Connect with us

Terkini

Pengilang produk mengandungi Nikotin perlu daftar dengan Jabatan Kastam – KKM

Pindaan yang dibuat kepada Perintah Racun yang dibuat pada 31 Mac lalu adalah salah satu bentuk kawalan terhadap produk rokok elektronik dan vape yang mempunyai cecair dan gel nikotin.

Wartawan TMT

Published

on

Pengilang produk mengandungi Nikotin perlu daftar dengan Jabatan Kastam – KKM
Foto: Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa.
  • Pindaan yang dibuat kepada Perintah Racun yang dibuat pada 31 Mac lalu adalah salah satu bentuk kawalan terhadap produk rokok elektronik dan vape yang mempunyai cecair dan gel nikotin.
  • Menurut Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa, melalui perintah tersebut, pengilang perlu mendaftarkan aktiviti pengilangan dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
  • “Ini (pendaftaran dengan Jabatan Kastam) merupakan salah satu bentuk kawalan yang dapat dilakukan sebelum kawalan menyeluruh dibuat sementara menunggu kelulusan bagi Rang Undang-Undang Kawalan Merokok 2023 yang dibentangkan.
  • “Saya menegaskan bahawa Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa komited dalam melindungi rakyat Malaysia daripada ancaman produk-produk yang mengandungi tembakau dan nikotin.
  • “Saya juga menegaskan bahawa pengenaan duti eksais terhadap produk rokok elektronik dan vape yang mengandungi nikotin adalah selaras dengan Artikel 6 Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau (FCTC) Pertubuhan Kesihatan Sedunia,” kata Dr Zaliha dalam afidavit jawapan yang difailkan semalam di Mahkamah Tinggi di sini berhubung saman yang difailkan oleh tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terhadap Menteri Kesihatan (tidak dinamakan secara spesifik) dan Kerajaan Malaysia berhubung keputusan mengeluarkan cecair nikotin daripada senarai Akta Racun 1952.

KUALA LUMPUR: Pindaan yang dibuat kepada Perintah Racun yang dibuat pada 31 Mac lalu adalah salah satu bentuk kawalan terhadap produk rokok elektronik dan vape yang mempunyai cecair dan gel nikotin.

Menurut Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa, melalui perintah tersebut, pengilang perlu mendaftarkan aktiviti pengilangan dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

“Ini (pendaftaran dengan Jabatan Kastam) merupakan salah satu bentuk kawalan yang dapat dilakukan sebelum kawalan menyeluruh dibuat sementara menunggu kelulusan bagi Rang Undang-Undang Kawalan Merokok 2023 yang dibentangkan.

“Saya menegaskan bahawa Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa komited dalam melindungi rakyat Malaysia daripada ancaman produk-produk yang mengandungi tembakau dan nikotin.

“Saya juga menegaskan bahawa pengenaan duti eksais terhadap produk rokok elektronik dan vape yang mengandungi nikotin adalah selaras dengan Artikel 6 Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau (FCTC) Pertubuhan Kesihatan Sedunia,” kata beliau.

Selain itu, Dr. Zaliha menyatakan, beliau telah diberikan nasihat dan percaya bahawa berdasarkan Seksyen 6 Akta Racun 1952, beliau hanya disyaratkan untuk mendapatkan konsultasi daripada Lembaga Racun berhubung pengecualian tersebut.

Tambahnya, tiada sebarang keperluan untuknya mendapatkan kelulusan daripada Lembaga Racun sebelum berbuat demikian.

Advertisement

Beliau berkata demikian dalam afidavit jawapan yang difailkan semalam di Mahkamah Tinggi di sini berhubung saman yang difailkan oleh tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terhadap Menteri Kesihatan (tidak dinamakan secara spesifik) dan Kerajaan Malaysia berhubung keputusan mengeluarkan cecair nikotin daripada senarai Akta Racun 1952.

Plaintif-plaintif, Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MKTM); Pertubuhan Green Lung Malaysia (MGLA) dan Voice of Children (VOC) memfailkan saman tersebut melalui firma guaman, Tetuan Kanesalingam & Co. pada 28 Jun lalu di Mahkamah Tinggi di sini.

Pada 31 Mac lalu, Menteri Kesihatan membuat keputusan meminda senarai di bawah Akta Racun 1952 yang mengeluarkan nikotin daripada senarai tersebut.

Cecair nikotin sebelum ini disenaraikan dalam Akta Racun 1952 ekoran ia bukan produk hasil tembakau yang tertakluk di bahawa Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending