Connect with us

Terkini

Perlu sepakat negara jiran hantar tentera ke Palestin – Anwar

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata sebarang tindakan untuk menghantar tentera Malaysia ke Palestin termasuk bagi menjalankan misi pendamai atau keamanan atau koridor kemanusiaan perlu disepakati negara jiran terlebih dahulu.

Wartawan TMT

Published

on

Perlu sepakat negara jiran hantar tentera ke Palestin - Anwar
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata sebarang tindakan untuk menghantar tentera Malaysia ke Palestin termasuk bagi menjalankan misi pendamai atau keamanan atau koridor kemanusiaan perlu disepakati negara jiran terlebih dahulu.
  • Pada sesi penerangan berhubung perkembangan terkini krisis Palestin-Israel di Dewan Rakyat, Anwar berkata jika perkara itu tidak dilaksanakan, ia akan menyebabkan pesawat negara tidak boleh mendarat bagi misi kemanusiaan.
  • “Ada yang di Malaysia menyatakan kita enggan hantar pasukan tentera. Pimpinan tentera minta saya sampaikan adalah tidak adil untuk mana-mana kalangan dalam penyampaian mesej mereka, dalam tazkirah mereka untuk menyinggung hal ini.
  • “Ini bukan keputusan kita boleh hantar dengan mudah. Jadi saya minta harus ada kefahaman, jangan kelirukan rakyat,” katanya.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata sebarang tindakan untuk menghantar tentera Malaysia ke Palestin termasuk bagi menjalankan misi pendamai atau keamanan atau koridor kemanusiaan perlu disepakati negara jiran terlebih dahulu.

Pada sesi penerangan berhubung perkembangan terkini krisis Palestin-Israel di Dewan Rakyat, Anwar berkata jika perkara itu tidak dilaksanakan, ia akan menyebabkan pesawat negara tidak boleh mendarat bagi misi kemanusiaan.

“Ada yang di Malaysia menyatakan kita enggan hantar pasukan tentera. Pimpinan tentera minta saya sampaikan adalah tidak adil untuk mana-mana kalangan dalam penyampaian mesej mereka, dalam tazkirah mereka untuk menyinggung hal ini.

“Ini bukan keputusan kita boleh hantar dengan mudah. Jadi saya minta harus ada kefahaman, jangan kelirukan rakyat,” katanya.

Justeru, perdana menteri meminta semua rakyat dan komuniti ummah bersama mendoakan keselamatan rakyat Palestin yang berterusan menjadi mangsa kekejaman rejim Israel.

Anwar berkata Menteri Luar, Zambry Abd Kadir, akan berlepas ke Jeddah malam tadi atas undangan Putera Mahkota Arab Saudi yang juga Perdana Menteri, Mohammed bin Salman serta Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi mesyuarat tergempar OIC.

Katanya, beliau turut akan menghadiri Sidang Kemuncak Asean-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) Khamis ini serta mengadakan perbincangan khusus mengenai tindakan perlu diambil terhadap kezaliman Israel ke atas Palestin.

Advertisement

“Putera Mohammed menelefon saya beberapa hari lalu, meminta saya sambung sehari lagi pada 21 Okt supaya diadakan perbincangan dan acara rasmi di Arab Saudi.

“Saya akan berbincang dengan beberapa teman lain…UAE (Emiriah Arab Bersatu), Qatar, Mesir dan Turki sama ada perlu diadakan beberapa pertemuan lain dengan pemimpin negara lain.”

Katanya, beliau memberi mandat penuh kepada Zambry untuk berbincang dan mengambil apa jua keputusan bagi menyegerakan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin kerana Israel menyekat sumber asas atau bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Selain itu, Anwar memberi jaminan untuk terus bersama mana-mana negara yang menunjukkan solidariti dan simpati kepada Palestin.

“Pendirian kita jelas, politik di Palestin ialah ‘politics of dispossession’. Tanah, harta benda mereka dirampas dan kita mesti kembalikan hak mereka ke atas tanah air mereka.

“Saya juga ingin menyatakan sudah sampai ketikanya kerajaan Malaysia dengan hubungan yang diberikan, akan bersama rakan-rakan untuk melakukan apa saja yang perlu.”

Advertisement

Beliau turut memaklumkan Malaysia secara dasarnya mempunyai hubungan dengan Hamas selepas mereka memenangi pilihan raya bebas dan tidak bersetuju dengan keputusan Eropah terus menekan Hamas.

Ketika ini, katanya, kerajaan sudah menyumbang RM10 juta bantuan awal kemanusiaan dan perubatan kepada rakyat Palestin.

“Insya Allah Khamis ini, sebelum saya berangkat ke Arab Saudi, RM100 juta (tambahan daripada beberapa GLC) akan disalurkan khusus ke Gaza untuk tabung perikemanusiaan dan perubatan.”

Sumber: Free Malaysia Today

Author

Advertisement

Terkini

Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu – Saifuddin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

Wartawan TMT

Published

on

Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu - Saifuddin
Foto: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (kiri) & Pengarah Lawyers for Liberty, Zaid Malek (kanan).
  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
  • Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
  • “Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
  • “Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
  • Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.

Tanjung Malim: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.

“Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.

“Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta.

“Kalau ada penolakan contohnya mereka pemegang pasport negara melakukan kesalahan di luar seperti tinggal lebih masa, apabila membuat permohonan semula pasport sudah semestinya ada semakan dan mungkin berakhir dengan tidak lulus.

“Tetapi kerana bahasa Melayu…tiada,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Mohamad; Ketua Pengarah Rela, Datuk Yahya Sulaiman dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

Advertisement

Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.

“Mengenakan syarat seperti itu adalah menyalahi undang-undang, keterlaluan dan akan menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai,” kata Zaid seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, sebagai warganegara adalah menjadi kewajipan untuk menguasai bahasa Melayu selaras martabatnya sebagai bahasa rasmi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara yang kita tekankan adalah setiap warganegara Malaysia apabila berurusan di kaunter kerajaan paling kurang boleh berbahasa Melayu.

“Baik LFL atau pihak lain, jangan putar belit sampai seolah-olah syarat permohonan adalah bahasa, padahal kita tak pernah ungkap.

“Saya anjurkan semua warganegara termasuk LFL utamakan dahulu bahasa Melayu,” katanya.

Advertisement

Terdahulu, seorang wanita mendakwa diherdik oleh pegawai imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Johor gara-gara tidak tidak fasih berbahasa Melayu semasa memohon pembaharuan pasport anaknya.

Sumber : Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending