Connect with us

Terkini

PM perlu dedahkan senarai projek kerajaan belum siap – Ahli Parlimen DAP

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mesti mendedahkan senarai projek kerajaan bernilai RM10 juta atau lebih yang belum mencapai kadar kemajuan sekurang-kurangnya 30%, gesa seorang Ahli Parlimen.

Wartawan TMT

Published

on

PM perlu dedahkan senarai projek kerajaan belum siap - Ahli Parlimen DAP
Foto: Ahli Parlimen DAP, Lim Lip Eng (kiri), & Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan).
  • Perdana Menteri Anwar Ibrahim mesti mendedahkan senarai projek kerajaan bernilai RM10 juta atau lebih yang belum mencapai kadar kemajuan sekurang-kurangnya 30 peratus, gesa seorang Ahli Parlimen.
  • Bercakap di Dewan Rakyat, Lim Lip Eng (PH-Kepong) berkata, ini akan memastikan projek kerajaan berjalan dengan baik dan dana awam digunakan dengan cekap.
  • Ahli Parlimen DAP itu menggesa Putrajaya mengambil tindakan tatatertib, mengenakan denda, atau mengambil tindakan undang-undang lain yang sesuai terhadap agensi dan pegawai kerajaan yang bertanggungjawab atas projek tergendala bawah RMK12.
  • Lim berkata, ini akan menjadi amaran kepada mereka bertanggungjawab melaksanakan projek-projek ini agar serius dalam melaksanakan tugas.
  • Semalam (11 September), Anwar memberitahu Dewan Rakyat bahawa kerajaan akan membatalkan projek kerajaan yang diluluskan beberapa tahun lepas tetapi masih belum dimulakan.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim mesti mendedahkan senarai projek kerajaan bernilai RM10 juta atau lebih yang belum mencapai kadar kemajuan sekurang-kurangnya 30%, gesa seorang Ahli Parlimen.

Bercakap di Dewan Rakyat, Lim Lip Eng (PH-Kepong) berkata, ini akan memastikan projek kerajaan berjalan dengan baik dan dana awam digunakan dengan cekap.

“Dengan adanya senarai projek-projek ini, kita dapat mengenal pasti projek yang memerlukan perhatian khusus dan tindakan untuk memastikan (projek-projek tersebut) dapat disiapkan dengan berkesan,” katanya semasa membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).

Ahli Parlimen DAP itu turut menggesa Putrajaya mengambil tindakan tatatertib, mengenakan denda, atau mengambil tindakan undang-undang lain yang sesuai terhadap agensi dan pegawai kerajaan yang bertanggungjawab atas projek tergendala bawah RMK12.

Langkah ini bagi menjamin akauntabiliti dan ketelusan diutamakan dalam projek kerajaan, katanya.

Lim berkata, ini akan menjadi amaran kepada mereka yang bertanggungjawab melaksanakan projek-projek ini agar serius dalam melaksanakan tugas.

“Selain itu, langkah-langkah ini juga akan membantu melindungi kepentingan negara dan rakyat dan memastikan penggunaan dana kewangan negara dengan lebih berkesan,” tambahnya.

Semalam (11 September), Anwar memberitahu Dewan Rakyat bahawa kerajaan akan membatalkan projek kerajaan yang telah diluluskan beberapa tahun lepas tetapi masih belum dimulakan.

Projek-projek sebegitu termasuk yang telah diluluskan bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

Jelasnya, pembatalan itu dibuat bagi memberi laluan kepada projek yang lebih diperlukan rakyat.

Sumber: Free Malaysia Today

Author

Terkini

Gangguan IT global jejaskan operasi penerbangan, bank, media & hospital

Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.
  • Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.
  • Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat dan lapangan terbang Australia.
  • Syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

KUALA LUMPUR — Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

“Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.

BBC pada akaun X @BBCBreaking melaporkan bahawa gangguan IT secara besar-besaran telah menyebabkan pesawat tidak boleh berlepas dan menjejaskan bank, penyiar dan perniagaan di seluruh dunia.

Akaun X Bloomberg @business melaporkan bahawa satu siri gangguan teknikal, yang dicetuskan oleh gangguan Microsoft dilaporkan, mengganggu perkhidmatan di seluruh dunia, menjejaskan sektor daripada syarikat penerbangan hingga perbankan.

Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan bahawa hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.

Di Australia, Al Jazeera di X @AJEnglish melaporkan gangguan IT besar yang menjejaskan bank, telekomunikasi, saluran media dan syarikat penerbangan.

Juga di Australia, Lapangan Terbang Melbourne melalui akaun Xnya @MelAir berkata bahawa ia sedang mengalami isu teknologi global yang memberi kesan kepada prosedur daftar masuk untuk beberapa syarikat penerbangan.

Frontier Airlines melalui @FlyFrontier melaporkan kesan gangguan Microsoft pada sistem mereka, menjejaskan tempahan, daftar masuk, akses kepada pas masuk dan beberapa penerbangan.

Sementara itu, perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat serta lapangan terbang Australia.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

Difahamkan Malaysia Airlines juga tidak terjejas.

Walaupun nampaknya tiada pembatalan setakat ini, penerbangan ke destinasi yang terjejas akibat gangguan global boleh menjejaskan penerbangan Malaysia Airlines. — BERNAMA/Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending