Connect with us

Terkini

Hakim tarik diri dengar rayuan Najib

Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Azizah Nawawi, yang sepatutnya mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes saman terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas memutuskan untuk menarik diri daripada mendengar kes saman itu.

Wartawan TMT

Published

on

Hakim tarik diri dengar rayuan Najib
Foto: Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri) dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas (kanan).
  • Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Azizah Nawawi, yang sepatutnya mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes saman terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas memutuskan untuk menarik diri daripada mendengar kes saman itu. 
  • “Saya bercadang menarik diri daripada mendengar kes ini kerana suami saya (berkhidmat) secara terus di bawah responden (Thomas). 
  • “Asas kepada penarikan ini adalah kerana kes membabitkan kepentingan awam, jadi adalah lebih baik kita mempunyai standard yang tinggi,” katanya.

PUTRAJAYA – Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Azizah Nawawi, yang sepatutnya mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes saman terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas memutuskan untuk menarik diri daripada mendengar kes saman itu.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Ini kerana semasa prosiding bermula hakim Azizah yang mengetuai panel tiga hakim bagi mendengar kes saman itu, mendedahkan suaminya, Datuk Nik Suhaimi Nik Sulaiman yang kini sudah bersara, pernah berkhidmat di bawah Tommy di Jabatan Peguam Negara.

“Saya bercadang menarik diri daripada mendengar kes ini kerana suami saya (berkhidmat) secara terus di bawah responden (Thomas).

“Asas kepada penarikan ini adalah kerana kes membabitkan kepentingan awam, jadi adalah lebih baik kita mempunyai standard yang tinggi,” katanya.

Terdahulu peguam Najib, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, kemudian memohon kepada mahkamah untuk mendapatkan arahan lanjut daripada Najib itu susulan pendedahan berkenaan.

Sejurus selepas itu, peguam itu memaklumkan kepada mahkamah bahawa arahan daripada anak guamnya ialah supaya hakim Azizah menarik diri daripada panel berkenaan.

Hakim itu kemudian memutuskan menarik diri daripada mendengar rayuan terbabit. Dua lagi panel hakim yang turut bersidang ialah Datuk See Mee Chun dan Datuk Lim Chong Fong,

Sementara itu, Tommy yang diwakili peguam Alan Gomez memberitahu mahkamah, pihaknya tiada bantahan bagi hakim Azizah terus mendengar rayuan itu dan mahu plaintif (Najib) menyatakan alasannya.

Kita tidak boleh mengambil mudah perkara ini. Saya tidak nampak ada alasan akan berlaku bahaya berat sebelah,” katanya.

Pada 25 November tahun lalu, Tommy berjaya dalam permohonannya untuk membatalkan saman yang difailkan Najib berhubung dakwaan bekas peguam negara itu menyalahguna kuasa untuk mengemukakan pendakwaan membabitkan skandal syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Bache ketika membenarkan permohonan itu berkata, saman Najib selaku plaintif tidak boleh dipertahan dan tiada sebab tindakan yang munasabah.

Dalam saman yang difailkan pada 22 Oktober 2021, Najib mendakwa dituduh melakukan rasuah dalam skandal 1MDB dan International Petroleum Investment Company (IPIC), salah guna kuasa mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan kes pengubahan wang haram.

Bekas Perdana Menteri itu mendakwa, pertuduhan terhadapnya adalah sebahagian daripada langkah dirancang lebih awal oleh Tommy dan selaras dengan rancangan kerajaan Pakatan Harapan ketika itu.

Najib dengan itu memohon perisytiharan Tommy melakukan penyelewengan dalam jawatan awam dan menuntut ganti rugi RM1.9 juta, termasuk yuran rundingan untuk pasukan audit menyemak dokumentasi bagi penyediaan fakta bagi menangani pendakwaan terbabit. 

Sumber: Kosmo Digital

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Aman Palestin siapkan tiga projek mega di Syria dalam tempoh sekatan akaun

Aman Palestin berjaya menyiapkan tiga projek pembangunan keperluan asas dan komuniti di Syria walaupun berdepan kekangan akibat akaunnya disekat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan penyelewengan dana awam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan.
  • Aman Palestin berjaya menyiapkan tiga projek pembangunan keperluan asas dan komuniti di Syria walaupun berdepan kekangan akibat akaunnya disekat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan penyelewengan dana awam.
  • Aman Palestin dalam kenyataan hari ini mengatakan ketiga-tiga projek itu dibina di Al-Bab dan Jarablus, Syria dengan peruntukan USD1,048,612 (RM5.028 juta) yang akan memberi manfaat kepada puluhan ribu masyarakat di kawasan tersebut.
  • Biarpun projek itu berjaya disiapkan, Aman Palestin masih perlu menjelaskan hutang sekitar RM1.918 juta dan menggesa sekatan ke atas akaunnya dapat dihentikan untuk menyempurnakan transaksi tersebut.

KUALA LUMPUR – Aman Palestin berjaya menyiapkan tiga projek pembangunan keperluan asas dan komuniti di Syria walaupun berdepan kekangan akibat akaunnya disekat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan penyelewengan dana awam.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Aman Palestin dalam kenyataan hari ini mengatakan ketiga-tiga projek itu dibina di Al-Bab dan Jarablus, Syria dengan peruntukan USD1,048,612 (RM5.028 juta) yang akan memberi manfaat kepada puluhan ribu masyarakat di kawasan tersebut.

Foto : Projek saluran air.

“Projek yang didirikan antaranya Projek Saluran Air Bersih dari Sungai Furat ke Perkampungan Ataa, Jarablus dengan jangka masa projek selama 15 bulan membabitkan kos USD659,000 (RM3.16 juta).

Foto: Masjid Ghafur.

”Pembinaan Masjid Al-Ghafour, Al-Bab dengan jangka masa pembinaan selama 7 bulan membabitkan kos USD130,000 (RM623,000).

Foto: Pusat Komuniti.

“Projek Pusat Komuniti Perkampungan Ataa, Jarablus dengan jangka masa pembinaan selama 18 bulan, membabitkan kos sebanyak USD259,612 (RM1.24 juta),” katanya di sini hari ini.

Biarpun projek itu berjaya disiapkan dan berakhir sekitar November dan Disember tahun lalu, Aman Palestin masih perlu menjelaskan hutang sekitar RM1.918 juta untuk menyempurnakan transaksi projek tersebut.

“Walaupun projek mega Aman Palestin ini telah berjaya disiapkan, Aman Palestin masih mempunyai hutang perlu dilunaskan sebanyak USD 400,000 (RM1.918 juta) untuk projek saluran air bersih berikutan akaun Aman Palestin yang disekat dan tidak mampu membayar hutang tersebut.

“Pembinaan projek-projek ini jelas tujuannya untuk memberikan kemudahan dan keselesaan kepada penduduk di sekitar Jarablus dan Al-Bab serta memberikan perkembangan yang terbaik dalam taraf hidup masyarakat di sana. 

“Dengan projek ini, Aman Palestin meletakkan harapan agar para penduduk yang mendapat manfaat dapat menggunakan kemudahan dengan sebaiknya demi kelangsungan hidup yang lebih baik.

“Dalam masa yang sama, Aman Palestin menggesa agar akaun Aman Palestin dapat dinyahbekukan dengan segera berikutan ramai lagi saudara kita di Palestin, Syria dan Yaman yang ketika ini amat memerlukan bantuan daripada kita untuk terus hidup,” kata NGO itu. – The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending