Connect with us

Antarabangsa

Mahkamah Jepun putuskan tidak membenarkan perkahwinan sejenis

Mahkamah Daerah Fukuoka di Jepun hari ini memutuskan tidak membenarkan perkahwinan sejenis kerana ia ‘tidak mengikut perlembagaan’, kata penyiar awam NHK.

Wartawan TMT

Published

on

Mahkamah Jepun putuskan tidak membenarkan perkahwinan sejenis
Foto: Orang ramai termasuk peguam plaintif memegang sepanduk dan bendera selepas mahkamah rendah memutuskan tidak membenarkan perkahwinan sejenis kerana tidak mengikut perlembagaan di luar mahkamah daerah Nagoya, Jepun pada 30 Mei lalu.
  • Mahkamah Daerah Fukuoka di Jepun hari ini memutuskan tidak membenarkan perkahwinan sejenis kerana ia ‘tidak mengikut perlembagaan’, kata penyiar awam NHK.
  • Keputusan itu dibuat seminggu selepas mahkamah daerah lain berkata adalah bercanggah dengan perlembagaan untuk tidak membenarkan, sekaligus memberi tamparan hebat kepada aktivis hak LGBTQ di Jepun, satu-satunya negara Kumpulan Tujuh tanpa perlindungan undang-undang untuk kesatuan sesama jantina.
  • Lima ketetapan mengenai perkahwinan sejenis kini sudah diputuskan di seluruh Jepun.
  • Keputusan Tokyo adalah serupa, menyokong larangan perkahwinan sejenis tetapi mengatakan bahawa kekurangan perlindungan undang-undang untuk keluarga sejenis melanggar hak asasi manusia.

TOKYO: Mahkamah Daerah Fukuoka di Jepun hari ini memutuskan tidak membenarkan perkahwinan sejenis kerana ia ‘tidak mengikut perlembagaan’, kata penyiar awam NHK.

Keputusan itu dibuat seminggu selepas mahkamah daerah lain berkata adalah bercanggah dengan perlembagaan untuk tidak membenarkan, sekaligus memberi tamparan hebat kepada aktivis hak LGBTQ di Jepun, satu-satunya negara Kumpulan Tujuh tanpa perlindungan undang-undang untuk kesatuan sesama jantina.

Lima ketetapan mengenai perkahwinan sejenis kini sudah diputuskan di seluruh Jepun.

Keputusan Tokyo adalah serupa, menyokong larangan perkahwinan sejenis tetapi mengatakan bahawa kekurangan perlindungan undang-undang untuk keluarga sejenis melanggar hak asasi manusia.

Tinjauan pendapat menunjukkan kira-kira 70 peratus orang ramai menyokong perkahwinan sejenis, tetapi parti pemerintah konservatif Perdana Menteri, Fumio Kishida menentangnya.

Kishida kekal tidak komited mengenai isu itu walaupun terdapat tekanan kuat daripada negara G7 lain, terutama Amerika Syarikat menjelang Jepun menganjurkan sidang kemuncak pemimpin G7 bulan lalu. – REUTERS

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Remaja ketagih vape rebah, berubah ‘biru’ dan hampir mati

Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Kyla Blight yang menghisap vape menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.
  • Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.
  • Daily Mail melaporkan paru-paru remaja itu ‘pecah’ disebabkan rutinnya menghisap vape yang menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.
  • Pada awal pagi 11 Mei, Mark Blight yang menetap di Egremont, Cumbria, England, membawa anaknya, Kyla Blight, 17, ke hospital selepas menerima panggilan telefon memberitahu anaknya rebah dan berubah ‘biru’ ketika bermalam di rumah rakannya.
  • Selepas jantungnya hampir berhenti berdegup, remaja berusia 17 tahun itu menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk membuang sebahagian paru-parunya.
  • Pakar perubatan menemui lepuh udara kecil dikenali sebagai  pulmonary bleb, berkembang di bahagian atas paru-parunya. Vape berlebihan dipercayai menjadi penyebab lepuh ini pecah dan paru-parunya gagal berfungsi.

Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.

Daily Mail melaporkan paru-paru remaja itu ‘pecah’ disebabkan rutinnya menghisap vape yang menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.

Pada awal pagi 11 Mei, Mark Blight yang menetap di Egremont, Cumbria, England, membawa anaknya, Kyla Blight, 17, ke hospital selepas menerima panggilan telefon memberitahu anaknya rebah dan berubah ‘biru’ ketika bermalam di rumah rakannya.

Selepas jantungnya hampir berhenti berdegup, remaja berusia 17 tahun itu menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk membuang sebahagian paru-parunya.

Pakar perubatan menemui lepuh udara kecil dikenali sebagai  pulmonary bleb yang berkembang di bahagian atas paru-parunya. 

Vape berlebihan dipercayai menjadi penyebab lepuh itu pecah dan paru-parunya gagal berfungsi.

Kyla yang mula menghisap vape pada usia 15 tahun percaya tabiat itu ‘tidak berbahaya’ dan melakukan 4,000 sedutan vape seminggu menyamai nikotin 400 batang rokok.

Selepas pembedahan, Kyla menghabiskan dua minggu di hospital sebelum dibenarkan pulang ke rumah sepenuhnya.

“Saya bercakap dengan pakar bedah dan dia menyebut tentang lepuh yang boleh terbentuk pada paru-paru. 

“Mereka fikir bahawa vape pakai buanglah yang memecahkan lepuh ini dan menusuk lubang pada paru-paru anda.

“Nampaknya ia perkara yang diketahui sekarang. Dia telah melakukan banyak operasi seperti ini,” kata Blight.

Walaupun vape secara meluas dilihat lebih selamat daripada merokok, kesan jangka panjang vape masih kekal misteri.

Doktor menyatakan kebimbangan adanya gelombang penyakit paru-paru, masalah pergigian dan kanser dalam beberapa dekad yang akan datang pada mereka yang memulakan tabiat itu.

Tahun lalu, pakar pediatrik terkemuka memberi amaran bahawa kanak-kanak dimasukkan ke hospital dengan kesukaran bernafas akibat vape, di tengah-tengah wabak vape golongan belia pada tahap ‘mengganggu.’ – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending