Connect with us

Antarabangsa

Tiada unsur hiasan antara etika pemakaian baharu wanita tunaikan umrah

Arab Saudi menguatkuasakan etika berpakaian baharu untuk wanita yang ingin menunaikan umrah.

Wartawan TMT

Published

on

Tiada unsur hiasan antara etika pemakaian baharu wanita tunaikan umrah
Foto: Gambar adalah hiasan.
  • Arab Saudi kuatkuasakan etika berpakaian baharu wanita menunaikan umrah.
  • Arahan tetapkan pakaian longgar, tiada unsur hiasan dan menutupi seluruh badan.
  • Ini ditetapkan spesifikasi Kementerian Haji dan Umrah, dalam satu kemas kini baru-baru ini.
  • Melalui pemakluman disiarkan di media sosial, kementerian itu menetapkan panduan pakaian yang sesuai bagi memastikan kesucian tempat diziarahi sentiasa terpelihara.
  • “Walaupun jemaah wanita mempunyai kuasa autonomi untuk pakaian bagi ibadat umrah, namun mereka perlu menyelaraskan pilihan itu dengan kriteria yang ditetapkan,” katanya.

JEDDAH: Arab Saudi menguatkuasakan etika berpakaian baharu untuk wanita yang ingin menunaikan umrah.

Arahan itu menetapkan pakaian yang longgar, tiada unsur hiasan dan menutupi seluruh badan.

Ini yang ditetapkan melalui spesifikasi Kementerian Haji dan Umrah, dalam satu kemas kini baru-baru ini.

Melalui pemakluman yang disiarkan di platform media sosial, kementerian itu menetapkan panduan pakaian yang sesuai bagi memastikan kesucian tempat yang diziarahi sentiasa terpelihara.

“Walaupun jemaah wanita mempunyai kuasa autonomi untuk pakaian bagi ibadat umrah, namun mereka perlu menyelaraskan pilihan itu dengan kriteria yang ditetapkan.

“Ia termasuk mengenakan pakaian yang besar dan longgar, tiada unsur hiasan dan pakaian hendaklah menutupi seluruh bahagian anggota badan,” katanya.

Pihak berkuasa di Arab Saudi menjangkakan kira-kira 10 juta jemaah dari seluruh dunia akan menunaikan ibadah umrah di Makkah pada musim ini. – AGENSI

Advertisement

Sumber: Buletin TV3

Author

Antarabangsa

AS hantar 15,000 bom, 57,000 peluru meriam kepada rejim penjajah zionis Israel

Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
  • Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
  • Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.

Gaza: Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.

“AS sebelum ini tidak mendedahkan jumlah senjata dihantar ke Israel mahupun pemindahan 100 BLU-109, 2,000 paun bom bunker-buster,” katanya.

Bom bunker-buster terkenal dengan keupayaannya menembusi jauh ke dalam struktur yang padat sebelum meletup.

Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.

Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza awal Jumaat selepas mengisytiharkan penamatan jeda kemanusiaan selama seminggu.

Sekurang-kurangnya 193 rakyat Palestin terbunuh dan 652 cedera dalam serangan udara itu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

Advertisement

Sejak 7 Oktober, lebih 15,000 rakyat Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita terbunuh dalam serangan kejam Israel, sebagai membalas serangan mengejut Hamas.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending