Connect with us

Terkini

CAP gesa cukai tinggi terhadap restoran makanan segera susulan kes diabetes meningkat

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) gesa kerajaan kenakan cukai lebih tinggi kepada restoran yang menyajikan makanan segera susulan laporan bilangan pesakit diabetes semakin meningkat di negara ini terutama bagi individu dewasa berusia 18 tahun ke atas.

Wartawan TMT

Published

on

CAP gesa cukai tinggi terhadap restoran makanan segera susulan kes diabetes meningkat
Foto: Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang CAP, Mohideen Abdul Kader.
  • Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) gesa kerajaan kenakan cukai lebih tinggi kepada restoran yang menyajikan makanan segera susulan laporan bilangan pesakit diabetes semakin meningkat di negara ini terutama bagi individu dewasa berusia 18 tahun ke atas.
  • Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader, berkata penggunaan Sirap Jagung Tinggi Fruktosa (HFCS) sebagai pengganti gula bertapis yang murah dan tidak sihat perlu diharamkan dalam produk makanan di negara ini.
  • “Sempena Hari Diabetes Sedunia hari ini, CAP menggesa supaya undang-undang pelabelan dipinda bagi memastikan pengilang menukar label mereka untuk menunjukkan dengan jelas jumlah gula dalam makanan dengan bilangan sudu teh gula pada produk itu.
  • “Iklan makanan dan minuman bergula tinggi dan makanan ringan lain di televisyen perlu dihentikan selain melancarkan kempen besar-besaran di media massa bagi mendidik orang ramai mengenai bahaya diabetes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan supaya mengenakan cukai lebih tinggi kepada restoran yang menyajikan makanan segera susulan laporan bilangan pesakit diabetes semakin meningkat di negara ini terutama bagi individu dewasa berusia 18 tahun ke atas.

Presiden CAP Mohideen Abdul Kader, berkata penggunaan Sirap Jagung Tinggi Fruktosa (HFCS) sebagai pengganti gula bertapis yang murah dan tidak sihat perlu diharamkan dalam produk makanan di negara ini.

“Sempena Hari Diabetes Sedunia hari ini, CAP menggesa supaya undang-undang pelabelan dipinda bagi memastikan pengilang menukar label mereka untuk menunjukkan dengan jelas jumlah gula dalam makanan dengan bilangan sudu teh gula pada produk itu.

“Iklan makanan dan minuman bergula tinggi dan makanan ringan lain di televisyen perlu dihentikan selain melancarkan kempen besar-besaran di media massa bagi mendidik orang ramai mengenai bahaya diabetes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019, didapati kelaziman diabetes dalam kalangan orang dewasa berumur 18 tahun ke atas meningkat daripada 11.2 peratus pada 2011 kepada 13.4 peratus pada 2015, kemudian meningkat lagi kepada 18.3 peratus pada 2019.

Diabetes di Malaysia dijangka terus meningkat susulan diet dan gaya hidup biasa iaitu diet yang kaya dengan lemak tepu dan karbohidrat halus serta mempunyai kesan buruk terhadap metabolisme.

Justeru, orang ramai dinasihati mengekalkan berat badan yang sihat serta aktif secara fizikal dengan sekurang-kurangnya 30 minit aktiviti berintensiti sederhana pada kebanyakan hari.

Menurut Mohideen, lebih banyak aktiviti diperlukan bagi mengawal berat badan malah masyarakat digalak mengamalkan pemakanan sihat serta mengelak pengambilan gula dan lemak tepu.

Menurut laporan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) diabetes begitu berleluasa sehingga satu daripada setiap lima rakyat Malaysia didiagnos menghidapnya dan kanak-kanak seawal usia lima dan enam tahun disahkan menghidap Diabetes Jenis II.

Sumber: Berita Harian

Author

Terkini

(VIDEO) Isu ‘politik bodoh’ tiada kaitan Perkara 153, Menteri Kesihatan & KPT selesai segera isu ‘Parallel Pathway’ ! – KJ

Menteri Kesihatan, Menteri Pendidikan Tinggi dan Ketua Pengarah Kesihatan digesa segera menyelesaikan isu pendaftaran dan perakuan graduan pembedahan kardiotoraks dan pelatih di bawah Program Parallel Pathway untuk ke Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan (kiri), Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad (tengah bawah), Menteri Pendidikan Tinggi, Dato Seri Zambry Abdul Kadir (tengah atas) dan Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (kanan).
  • Menteri Kesihatan, Menteri Pendidikan Tinggi dan Ketua Pengarah Kesihatan digesa segera menyelesaikan isu pendaftaran dan perakuan graduan pembedahan kardiotoraks dan pelatih di bawah Program Parallel Pathway untuk ke Universiti Teknologi Mara (UiTM).
  • Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) mendakwa isu itu tercetus kerana Ketua Pengarah Kesihatan yang juga Presiden Majlis Perubatan Malaysia (MMC) tidak mengiktiraf kepakaran graduan daripada program tersebut.
  • KJ berkata permasalahan itu berlanjutan terlalu lama hingga menjadi perdebatan beberapa pihak dan membabitkan perkara yang tidak sepatutnya dibangkitkan seperti Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
  • So kalau tak iktiraf then fix the problem quickly. Sebab kita tak boleh nak tunggu ada satu cohort pelajar pegawai perubatan yang sekarang ini stuck .
  • “UiTM dia tak boleh pergi sebab tiada guarantee (jaminan) yang dia akan dia akan didaftar sebagai specialty dan dia terpaksa berdepan isu politik yang bodoh ini yang sebenarnya tak ada kaitan langsung dengan isu spesifik ini dibesarkan dijadikan sampai isu 153 Perlembagaan Persekutuan sebagainya,” katanya menerusi klip video dimuat naik di Instagram @keluar.sekejap di sini hari ini.
  • Media sebelum ini melaporkan Anggota Lembaga Program Pascasiswazah Pembedahan Kardiotoraks UiTM-IJN, Profesor Dr Raja Amin Raja Mokhtar mendedahkan UiTM bersedia membuka program berkenaan secara sementara kepada pelatih dan graduan Parallel Pathway bukan bumiputera sehingga program sama dibuka di Universiti Malaya (UM).
  • Perkara itu menimbulkan pertikaian beberapa pihak yang mendakwanya sebagai mengganggu-gugat hak orang Melayu dan bumiputera susulan Fasal 1A Akta UiTM 1976 (Akta 173) memperuntukkan dengan jelas penubuhan UiTM adalah selaras Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

KUALA LUMPUR — Menteri Kesihatan, Menteri Pendidikan Tinggi dan Ketua Pengarah Kesihatan digesa segera menyelesaikan isu pendaftaran dan perakuan graduan pembedahan kardiotoraks dan pelatih di bawah Program Parallel Pathway untuk ke Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) mendakwa isu itu tercetus kerana Ketua Pengarah Kesihatan yang juga Presiden Majlis Perubatan Malaysia (MMC) tidak mengiktiraf kepakaran graduan daripada program tersebut.

KJ berkata permasalahan itu berlanjutan terlalu lama hingga menjadi perdebatan beberapa pihak dan membabitkan perkara yang tidak sepatutnya dibangkitkan seperti Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

So kalau tak iktiraf then fix the problem quickly. Sebab kita tak boleh nak tunggu ada satu cohort pelajar pegawai perubatan yang sekarang ini stuck .

“UiTM dia tak boleh pergi sebab tiada guarantee (jaminan) yang dia akan dia akan didaftar sebagai specialty dan dia terpaksa berdepan isu politik yang bodoh ini yang sebenarnya tak ada kaitan langsung dengan isu spesifik ini dibesarkan dijadikan sampai isu 153 Perlembagaan Persekutuan sebagainya. 

We want to settle a very specific problem so menteri kesihatan, menteri pengajian tinggi, ketua pengarah kesihatan this problem has gone on long enough (masalah ini telah berlarutan cukup lama) dan dia dah menjadi masalah percakapan dan juga perdebatan yang bodoh yang sekarang ini melibatkan benda yang sepatutnya tak dilibatkan Perlembagaan Persekutuan, kedudukan istimewa orang Melayu dan sebagainya.

“Selesaikanlah isu ini, I mean you are the ministers, you are the director general of health for god’s sake, get it done, (Maksud saya, anda adalah menteri, anda adalah ketua pengarah kesihatan demi tuhan, selesaikan isu ini),” katanya menerusi klip video dimuat naik di Instagram @keluar.sekejap di sini hari ini.

Portal berita kesihatan CodeBlue pada April lalu melaporkan Anggota Lembaga Program Pascasiswazah Pembedahan Kardiotoraks UiTM-IJN, Profesor Dr Raja Amin Raja Mokhtar mendedahkan UiTM bersedia membuka program berkenaan secara sementara kepada pelatih dan graduan Parallel Pathway bukan bumiputera sehingga program sama dibuka di Universiti Malaya (UM).

Perkara itu menimbulkan pertikaian beberapa pihak yang mendakwanya sebagai mengganggu-gugat hak orang Melayu dan bumiputera susulan Fasal 1A Akta UiTM 1976 (Akta 173) memperuntukkan dengan jelas penubuhan UiTM adalah selaras Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

Memetik laporan Malaysiakini, difahamkan pada 20 Mac lalu terdapat empat graduan yang menjalankan program latihan ijazah lanjutan kepakaran bersama Royal College of Surgeons Edinburgh dalam pembedahan kardiotoraks memfailkan permohonan semakan kehakiman bersama di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Ia adalah untuk mencabar keputusan MMC yang menolak permohonan graduan terbabit pada 21 Disember lalu untuk berdaftar di Pendaftaran Pakar Kebangsaan (NSR).

MMC dikatakan menolak pendaftaran mereka kerana kelulusan Persekutuan Kolej Pakar Bedah Diraja Edinburgh dalam Pembedahan Kardiotoraks (FRCS Ed) tidak diiktiraf. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending