Connect with us

Terkini

Ada cahaya dalam perjuangan Palestin selagi ada tubuh jadi ‘benteng terakhir’ mempertahankannya – Nadir Al-Nuri

Cahaya kemenangan untuk Palestin pasti ada selagi mana ada insan sudi menjadikan tubuhnya sebagai ‘benteng terakhir’ untuk mempertahankan bumi anbiya itu, kata Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.

Hidayah Sani

Published

on

Ada cahaya dalam perjuangan Palestin selagi ada tubuh jadi ‘benteng terakhir' mempertahankannya – Nadir Al-Nuri
Foto: Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.
  • Cahaya kemenangan untuk Palestin pasti ada selagi mana ada insan sudi menjadikan tubuhnya sebagai ‘benteng terakhir’ untuk mempertahankan bumi anbiya itu, kata Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.
  • Nadir berkata apa dilakukan mujahidin hari ini adalah permulaan kepada pengakhiran, langkah pertama untuk membolehkan mereka membebaskan negara daripada penjajahan zionis Israel.
  • “Kejutan (serangan) ini adalah kejutan sangat besar dibuat mujahidin sebab itulah mereka menamakannya sebagai Operasi Taufan Al-Aqsa dan taufan memberi makna mereka akan beri kejutan dan mereka akan menggunakan semua kekuatan yang ada di hadapan mereka dan akan memusnahkan semua yang menghalang mereka,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Kumpulan pembebasan Palestin di Gaza, Hamas melancarkan Operasi Taufan Al-Aqsa ke atas Israel awal Sabtu lalu, melepaskan tembakan roket dan menyusup masuk ke Israel melalui darat, udara dan laut.
  • Hamas berkata serangan mengejut itu sebagai tindak balas terhadap penyerbuan Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis Timur yang diduduki serta peningkatan keganasan peneroka haram Israel.

KUALA LUMPUR —- Cahaya kemenangan untuk Palestin pasti ada selagi mana ada insan sudi menjadikan tubuhnya sebagai ‘benteng terakhir’ untuk mempertahankan bumi anbiya itu, kata Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.

Nadir berkata apa dilakukan mujahidin hari ini adalah permulaan kepada pengakhiran, langkah pertama untuk membolehkan mereka membebaskan negara daripada penjajahan zionis Israel.

“Pastinya ada cahaya kemenangan untuk Gaza dan Palestin selagi mana ada insan yang bernyawa di sana yang masih sudi dan mahu untuk menjadikan batang tubuh dia sebagai benteng terakhir untuk bumi Palestin.

“Kejutan (serangan) ini adalah kejutan sangat besar dibuat mujahidin sebab itulah mereka menamakannya sebagai Operasi Taufan Al-Aqsa dan taufan memberi makna mereka akan beri kejutan dan mereka akan menggunakan semua kekuatan yang ada di hadapan mereka dan akan memusnahkan semua yang menghalang mereka.

“Serangan balas (mujahidin) masih lagi berterusan dan kita melihat zionis Israel mengambil juga tindakan nekad di peringkat mereka untuk membalas dendam,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.

Nadir berkata adalah memalukan umat Islam apabila wujud kelompok memilih menunggu mujahidin serba daif itu bertindak terlebih dahulu dan menyaksikan nyawa terkorban sebelum campur tangan dalam konflik dengan mengatakan bantahan terhadap apa yang berlaku.

Beliau mengulas tindakan sekumpulan masyarakat yang melabel pejuang Palestin sebagai pengganas dan berkata ‘Shame of Palestine’ serta berpendirian perang bukanlah solusi dalam konflik melanda Palestin yang dijajah Israel.

Advertisement

Katanya, penindasan terhadap bumi Gaza bukan sahaja melibatkan penduduk Islam sebaliknya masyarakat bukan Islam seperti Kristian turut menerima nasib sama, gereja dibom dan tidak dibenarkan menziarahi kota suci mereka iaitu kota Bethlehem.

Nadir berkata penindasan itu dilihat sebagai isu agama semata-mata kerana masyarakat kurang membaca, dan kuatnya propaganda negara bukan Islam sendiri.

“Untuk kita rakyat Malaysia yang berada bersama-sama mereka, perjuangan mereka, solidariti mereka, kita perlu tahu dan faham larian kita pada kali ini masih lagi jauh. 

“Kita baru nak memanaskan badan, belum lagi nak berlari bersama-sama dengan mereka, maka jangan patah semangat, jangan pancit awal, pastikan momentum ini boleh diteruskan dengan semangat kita, dengan doa kita, perang kita di media sosial, semangat untuk kita mencari dana untuk mereka dan memastikan makanan mereka cukup.

“Itulah yang paling kurang kita boleh lakukan untuk mereka dalam keadaan mereka memberikan segala yang mereka ada untuk perjuangan pembebasan bumi Palestin yang bukan sahaja bumi mereka tetapi bumi umat Islam,” katanya.

Kumpulan pembebasan Palestin di Gaza, Hamas melancarkan Operasi Taufan Al-Aqsa ke atas Israel awal Sabtu lalu, melepaskan tembakan roket dan menyusup masuk ke Israel melalui darat, udara dan laut.

Hamas berkata serangan mengejut itu sebagai tindak balas terhadap penyerbuan Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis Timur yang diduduki serta peningkatan keganasan peneroka haram Israel.

Advertisement

Sebagai tindakan balas, tentera Israel melancarkan ‘Operation Swords of Iron’ terhadap Hamas di Semenanjung Gaza. —- The Merdeka Times

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending