Terkini
Wujudkan Menteri Kewangan Kedua atau beri jawatan kepada individu lain – Radzi Jidin
NEGARA ketika ini memerlukan seorang Menteri Kewangan yang mampu memberi sepenuh masa dan perhatian terhadap urusan-urusan pentadbiran dalam Kementerian Kewangan.

- Negara ketika ini memerlukan seorang Menteri Kewangan yang mampu memberi sepenuh masa dan perhatian terhadap urusan-urusan pentadbiran dalam Kementerian Kewangan.
- Itu penegasan Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr Radzi Jidin terhadap prestasi Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan.
- Radzi mencadangkan agar Kerajaan Perpaduan yang diterajui Anwar mewujudkan jawatan Menteri Kewangan Kedua bagi melicinkan urusan pentadbiran negara.
- Beliau turut menyarankan Anwar yang juga Perdana Menteri untuk memberikan tanggungjawab Menteri Kewangan kepada orang lain sekiranya tidak mahu mewujudkan jawatan Menteri Kewangan Kedua.
NEGARA ketika ini memerlukan seorang Menteri Kewangan yang mampu memberi sepenuh masa dan perhatian terhadap urusan-urusan pentadbiran dalam Kementerian Kewangan.
Itu penegasan Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr Radzi Jidin terhadap prestasi Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan.
Radzi mencadangkan agar Kerajaan Perpaduan yang diterajui Anwar mewujudkan jawatan Menteri Kewangan Kedua bagi melicinkan urusan pentadbiran negara.
Beliau turut menyarankan Anwar yang juga Perdana Menteri untuk memberikan tanggungjawab Menteri Kewangan kepada orang lain sekiranya tidak mahu mewujudkan jawatan Menteri Kewangan Kedua.
“Melihat kepada keadaan ekonomi semasa dan cabaran ekonomi dunia, kita melihat ekonomi Malaysia eksportnya jatuh, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) juga menyederhana.
“Apa yang kita lihat pada waktu ini adalah negara memerlukan seorang Menteri Kewangan yang dapat menumpukan sepenuh masa kepada urusan-urusan pentadbiran Kementerian Kewangan,” katanya.
Mengulas lanjut, Radzi turut membidas hujah Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bahawa terdapat pengasingan tanggungjawab antara Kementerian Kewangan dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.
Menurut Radzi, hal itu kerana setiap urusan berkaitan kewangan perlu dirujuk kepada Kementerian Kewangan dan bukannya Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.
“Saya di Kementerian Hal Ehwal Ekonomi sebelum ini, apa-apa sahaja berkaitan kewangan, kita mesti rujuk kepada Kementerian Kewangan. Tidak boleh buat keputusan terus di bawah Kementerian Ekonomi.
“Sebab itu dah boleh lantik Menteri Kewangan Kedua atau beri tanggungjawab itu kepada orang lain. Lepas itu nak pusing dunia, jumpa pelakon dan penyanyi, boleh buat, janji urusan berkaitan kewangan negara dan ekonomi negara boleh diberi tumpuan sepenuhnya,” katanya.
Sumber: Utusan TV
