Antarabangsa
UNGA 78: Oman desak PBB selesaikan isu Palestin-Israel
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mempunyai ‘tugas moral’ untuk menyelesaikan persoalan Palestin melalui penyelesaian dua negara.

- Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mempunyai ‘tugas moral’ untuk menyelesaikan persoalan Palestin melalui penyelesaian dua negara.
- Perkara itu disampaikan Menteri Luar Oman, Sayyid Badr Al-Busaidi ketika berucap pada Perhimpunan Agung PBB ke-78 di New York.
- Menteri itu juga menyifatkan isu Palestin sebagai ‘ketidakadilan yang berlangsung lebih daripada 70 tahun’.
- Bagaimanapun rakyat Palestin berdiri teguh dalam keyakinan dan keazaman mereka terhadap pendudukan Israel yang kejam, embargo dan penyalahgunaan, pelanggaran undang-undang antarabangsa dan resolusi Majlis Keselamatan.
- “Tiada jalan lain kepada persoalan Palestin selain penyelesaian dua negara,” katanya.
NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mempunyai ‘tugas moral’ untuk menyelesaikan persoalan Palestin melalui penyelesaian dua negara.
Perkara itu disampaikan Menteri Luar Oman, Sayyid Badr Al-Busaidi ketika berucap pada Perhimpunan Agung PBB ke-78 di New York.
Menteri itu juga menyifatkan isu Palestin sebagai ‘ketidakadilan yang berlangsung lebih daripada 70 tahun’.
Katanya, bagaimanapun rakyat Palestin berdiri teguh dalam keyakinan dan keazaman mereka terhadap pendudukan Israel yang kejam, embargo dan penyalahgunaan, pelanggaran undang-undang antarabangsa dan resolusi Majlis Keselamatan.
“Kepercayaan Oman terhadap keadilan, kesaksamaan dan penghormatan terhadap Piagam PBB bermakna ‘seperti semua negara yang aman’.
“Tiada jalan lain kepada persoalan Palestin selain penyelesaian dua negara”, katanya.
Al-Busaidi turut menggesa semua negara untuk ‘kekal terikat’ dengan sistem PBB dalam menyelesaikan pertikaian dan konflik, sambil menambah badan dunia itu mempunyai kewajipan ‘untuk menamatkan penderitaan yang menyakitkan rakyat Palestin’.
“Ini hanya boleh berlaku melalui pengunduran Israel ke sempadan seperti Jun 1967 dan penciptaan negara Palestin merdeka dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kotanya.
“Konflik Russia-Ukraine juga menyebabkan kesan kemanusiaan yang menyakitkan.
Peperangan itu memberikan cabaran penting kepada keamanan antarabangsa dan sistem bekalan yang berfungsi dengan baik di seluruh dunia,” kata Al-Busaidi.
Sehubungan itu, beliau merayu dialog dan rundingan damai antara kedua-dua pihak ‘berdasarkan prinsip tidak mencederakan sesiapa’ serta kedaulatan negara dan kejiranan yang baik.
Sumber: Berita Harian
Antarabangsa
Mahkamah EU putuskan pejabat kerajaan boleh haramkan pemakaian simbol agama termasuk tudung
Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa memutuskan bahawa pejabat kerajaan di organisasi berkenaan boleh melarang kakitangan memakai simbol keagamaan seperti tudung walaupun mereka tidak berjumpa dengan orang ramai.

- Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa memutuskan pejabat kerajaan di organisasi berkenaan boleh melarang kakitangan memakai simbol keagamaan seperti tudung walaupun mereka tidak berjumpa dengan orang ramai.
- “Peraturan sedemikian boleh dikenakan untuk mewujudkan persekitaran pentadbiran yang neutral sepenuhnya,” kata mahkamah.
- Penghakiman itu diperoleh daripada kes dikemukakan seorang kakitangan di pejabat kerajaan tempatan Belgium.
- Kakitangan itu mencabar larangan memakai tudung dikenakan terhadapnya kerana menyifatkan ia melanggar kebebasan beragama dan berasa didiskriminasi.
- Mahkamah berpangkalan di Luxembourg berkata, larangan sebarang tanda yang mendedahkan kepercayaan falsafah atau agama tidak mendiskriminasi jika ia diguna secara umum dan sembarangan kepada semua kakitangan pentadbiran itu.
Brussels: Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa memutuskan bahawa pejabat kerajaan di organisasi berkenaan boleh melarang kakitangan memakai simbol keagamaan seperti tudung walaupun mereka tidak berjumpa dengan orang ramai.
“Peraturan sedemikian boleh dikenakan untuk mewujudkan persekitaran pentadbiran yang neutral sepenuhnya,” kata mahkamah.
Penghakiman itu diperoleh daripada kes yang dikemukakan oleh seorang kakitangan di pejabat kerajaan tempatan Belgium.
Kakitangan itu mencabar larangan memakai tudung dikenakan terhadapnya kerana menyifatkan ia melanggar kebebasan beragama dan berasa didiskriminasi.
Mahkamah yang berpangkalan di Luxembourg itu berkata, larangan sebarang tanda yang mendedahkan kepercayaan falsafah atau agama tidak mendiskriminasi jika ia digunakan secara umum dan sembarangan kepada semua kakitangan pentadbiran itu.
Lagipun, ia terhad kepada perkara yang sangat diperlukan.
Keputusan yang sah untuk pejabat sektor awam di seluruh EU menyokong penghakiman mahkamah EU sebelumnya yang mendapati larangan sedemikian sah di tempat kerja sektor swasta.
Ia berkata, mahkamah negara harus memutuskan kebolehgunaan larangan itu.
Pejabat awam juga boleh mempunyai dasar mengehadkan larangan itu kepada pekerja yang berhadapan dengan orang ramai, atau memutuskan untuk membenarkan pemakaian tanda agama atau falsafah kepercayaan boleh dilihat.
“Setiap negara anggota, dan mana-mana badan infra-negeri dalam rangka kerja kecekapannya, mempunyai margin budi bicara dalam mereka bentuk neutraliti perkhidmatan awam yang ingin dipromosikan di tempat kerja, bergantung pada konteksnya sendiri.
“Bagaimanapun, objektif itu mesti diteruskan dengan cara yang konsisten dan sistematik.
“Langkah yang diambil untuk mencapainya mesti dihadkan kepada apa yang sangat diperlukan,” katanya.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini3 days ago
Lapan individu sehari dijangkiti HIV di Malaysia – Menteri Kesihatan
-
Terkini2 days ago
(VIDEO) Isu Aman Palestin dipolitikkan kerana ada figura politik dalam AP – KJ
-
Terkini3 days ago
Lelaki Muslim dijemput ke program hidangkan makanan tidak halal
-
Antarabangsa2 days ago
Anak perempuan saya dilayan seperti ratu, kata tebusan wanita Hamas dalam sepucuk surat tular