Antarabangsa
39 wartawan ditahan di penjara rejim zionis Israel sejak 7 Oktober
The Palestinian Journalists Syndicate (PJS) memaklumkan tentera Israel menahan tiga lagi wartawan di Tebing Barat yang diduduki, sekali gus menambah jumlah wartawan yang ditahan dalam tempoh 7 hingga 24 Oktober lalu.
- The Palestinian Journalists Syndicate (PJS) memaklumkan tentera Israel menahan tiga lagi wartawan di Tebing Barat yang diduduki, sekali gus menambah jumlah wartawan ditahan dalam tempoh 7 hingga 24 Oktober lalu.
- Tindakan itu menjadikan jumlah wartawan yang ditahan di penjara Israel kepada 39 orang, kata PJS dalam satu kenyataan.
- Ketegangan memuncak di seluruh Tebing Barat sejak pertempuran antara Israel dan kumpulan pejuang Hamas tercetus serta serangan mengejut merentas sempadan.
PALESTIN: The Palestinian Journalists Syndicate (PJS) memaklumkan tentera Israel menahan tiga lagi wartawan di Tebing Barat yang diduduki, sekali gus menambah jumlah wartawan yang ditahan dalam tempoh 7 hingga 24 Oktober lalu.
Tindakan itu menjadikan jumlah wartawan yang ditahan di penjara Israel kepada 39 orang, kata PJS dalam satu kenyataan.
Ketegangan memuncak di seluruh Tebing Barat sejak pertempuran antara Israel dan kumpulan pejuang Hamas tercetus serta serangan mengejut merentas sempadan.
Menurut pegawai, sekurang-kurangnya 163 rakyat Palestin terbunuh dan 2,250 lagi cedera disebabkan tentera Israel di wilayah itu.
Sementara itu, tentera Israel turut menahan 65 lagi warga Palestin di Tebing Barat, menjadikan jumlah penahanan rakyat wilayah itu dalam tempoh sebulan terakhir kepada 2,215, menurut Persatuan Tahanan Palestin.
Sebelum berlakunya konflik terbaharu itu, bilangan rakyat Palestin yang ditahan di penjara Israel adalah sekitar 5,200, kebanyakannya ditahan tanpa pertuduhan atau perbicaraan. – AGENSI
Sumber: Berita Harian
Antarabangsa
Jururawat bantu Gaza selepas 7 Oktober ditahan pihak berkuasa Perancis
Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.
- Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.
- Agensi berita Anadolu melaporkan pengasas platform atas talian Islamophobia, peguam Rafik Chekkat berkata Maarifi ditahan pada waktu pagi ketika berada di rumahnya.
- Beliau mengkritik penahanan itu dan berkata ia berlaku ketika tentera Perancis yang bertempur di Gaza “menikmati kekebalan penuh”.
- Maarifi dikenali sebagai salah seorang warga negara Perancis pertama yang memasuki Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, berkhidmat selama 15 hari di Hospital Eropah di Khan Younis.
Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.
Agensi berita Anadolu melaporkan pengasas platform atas talian Islamophobia, peguam Rafik Chekkat berkata Maarifi ditahan pada waktu pagi ketika berada di rumahnya.
Beliau mengkritik penahanan itu dan berkata ia berlaku ketika tentera Perancis yang bertempur di Gaza “menikmati kekebalan penuh”.
Seorang Ahli Parlimen dari parti La France Insoumise (LFI), Thomas Portes memaklumkan bahawa Maarifi telah dibebaskan daripada tahanan.
“Penggeledahan rumah di hadapan keluarganya tidak meragukan niat menakut-nakutkan suara yang bangkit menyokong rakyat Palestin dan tuntutan segera gencatan senjata,” tulis ahli parlimen itu di platform X.
Maarifi sebelum ini hadir di perhimpunan pro-Palestin di Perancis untuk berkongsi pengalaman tentang keadaan kritikal disaksikannya di Gaza.
Dia juga menyatakan tuntutan gencatan senjata segera di Gaza dan pemboikotan ke atas syarikat-syarikat menyokong Israel.
Maarifi dikenali sebagai salah seorang warga negara Perancis pertama yang memasuki Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, berkhidmat selama 15 hari di Hospital Eropah di Khan Younis.
Lebih 40,800 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dibunuh rejim zionis Israel dan hampir 94,300 cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan. – The Merdeka Times
-
Kolumnis3 days ago
Kenapa negeri lain perlu memasukkan kuasa Mahkamah Syariah di dalam Undang-Undang Tubuh Negeri?
-
Terkini4 days ago
China tuntut Malaysia segera hentikan aktiviti di perairan kaya minyak berhampiran Sarawak
-
Terkini3 days ago
Kezaliman, fasisme berlaku jika ‘tangan’ majoriti perintah negara kenyataan fitnah berniat jahat – MP PKR
-
Antarabangsa3 days ago
Harta benda komuniti Muslim di Telangana diserang dan dibakar perusuh