Antarabangsa
Ulama, ahli akademik Arab Saudi – Dr. Qasim Al-Qathardi meninggal dalam penjara
- Menurut kumpulan Prisoners of Conscience Arab Saudi, Dr. Qasim dikatakan terjatuh beberapa hari lalu di dalam biliknya dan tidak sedarkan diri.
- Bagaimanapun, beliau dikatakan tidak diberikan rawatan yang sewajarnya sehingga beliau didapati meninggal dunia.
- Pada 8 Julai 2021, beliau telah ditahan pihak berkuasa Saudi pada 8 Julai 2021 kerana menghadiri sebuah simposium yang diadakan pada tahun 2013 di rumah Dr. Awad Al-Qarni.
ASIR – Ulama dan ahli akademik Arab Saudi, Dr. Qasim al-Qathardi, dilaporkan meninggal dunia di dalam bilik tahanannya di Penjara Sha’ar, Asir, Arab Saudi.
Menurut kumpulan Prisoners of Conscience Arab Saudi, Dr. Qasim dikatakan terjatuh beberapa hari lalu di dalam biliknya dan tidak sedarkan diri.
Bagaimanapun, beliau dikatakan tidak diberikan rawatan yang sewajarnya sehingga beliau didapati meninggal dunia.
Dr. Qasim al-Qathardi merupakan pensyarah al-Quran di Universiti King Khalid di Abha dan Presiden Persatuan Hafazan al-Quran Tarteel.
Pada 8 Julai 2021, beliau telah ditahan pihak berkuasa Saudi pada 8 Julai 2021 kerana menghadiri sebuah simposium yang diadakan pada tahun 2013 di rumah Dr. Awad Al-Qarni.
Beliau juga didakwa kerana memiliki dua buku yang boleh didapati secara umum: “Agar Tidak Terjadi Perpecahan” oleh Ghazi Al-Qusaibi, dan “Eksistensialisme”, sebuah buku yang diajarkan di universiti-universiti di Arab Saudi.
Dr. Qasim dijatuhkan hukuman penjara 8 tahun, termasuk dikenakan larangan perjalanan selama dalam tempoh sama, atas pertuduhan yang dikatakan samar seperti “menyokong ideologi ekstremis” dan “mengganggu ketenteraman awam”.
Semasa perbincaraan, beliau menafikan sekeras-kerasnya pertuduhan itu.
Sementara itu, Pertubuhan Hak Asasi Manusia Sanad (Sanad) mengeluarkan kenyataan takziah dan kesal dengan kematian Dr. Qasim dan memenegaskan bahawa pihak berkuasa Saudi, khususnya Putera Mahkota, Mohammed bin Salman, bertanggungjawab sepenuhnya atas kematian pensyarah itu di dalam penjara.
Sanad juga mengecam keras penahanan sewenang-wenangnya serta perbicaraan yang tidak adil terhadap Dr. Qasim.
Kematian Dr. Qasim antara insiden kematian tragik di dalam penjara Saudi, termasuk kematian pejuang hak asasi manusia ternama seperti Dr. Abdullah Al-Hamid dan Dr. Musa Al-Qarni. – The Merdeka Times
You must be logged in to post a comment Login