Connect with us

Terkini

Tindakan SKMM kekang media bertentangan hasrat ‘kebebasan media’ dijanjikan PM

Tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memberi amaran, memanggil dan menyekat beberapa portal berita sejak kebelakangan ini dilihat bertentangan dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu melihat suasana kondusif untuk media menjalankan tugasnya tanpa ragu dan takut, kata sekumpulan pengamal media.

Hidayah Sani

Published

on

Tindakan SKMM kekang media bertentangan hasrat 'kebebasan media' dijanjikan PM
Foto: (Dari kiri) Zainal Rashid Ahmad, Datuk Dr Chamil Wariya, Datuk A Kadir Jasin dan Tan Sri Johan Jaaffar. (Barisan tengah dari kiri) Ashwad Ismail dan Dr G Manimaran. (Atas Kanan) Datuk Hussamuddin Yaacob.
  • Tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memberi amaran, memanggil dan menyekat beberapa portal berita sejak kebelakangan ini dilihat bertentangan dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu melihat suasana kondusif untuk media menjalankan tugasnya tanpa ragu dan takut, kata sekumpulan pengamal media.
  • Dalam kenyataan bersama, lebih 20 wartawan veteran, pengamal dan badan media berkata, SKMM seharusnya faham bahawa media bebas dan bertanggungjawab adalah prasyarat utama dalam sistem demokrasi.
  • “Kami juga kesal dengan kenyataan SKMM bertarikh 22 September berhubung dengan isu yang sama. Kami berpendapat reaksi SKMM hanya memperlihatkan kedangkalan  badan pengawas itu dalam memahami tugas dan peranan media,” katanya.
  • Kenyataan itu dikeluarkan dan ditandatangani oleh Tan Sri Johan Jaaffar; Datuk A Kadir Jasin; Datuk Hussamuddin Yaacob; Datuk Seri Azman Ujang; Datuk Dr Chamil Wariya; Datuk Zakaria A Wahab; Datuk Zulkefli Hamzah; Datuk Zaini Hassan; Datuk Mior Kamarulbaid Mior Shahid; Ashwad Ismail dan Ku Seman Ku Hussein.
  • Turut serta dalam kenyataan bersama itu setakat jam 3.45 petang, semalam adalah Dr G Manimaran; Zainal Rashid Ahmad (ZRA Strim); Johardy Ibrahim; Esther Ng Sek Yee; Kuik Cheng Kang; Zamri Rambli; K. Padmanabhan S. Kanayah; Rashid Yusof; The Centre for Independent Journalism, Malaysia (CIJ) dan Gerakan Media Merdeka (GERAMM).
  • Dalam perkembangan terbaru portal berita MalaysiaNow diarahkan untuk menurunkan kandungan berita mengenai kekecohan yang berlaku di Dewan Rakyat pada 19 September lalu.

KUALA LUMPUR —  Tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memberi amaran, memanggil dan menyekat beberapa portal berita sejak kebelakangan ini dilihat bertentangan dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu melihat suasana kondusif untuk media menjalankan tugasnya tanpa ragu dan takut, kata sekumpulan pengamal media.

Dalam kenyataan media bersama, lebih 20 wartawan veteran, pengamal dan badan media berkata, SKMM seharusnya faham bahawa media bebas dan bertanggungjawab adalah prasyarat utama dalam sistem demokrasi.

“Kami juga ingin mengingatkan SKMM bahawa YAB Perdana Menteri telah berkali-kali menekankan pentingnya media bebas dan bertanggungjawab. Beliau juga berjanji akan mengambil sikap terbuka terhadap kritikan atau teguran.

“Langkah SKMM kebelakangan ini sama sekali bertentangan dengan semangat YAB Perdana Menteri yang mahu melahirkan suasana media yang kondusif untuk para pengamalnya bekerja tanpa ragu dan takut,” kata kumpulan pengamal media itu dalam kenyataan pada Ahad.

Kenyataan yang setakat petang semalam ditandatangani 21 wartawan veteran, pengamal media dan badan media berkata, mereka memandang serius tindakan SKMM yang kebelakangan ini memberi amaran, memanggil dan menyekat beberapa portal berita.

Katanya, dalam perkembangan terbaru portal berita MalaysiaNow diarahkan untuk menurunkan kandungan berita mengenai kekecohan yang berlaku di Dewan Rakyat pada 19 September lalu.

“Kami juga kesal dengan kenyataan SKMM bertarikh 22 September berhubung dengan isu yang sama. Kami berpendapat reaksi SKMM hanya memperlihatkan kedangkalan badan pengawas itu dalam memahami tugas dan peranan media.

“Kenyataan itu juga membuktikan bahawa SKMM berselindung di sebalik Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk mewajarkan kewujudannya,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan dan ditandatangani oleh Tan Sri Johan Jaaffar; Datuk A Kadir Jasin; Datuk Hussamuddin Yaacob; Datuk Seri Azman Ujang; Datuk Dr Chamil Wariya; Datuk Zakaria A Wahab; Datuk Zulkefli Hamzah; Datuk Zaini Hassan; Datuk Mior Kamarulbaid Mior Shahid; Ashwad Ismail dan Ku Seman Ku Hussein.

Turut serta dalam kenyataan bersama itu setakat jam 3.45 petang, semalam adalah Dr G Manimaran; Zainal Rashid Ahmad (ZRA Strim); Johardy Ibrahim; Esther Ng Sek Yee; Kuik Cheng Kang; Zamri Rambli; K. Padmanabhan S. Kanayah; Rashid Yusof; The Centre for Independent Journalism, Malaysia (CIJ) dan Gerakan Media Merdeka (GERAMM).

Kumpulan itu turut meluahkan rasa kesal dan kecewa dengan insiden berlaku di Dewan Rakyat semasa sesi penggulungan oleh Perdana Menteri baru-baru ini. 

Katanya, pihak mereka mengutuk sebarang perbuatan mana-mana Ahli Parlimen bertindak di luar adab dan tata susila, selain melanggar peraturan mesyuarat yang menyebabkan berlaku kekecohan pada hari terbabit

Mereka juga berpandangan tidak adil sekiranya mana-mana portal berita yang melaporkan insiden itu disalahkan.

Ini berikutan, insiden di Dewan Rakyat itu disiarkan secara langsung untuk tatapan rakyat Malaysia dan cebisan peristiwa kekecohan itu boleh didapati dalam semua platform media sosial.

“Alasan SKMM bahawa beberapa pelaporan telah “dijadikan senjata untuk memanipulasi kandungan serta mencetuskan rasa tidak hormat dan naratif yang mengelirukan” sebenarnya menimbulkan lebih banyak persoalan.

“Bilakah masanya membuat laporan peristiwa yang berlaku menjadi satu kesalahan di negara ini? Dalam konteks ini kami berpendapat SKMM tidak seharusnya memberikan kuliah tentang apa itu “pelaporan yang tepat”.

“Kami berpendapat SKMM sengaja mencari musuh yang salah bagi mewajarkan tindakannya,” katanya yang menegaskan rata-rata pengamal media memahami tanggungjawab mereka serta dipandu oleh profesionalisme dan etika kewartawanan.

Kumpulan pengamal media itu turut mengingatkan SKMM agar tidak menjadikan permasalahan suruhanjaya tersebut dalam menangani media sosial sebagai alasan untuk membendung hak pengamal media menjalankan tugas mereka.

Mereka memahami tiada kebebasan media yang mutlak di mana-mana di dunia, namun pada masa sama pengamal media harus bekerja dalam suasana tidak sempurna itu untuk menjadi mata dan telinga kepada rakyat. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook ZRA Strim

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Kerajaan Madani perlu setia kepada aspirasi gerakan Islam – MP PKR

Kerajaan Madani perlu setia kepada aspirasi gerakan Islam yang selama ini berdekad-dekad dipinggirkan, kata Ahli Parlimen Pasir Gudang dari Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Hassan Abdul Karim.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Pasir Gudang dari Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Hassan Abdul Karim (kanan).
  • Kerajaan Madani perlu setia kepada aspirasi gerakan Islam yang selama ini berdekad-dekad dipinggirkan, kata Ahli Parlimen Pasir Gudang dari Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Hassan Abdul Karim.
  • Hassan berkata jika tanpa sokongan kelompok reformasi Islam yang setia kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selama ini, Presiden PKR itu juga mungkin tidak akan menjadi Perdana Menteri ke-10 (PMX) hari ini.
  • Justeru PMX dan pendukung kerajaan Madani di Putrajaya diminta supaya mengenangkan jasa individu yang berjuang untuk Islam demi membina negara yang adil dan bersifat Madani.
  • “Pandangan golongan Islam yang membawa idea reformasi tidak patut dipandang ringan atau dianggap picisan.
  • “Jika tiada sokongan golongan reformasi Islam yang setia kepada Anwar Ibrahim selama ini rasanya, ikut hukum adat, Anwar mungkin tak sampai jadi Perdana Menteri kesepuluh,” kata Hassan kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Samsudin di Kongres BERSIH pada Sabtu yang mengingatkan kerajaan bahawa sebarang agenda reformasi dibawakan kelompok gerakan Islam hari ini tidak boleh dianggap sebagai agenda picisan.

KUALA LUMPUR — Kerajaan Madani perlu setia kepada aspirasi gerakan Islam yang selama ini berdekad-dekad dipinggirkan, kata Ahli Parlimen Pasir Gudang dari Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Hassan Abdul Karim.

Hassan berkata jika tanpa sokongan kelompok reformasi Islam yang setia kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selama ini, Presiden PKR itu juga mungkin tidak akan menjadi Perdana Menteri ke-10 (PMX) hari ini.

Justeru, beliau meminta PMX dan pendukung kerajaan Madani di Putrajaya supaya mengenangkan jasa individu yang berjuang untuk Islam demi membina negara yang adil dan bersifat Madani.

“Gerakan Islam adalah satu komponen penting dalam gerakan reformasi di Malaysia. 

“Gerakan Islam adalah pendukung utama Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak beliau menjadi Presiden ABIM kemudian Timbalan Perdana Menteri Malaysia sehingga dipecat pada September 1998.

“Gerakan Islam antara golongan yang setia kepada perjuangan reformasi yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim. 

“Kini Anwar Ibrahim sudah jadi Perdana Menteri Malaysia, justeru Kerajaan Madani sekarang perlu setia kepada aspirasi gerakan Islam yang selama berdekad-dekad dipinggirkan,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Samsudin di Kongres BERSIH pada Sabtu yang mengingatkan kerajaan bahawa sebarang agenda reformasi dibawakan kelompok gerakan Islam hari ini tidak boleh dianggap sebagai agenda picisan.

Sebaliknya, kerajaan perlu mengutamakan agenda dibawakan gerakan Islam ataupun Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) supaya ia dapat dijadikan rujukan dalam tampuk pemerintahan hari ini.

Ahmad Fahmi berkata ini kerana gerakan Islam mempunyai kedudukan dan peranan signifikan untuk ke hadapan, bukan sesuatu yang boleh dianggap sebagai ‘serpihan’ atau ‘ditepi-tepian’.

Kenyataan beliau itu turut disambut baik kelompok bukan Muslim daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong bahawa kerajaan tidak boleh menganggap sebarang agenda reformasi dibawakan kelompok gerakan Islam hari ini sebagai agenda picisan.

Hassan menyatakan beliau senada dengan Presiden ABIM bahawa pandangan, tuntutan dan aspirasi reformasi dibawakan gerakan Islam mesti diberi tempat oleh kerajaan yang berkuasa ketika ini.

“Pandangan golongan Islam yang membawa idea reformasi tidak patut dipandang ringan atau dianggap picisan.

“Jika tiada sokongan golongan reformasi Islam yang setia kepada Anwar Ibrahim selama ini rasanya, ikut hukum adat, Anwar mungkin tak sampai jadi Perdana Menteri kesepuluh.

“Lalu PMX dan pendukung kerajaan Madani di Putrajaya sekarang kenangkanlah jasa orang yang selama ini berjuang untuk Islam demi membina sebuah negara yang adil yang bersifat Madani,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending