Connect with us

Terkini

Dasar gaji progresif dijangka libat kos tambahan minimum kepada majikan – Kementerian Ekonomi

Dasar gaji progresif dijangka libat kos tambahan minimum kepada majikan – Kementerian Ekonomi

Wartawan TMT

Published

on

Dasar gaji progresif dijangka libat kos tambahan minimum kepada majikan - Kementerian Ekonomi
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Dasar gaji progresif dijangka libat kos tambahan yang minimum kepada majikan kerana kerajaan bercadang untuk memberi insentif tunai kepada majikan terlibat bagi menampung kenaikan kos gaji pekerja, kata Kementerian Ekonomi semalam.
  • Majikan akan terima insentif tunai sekiranya memenuhi syarat-syarat berdasarkan garis panduan kenaikan gaji tahunan yang akan dikeluarkan oleh kerajaan.
  • “Memandangkan kadar penyertaan dalam kesatuan sekerja yang masih rendah di Malaysia, kerajaan akan mengambil langkah sewajarnya untuk meningkatkan jumlah pekerja yang menyertai kesatuan melalui pendedahan yang berterusan berkenaan peranan dan faedah berkesatuan kepada pekerja,” kata kementerian itu dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen semalam.

KUALA LUMPUR: Dasar gaji progresif dijangka melibatkan kos tambahan yang minimum kepada majikan kerana kerajaan bercadang untuk memberi insentif tunai kepada majikan terlibat bagi menampung kenaikan kos gaji pekerja, kata Kementerian Ekonomi semalam.

Majikan akan menerima insentif tunai sekiranya memenuhi syarat-syarat berdasarkan garis panduan kenaikan gaji tahunan yang akan dikeluarkan oleh kerajaan.

Kementerian tersebut berkata penetapan gaji secara kolektif berdasarkan konsep pakatan tiga pihak iaitu antara majikan, kerajaan dan kesatuan sekerja memainkan peranan penting dalam meningkatkan gaji pekerja.

“Memandangkan kadar penyertaan dalam kesatuan sekerja yang masih rendah di Malaysia, kerajaan akan mengambil langkah sewajarnya untuk meningkatkan jumlah pekerja yang menyertai kesatuan melalui pendedahan yang berterusan berkenaan peranan dan faedah berkesatuan kepada pekerja,” kata kementerian itu dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen semalam.

Dasar gaji progresif bertujuan untuk meningkatkan gaji pekerja dan agihan pendapatan yang lebih saksama.

Pada 2022, gaji penengah mencatatkan RM2,424 berbanding sasaran Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Kedua Belas iaitu sebanyak RM2,700 menjelang 2025.

Sumber: Astro Awani

Advertisement

Author

Antarabangsa

AS hantar 15,000 bom, 57,000 peluru meriam kepada rejim penjajah zionis Israel

Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
  • Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
  • Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.

Gaza: Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.

“AS sebelum ini tidak mendedahkan jumlah senjata dihantar ke Israel mahupun pemindahan 100 BLU-109, 2,000 paun bom bunker-buster,” katanya.

Bom bunker-buster terkenal dengan keupayaannya menembusi jauh ke dalam struktur yang padat sebelum meletup.

Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.

Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza awal Jumaat selepas mengisytiharkan penamatan jeda kemanusiaan selama seminggu.

Sekurang-kurangnya 193 rakyat Palestin terbunuh dan 652 cedera dalam serangan udara itu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

Advertisement

Sejak 7 Oktober, lebih 15,000 rakyat Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita terbunuh dalam serangan kejam Israel, sebagai membalas serangan mengejut Hamas.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending