Connect with us

Terkini

PAS anjur himpunan aman solidariti pertahankan Palestin, Masjid Al-Aqsa Jumaat ini

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Perikatan Nasional akan mengadakan himpunan aman solidariti mempertahankan bumi Palestin dan Masjid al-Aqsa yang bertempat di Masjid Negara di ibu negara, Jumaat ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

PAS anjur himpunan aman solidariti pertahankan Palestin, Masjid Al-Aqsa Jumaat ini
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • PAS dan Perikatan Nasional akan mengadakan himpunan aman solidariti mempertahankan bumi Palestin dan Masjid al-Aqsa yang bertempat di Masjid Negara di ibu negara, Jumaat ini.
  • Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Afnan Hamimi Datuk Taib Azamudden menyeru seluruh umat Islam dan rakyat Malaysia untuk turun bersama-sama menyatakan bantahan dan solidariti bagi nasib rakyat Palestin.
  • “Marilah kita bersatu hati, tanpa mengira bangsa dan agama, waima fahaman politik, bersolidariti bersama demi saudara seagama kita,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

KUALA LUMPUR — Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Perikatan Nasional akan mengadakan himpunan aman solidariti mempertahankan bumi Palestin dan Masjid al-Aqsa yang bertempat di Masjid Negara di ibu negara, Jumaat ini.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Afnan Hamimi Datuk Taib Azamudden menyeru seluruh umat Islam dan rakyat Malaysia untuk turun bersama-sama menyatakan bantahan dan solidariti bagi  nasib rakyat Palestin.

“Kita nyatakan ketegasan kita mempertahankan kemuliaan tanah Palestin dan Masjid Al-Aqsa, daripada terus dihina dan diceroboh sesuka hati oleh Israel dan Zionis. 

“Marilah kita bersatu hati, tanpa mengira bangsa dan agama, waima fahaman politik, bersolidariti bersama demi saudara seagama kita,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Afnan berkata pertempuran besar-besaran berlaku di Palestin adalah suatu simbolik penting akan kebangkitan umat Islam di Palestin setelah sekian lama dipenjarakan di negara sendiri oleh Zionis Laknatullah.

“Perkembangan terkini di Gaza, ratusan nyawa telah terkorban dan ribuan telah tercedera. Kebanyakannya adalah dari golongan wanita, kanak-kanak dan warga tua. 

“Tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis ini, mewajarkan kami untuk bertindak dan tidak berdiam diri, di saat saudara seagama kami di Palestin diperlakukan dengan zalim,” katanya, memaklumkan Dewan Pemuda PAS diamanahkan sebagai penganjur himpunan itu.

Kumpulan pembebasan Palestin di Gaza, Hamas melancarkan Operasi Taufan Al-Aqsa ke atas Israel awal Sabtu lalu, melepaskan tembakan roket dan menyusup masuk ke Israel melalui darat, udara dan laut.

Hamas berkata serangan mengejut itu sebagai tindak balas terhadap penyerbuan Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis Timur yang diduduki serta peningkatan keganasan peneroka haram Israel.

Sebagai tindakan balas, tentera Israel melancarkan ‘Operation Swords of Iron’ terhadap Hamas di Semenanjung Gaza.

Sekurang-kurangnya 900 warga Israel terbunuh dan lebih 2,600 cedera dalam pertempuran itu, demikian menurut Kementerian Kesihatan Israel. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Pemuda PAS Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *