Terkini
Implikasi perjanjian WHO CA+, IHR 2005 perlu dibincang secara terbuka
Implikasi perjanjian Pandemik Triti Pertubuhan Kesihatan Sedunia Perjanjian Konvensyen (WHO CA+) dan pindaan Regulasi Kesihatan Antarabangsa (IHR 2005) perlu dibincangkan secara terbuka dan telus bagi melihat elemen yang didakwa boleh menjejaskan kedaulatan negara.
- Implikasi perjanjian Pandemik Triti Pertubuhan Kesihatan Sedunia Perjanjian Konvensyen (WHO CA+) dan pindaan Regulasi Kesihatan Antarabangsa (IHR 2005) perlu dibincangkan secara terbuka dan telus bagi melihat elemen yang didakwa boleh menjejaskan kedaulatan negara.
- Pakar Perlembagaan, Profesor Madya Dr Muhammad Fathi Yusof berkata perbincangan itu wajar dilakukan ekoran kebimbangan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengenai pelaksanaannya.
- “Dan saya percaya isu ini walaupun mempunyai sudut pandangan yang berbeza tetapi wajar dibincangkan secara matang dan juga terbuka di antara pihak-pihak terlibat agar tidak wujud sebarang risiko yang boleh menjejaskan kebebasan kerajaan atau sesebuah negara itu untuk membuat keputusan sendiri dalam hal yang berkaitan dengan kepentingan tersendiri,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini semalam.
- Media sebelum ini melaporkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menuntut kerajaan membantah rundingan WHO CA+ dan pindaan IHR 2005 kerana dikhuatiri akan mengancam kedaulatan negara.
KUALA LUMPUR —- Implikasi perjanjian Pandemik Triti Pertubuhan Kesihatan Sedunia Perjanjian Konvensyen (WHO CA+) dan pindaan Regulasi Kesihatan Antarabangsa (IHR 2005) perlu dibincangkan secara terbuka dan telus bagi melihat elemen yang didakwa boleh menjejaskan kedaulatan negara.
Pakar Perlembagaan, Profesor Madya Dr Muhammad Fathi Yusof berkata perbincangan itu wajar dilakukan ekoran kebimbangan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengenai pelaksanaannya.
Katanya, perbincangan itu juga bagi memastikan tidak wujud sebarang risiko yang boleh menjejaskan kebebasan negara untuk membuat keputusan sendiri dalam hal berkaitan kepentingan Malaysia.
“Oleh kerana terdapat beberapa NGO yang menyuarakan kebimbangan berkenaan dengan implikasi perjanjian ini saya percaya ia wajar dibincangkan secara terbuka dan telus bagi meneliti dan melihat apakah sebenarnya elemen-elemen yang dikatakan boleh menjejaskan kedaulatan negara itu.
“Dan saya percaya isu ini walaupun mempunyai sudut pandangan yang berbeza tetapi wajar dibincangkan secara matang dan juga terbuka di antara pihak-pihak terlibat agar tidak wujud sebarang risiko yang boleh menjejaskan kebebasan kerajaan atau sesebuah negara itu untuk membuat keputusan sendiri dalam hal yang berkaitan dengan kepentingan tersendiri,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini semalam.
Fathi berkata beliau setakat ini belum melihat hujah kukuh untuk menganggap perjanjian WHO CA+ boleh mengancam kedaulatan negara dan boleh menyebabkan pemimpin negara atau pentadbiran negara tertakluk kepada arahan pihak luar.
Beliau berpendapat perjanjian itu adalah sebahagian daripada keperluan dalam konteks kerjasama antara negara bagi menghadapi risiko jangkitan endemik atau pandemik.
Katanya, perjanjian itu juga secara tidak langsung mewujudkan keseimbangan di antara negara-negara, terutamanya bagi membantu negara kurang berkemampuan untuk berdepan situasi wabak yang berlaku.
“Dalam hal ini sebenarnya kesan daripada perjanjian ini (IHR 2005) telah pun dirasai beberapa tahun kebelakangan ini dan tidak ada sebarang petanda bahawa perjanjian ini boleh menjejaskan kedaulatan negara,” kata Fathi.
Semalam, The Merdeka Times melaporkan Pakar Perubatan Keluarga, Dr Suhazeli Abdullah mengatakan perjanjian CA+ dan IHR 2005 tidak menyebabkan negara Malaysia hilang kedaulatan dan kuasa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) akan terlucut kerana ia tidak bertentangan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kedudukan dan peranan YDPA sebagai Ketua Utama Negara.
Suhazeli berkata perjanjian itu perlu untuk meningkatkan kerjasama dan solidariti antara negara-negara dalam menangani krisis kesihatan global yang semakin mencabar.
Pada masa sama, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa menyatakan komitmen bahawa kedaulatan negara akan sentiasa menjadi keutamaan dalam rundingan perjanjian itu.
Media sebelum ini melaporkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menuntut kerajaan membantah rundingan WHO CA+ dan pindaan IHR 2005 kerana dikhuatiri akan mengancam kedaulatan negara. —- The Merdeka Times
Antarabangsa
Israel bom depot senjata berdekatan pangkalan udara Russia di Syria
Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
- Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
- Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria.
- Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
- Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.
Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria.
Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
Pertahanan udara Russia dan Syria dilaporkan memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit.
Terdapat dakwaan bahawa pertahanan udara memintas peluru berpandu di luar pantai Jableh, sebuah bandar di barat laut Syria, dengan anggaran 30 peluru berpandu dilancarkan.
Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.
Laporan tempatan lain mencadangkan sebuah pesawat Iran di lapangan terbang mungkin turut menjadi sasaran.
Israel yang sering menjalankan operasi terhadap sasaran berkaitan dengan Iran di Syria belum memberikan sebarang komen mengenai insiden letupan itu. — The Merdeka Times