Terkini
‘Keputusan mahkamah bukti saya berjaya hentikan tuduhan bermotif politik’ – Zahid Hamidi
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan keputusan mahkamah melepas tanpa membebaskan dirinya terhadap kes dihadapinya menunjukkan tuduhan bermotif politik selama ini sudah berjaya dihentikan.

- Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan keputusan mahkamah melepas tanpa membebaskan dirinya terhadap kes dihadapinya menunjukkan tuduhan bermotif politik selama ini sudah berjaya dihentikan.
- Beliau berkata, selepas ini menjadi tugasnya dan kepimpinan BN serta UMNO untuk memulihkan persepsi rakyat terhadap segala bentuk tuduhan politik selama ini yang dilemparkan kepada mereka.
- “Tugas kami dalam UMNO dan BN adalah untuk meneruskan perjuangan ini supaya lemparan tuduhan yang selama ini bermotifkan politik dapat dihentikan,” katanya pada sidang media di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan keputusan mahkamah melepas tanpa membebaskan dirinya terhadap kes dihadapinya menunjukkan tuduhan bermotif politik selama ini sudah berjaya dihentikan.
Beliau berkata, selepas ini menjadi tugasnya dan kepimpinan BN serta UMNO untuk memulihkan persepsi rakyat terhadap segala bentuk tuduhan politik selama ini yang dilemparkan kepada mereka.
“Tugas kami dalam UMNO dan BN adalah untuk meneruskan perjuangan ini supaya lemparan tuduhan yang selama ini bermotifkan politik dapat dihentikan,” katanya pada sidang media di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Terdahulu, media melaporkan Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri, dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi daripada 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya.
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid, 70, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, yang memaklumkan Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap Ahmad Zahid pada peringkat ini.
Sumber: Berita Harian
Terkini
Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat
Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cukai itu tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
- Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
- “Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.
KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.
Malah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cukai tersebut tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
“Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang.
“Namun, ia tidak membebankan rakyat kerana kenaikan ini tidak melibatkan perkhidmatan seperti makan minum, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik,” katanya di Dewan Negara hari ini.
Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan juga akan mengenakan cukai barangan bernilai tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang nilai tinggi tertentu berdasarkan nilai ambang harga barangan.
Sumber: Kosmo
-
Terkini3 days ago
Lapan individu sehari dijangkiti HIV di Malaysia – Menteri Kesihatan
-
Terkini2 days ago
(VIDEO) Isu Aman Palestin dipolitikkan kerana ada figura politik dalam AP – KJ
-
Terkini3 days ago
Lelaki Muslim dijemput ke program hidangkan makanan tidak halal
-
Antarabangsa2 days ago
Anak perempuan saya dilayan seperti ratu, kata tebusan wanita Hamas dalam sepucuk surat tular