Connect with us

Antarabangsa

LGBTQ: Wanita Jepun tolak ideologi jantina

Sekumpulan wanita di Jepun menganjurkan protes membantah ideologi jantina di negara itu dengan menyatakan lelaki berbeza dari wanita dan amaran supaya pendokong ideologi ini tidak mendekati anak-anak mereka.

A.R. Khan

Published

on

LGBTQ: Wanita Jepun tolak ideologi jantina
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekumpulan wanita di Jepun menganjurkan protes membantah ideologi jantina di negara itu dengan menyatakan lelaki berbeza dari wanita dan amaran supaya pendokong ideologi ini tidak mendekati anak-anak mereka.
  • Hantaran itu dimuatnaik sebuah akaun media sosial platform X, dengan nama Genevieve Gluck pada 24 September lalu, hasil perkongsian akaun warga Jepun yang berkongsi gambar acara dianjurkan pada hari itu.
  • Akaun Genevieve Gluck dipetik menyebut; “Wanita di Jepun menetang ideologi identiti jantina, dengan papan tanda bertulis, “Lelaki bukan wanita” dan ”Jangan dekati anak-anak kami!”

KUALA LUMPUR – Sekumpulan wanita di Jepun menganjurkan protes membantah ideologi jantina di negara itu dengan menyatakan lelaki berbeza dari wanita dan amaran supaya pendokong ideologi ini tidak mendekati anak-anak mereka.

Hantaran itu dimuatnaik sebuah akaun media sosial platform X, dengan nama Genevieve Gluck pada 24 September lalu, hasil perkongsian akaun warga Jepun yang berkongsi gambar acara dianjurkan pada hari itu.

Akaun Genevieve Gluck dipetik menyebut; “Wanita di Jepun menentang ideologi jantina dengan papan tanda bertulis, “Lelaki bukan wanita” dan ”Jangan dekati anak-anak kami!”

Menurut hantaran di platform X itu, penggubal undang-undang Jepun menerima tekanan sejak kebelakangan ini untuk menerima pakai dasar menukar identifikasi seks (alat kelamin asal) yang diketahui umum sebagai norma barat.

Konsep ‘ideologi jantina’ yang membolehkan seseorang menuntut memiliki jantina berbeza dari jantina asalnya dikatakan amalan biasa warga Amerika Syarikat dan Australia.

Terdahulu, satu tinjauan mendapati 70 peratus warga Jepun menyokong perkahwinan sejenis tetapi Mahkamah Jepun tetap memutuskan perkahwinan sejenis sesuatu yang bercanggah dengan Perlembagaan.

Sumber: Genevieve Gluck on X / Twitter 

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending