Connect with us

Terkini

Ahli Parlimen jangan beri alasan untuk tidak sokong RUU GEG – CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berharap pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) dapat disegerakan demi hak pengguna.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Ahli Parlimen jangan beri alasan untuk tidak sokong RUU GEG - CAP
Foto: Gambar Sekadar Hiasan.
  • Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berharap pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) dapat disegerakan demi hak pengguna.
  • Pegawai Pendidikan dan Aktivis Anti Merokok CAP N. V. Subbarow berkata pihaknya juga berharap semua ahli parlimen tidak memberikan alasan untuk tidak menyokong RUU itu.
  • Isnin lepas pembentangan rang undang-undang itu yang dikenali sebagai RUU GEG bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat ditangguhkan kepada suatu tempoh yang tidak dimaklumkan.

GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berharap pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) dapat disegerakan demi hak pengguna.

Pegawai Pendidikan dan Aktivis Anti Merokok CAP N. V. Subbarow berkata pihaknya juga berharap semua ahli parlimen tidak memberikan alasan untuk tidak menyokong RUU itu.

“Kebanyakan vaper dan perokok adalah kanak-kanak berumur lapan tahun ke atas serta remaja berusia 13 tahun ke atas, malah hari demi hari semakin ramai kanak-kanak yang ketagih dengan budaya vape ini, kita sudah mempunyai tiga juta vaper, dan majoriti mereka adalah kanak-kanak dan pelajar,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Isnin lepas pembentangan rang undang-undang itu yang dikenali sebagai RUU GEG bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat ditangguhkan kepada suatu tempoh yang tidak dimaklumkan.

Undang-undang itu bertujuan mengharamkan penggunaan, pembelian dan penjualan rokok serta produk vape kepada individu lahir selepas 2007.

Sumber : Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *