Terkini
Kerajaan akan tingkatkan akses pekerjaan bagi kelompok OKU
Kerajaan akan memberi penekanan terhadap peningkatan akses kepada pekerjaan bagi golongan orang kurang upaya (OKU) sebagai usaha memperkasa golongan tersebut.
- Kerajaan akan memberi penekanan terhadap peningkatan akses kepada pekerjaan bagi golongan orang kurang upaya (OKU) sebagai usaha memperkasa golongan tersebut.
- Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, maklumat mengenai pencari kerja dalam kalangan golongan OKU akan disepadukan dalam portal carian kerja, MYFutureJobs.
- “(Ini) bagi mencapai sasaran satu peratus OKU dalam perkhidmatan awam,” katanya ketika berucap semasa pembentangan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Negara.
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberi penekanan terhadap peningkatan akses kepada pekerjaan bagi golongan orang kurang upaya (OKU) sebagai usaha memperkasa golongan tersebut.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, maklumat mengenai pencari kerja dalam kalangan golongan OKU akan disepadukan dalam portal carian kerja, MYFutureJobs.
“Prosedur operasi standard (SOP) pengambilan OKU pula akan ditambah baik.
“(Ini) bagi mencapai sasaran satu peratus OKU dalam perkhidmatan awam,” katanya ketika berucap semasa pembentangan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Negara.
Sumber: Utusan Malaysia