending