Antarabangsa
Hezbollah 10 kali kuat dari Hamas – Menteri rejim zionis
Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant mengarahkan anggota tentera bersiap sedia di barisan hadapan wilayah utara bagi menentang sebarang serangan daripada kumpulan Hezbollah.

- Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant mengarahkan anggota tentera bersiap sedia di barisan hadapan wilayah utara bagi menentang sebarang serangan daripada kumpulan Hezbollah.
- Gallant membuat kenyataan demikian dalam satu mesyuarat tertutup bersama pegawai-pegawai kanan kerajaan.
- Lapor Agensi Anadolu, Gallant menegaskan persiapan diperlukan di barisan hadapan wilayah utara harus dilakukan segera memandangkan Hezbollah adalah `10 kali ganda lebih kuat dari kumpulan Hamas’.
- Pada mesyuarat itu, beliau turut meminta pegawai kerajaan untuk memuktamadkan pemindahan aset ketenteraan ke barisan hadapan wilayah utara.
BAITULMUQADDIS: Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant mengarahkan anggota tentera bersiap sedia di barisan hadapan wilayah utara bagi menentang sebarang serangan daripada kumpulan Hezbollah.
Gallant membuat kenyataan demikian dalam satu mesyuarat tertutup bersama pegawai-pegawai kanan kerajaan.
Lapor Agensi Anadolu, Gallant menegaskan persiapan diperlukan di barisan hadapan wilayah utara harus dilakukan segera memandangkan Hezbollah adalah `10 kali ganda lebih kuat dari kumpulan Hamas’.
Pada mesyuarat itu, beliau turut meminta pegawai kerajaan untuk memuktamadkan pemindahan aset ketenteraan ke barisan hadapan wilayah utara.
Berdasarkan kenyataan tentera Israel dan Hezbollah, kedua-dua pihak melancarkan serangan antara satu sama lain sepanjang hari.
Sekurang-kurangnya 10 pejuang Hezbollah terbunuh sejak keganasan tercetus di sempadan antara Lubnan dan Israel.
Ketegangan itu berlaku di tengah-tengah serangan udara Israel di Semenanjung Gaza berikutan serangan mengejut Hamas pada 7 Oktober lalu ke atas bandar sempadan Israel.
Sekurang-kurangnya 3,478 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza, manakala lebih 1,400 orang maut di Israel sejak operasi bermula.
Hezbollah sudah banyak kali berperang dengan Israel, terbaharu pada 2006 yang mana kumpulan pejuang dari Lubnan itu melancarkan serangan roket ke arah beberapa bandar utama Israel.
Lebih 1,000 rakyat Lubnan terbunuh dalam konflik itu manakala sebahagian besar selatan Lubnan yang merupakan kubu kuat Hezbollah musnah akibat serangan Israel.
Sumber: Utusan Malaysia
Antarabangsa
Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

- Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
- Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
- “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
- Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
- Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.
Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times
Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini2 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas
-
Terkini2 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor