Connect with us

Terkini

Keputusan kes Iki Putra bawa kepincangan kepada Perlembagaan Persekutuan – Peguam

Keputusan mahkamah berhubung kes Iki Putra Mubarak menyebabkan kepincangan dan wujudnya ‘loophole’ (ruang kelemahan) pada Perlembagaan Persekutuan, kata peguam, Lukman Sheriff Alias.

Hidayah Sani

Published

on

Keputusan kes Iki Putra bawa kepincangan kepada Perlembagaan Persekutuan – Peguam
Foto: Peguam, Lukman Sheriff Alias.
  • Keputusan mahkamah berhubung kes Iki Putra Mubarak menyebabkan kepincangan dan wujudnya ‘loophole’ (ruang kelemahan) pada Perlembagaan Persekutuan, kata peguam, Lukman Sheriff Alias.
  • Lukman Sheriff berkata, berdasarkan kes Iki Putra, hanya Parlimen mempunyai kuasa menggubal undang-undang jenayah, tetapi Perlembagaan juga menetapkan Parlimen tidak boleh membuat undang-undang jenayah bersifat diskriminasi yang hanya terpakai pada Muslim sahaja kecuali untuk Wilayah persekutuan.
  • Katanya, pindaan Perlembagaan Persekutuan perlu dilakukan untuk kebaikan generasi akan datang atau Malaysia akan berubah menjadi seperti negara sekular yang memisahkan di antara agama dan negara.
  • “Apa makna semua ini bagi orang awam? Kecuali mungkin bagi Wilayah Persekutuan, selepas ini tiada lagi boleh wujud undang-undang yang boleh halang Muslim dari berjudi, menyebar ajaran sesat, makan minum waktu puasa, berkhalwat, berzina, dan sebagainya,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
  • Media sebelum ini melaporkan Iki Putra didakwa di Mahkamah Syariah pada 21 Ogos 2019 atas kesalahan meliwat yang dilakukannya di Bangi, Selangor, namun disebabkan tidak berpuas hati dengan pertuduhan itu, dia mencabar peruntukan Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah Selangor (EJSS) 1995 dengan mendakwa negeri atau Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa untuk menggubal dan membicarakan kes jenayah liwat.

KUALA LUMPUR — Keputusan mahkamah berhubung kes Iki Putra Mubarak menyebabkan kepincangan dan wujudnya ‘loophole’ (ruang kelemahan) pada Perlembagaan Persekutuan, kata peguam, Lukman Sheriff Alias.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Lukman Sheriff berkata, berdasarkan kes Iki Putra, hanya Parlimen mempunyai kuasa menggubal undang-undang jenayah, tetapi Perlembagaan juga menetapkan Parlimen tidak boleh membuat undang-undang jenayah bersifat diskriminasi yang hanya terpakai pada Muslim sahaja kecuali untuk Wilayah persekutuan.

Katanya, pindaan Perlembagaan Persekutuan perlu dilakukan untuk kebaikan generasi akan datang atau Malaysia akan berubah menjadi seperti negara sekular yang memisahkan di antara agama dan negara.

Keputusan mahkamah ini (kes Iki Putra) menyebabkan Perlembagaan kita pincang. Wujud loophole. Pada saya interpretasi ini menghasilkan keadaan yang sungguh “absurd”. Takkan tiada siapa yang ada kuasa.

“Apa makna semua ini bagi orang awam? Kecuali mungkin bagi Wilayah Persekutuan, selepas ini tiada lagi boleh wujud undang-undang yang boleh halang Muslim dari berjudi, menyebar ajaran sesat, makan minum waktu puasa, berkhalwat, berzina, dan sebagainya. 

“Malaysia akan berubah selama-lamanya. Kita dah jadi macam negara barat. Negara sekular yang pisahkan agama dan negara serta sama ada kita sedar atau tidak kuasa negeri dan Sultan kita telah dikurangkan oleh kes ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Lukman menyifatkan situasi itu lebih teruk daripada penjajahan British yang dikatakan tidak berani menyentuh mahupun mengubah perkara terbabit.

Katanya, masyarakat perlu menunjukkan kesepakatan menginginkan perlembagaan dipinda sekiranya mahu suara didengari ahli politik yang memerlukan dua pertiga wakil rakyat untuk menyokongnya.

“Keadaan kita kalau diteliti lebih teruk dari waktu British. British pun tak berani sentuh dan ubah ini. Tahun 2021 segalanya telah berubah oleh mahkamah.

Sebab itu kita tiada pilihan kecuali pinda perlembagaan. Kalau kita gagal, kita akan mewariskan negara ke anak cucu kita satu negara yang sungguh asing dan berbeza dari negara yang kita merdekakan pada 1957. 

“Tiang seri perlembagaan kita sudah pun roboh dan kita tidak terdaya dirikannya semula,” kata Lukman Sheriff yang juga Pengerusi Gabungan Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA).

Media sebelum ini melaporkan Iki Putra didakwa di Mahkamah Syariah pada 21 Ogos 2019 atas kesalahan meliwat yang dilakukannya di Bangi, Selangor, namun disebabkan tidak berpuas hati dengan pertuduhan itu, dia mencabar peruntukan Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah Selangor (EJSS) 1995 dengan mendakwa negeri atau Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa untuk menggubal dan membicarakan kes jenayah liwat.

Pada 25 Februari 2021, Mahkamah Persekutuan sebulat suara membenarkan cabaran undang-undang dibuat Iki Putra, sekaligus mengenepikan undang-undang Syariah Selangor yang menetapkan seks di luar tabii sebagai jenayah.

Susulan itu, mahkamah memutuskan bidang kuasa jenayah adalah bidang kuasa Persekutuan, bukan Negeri. 

Pada 19 Mac tahun sama, seramai 200 peguam, termasuk peguambela, peguam cara dan peguam syarie menandatangani petisyen bagi mendesak pindaan Perlembagaan Persekutuan susulan kes Iki Putra.

Menerusi kenyataan bersama, kumpulan peguam itu menyatakan kebimbangan terhadap implikasi keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Iki Putra melawan Kerajaan Selangor terhadap bidang kuasa negeri menggubal undang-undang jenayah Islam. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Lukman Sheriff

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

AS veto resolusi PBB tuntut gencatan senjata segera Gaza

Amerika Syarikat (AS) memveto usul Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dibentang Algeria menggesa “gencatan senjata segera” di Gaza.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Duta AS ke PBB, Linda Thomas-Greenfield.
  • Amerika Syarikat (AS) memveto usul Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dibentang Algeria menggesa “gencatan senjata segera” di Gaza.
  • Washington memveto cadangan PBB itu yang menuntut gencatan senjata segera dan pembebasan “tanpa syarat” semua tebusan yang diculik ketika serangan 7 Oktober lalu.
  • Duta AS ke PBB, Linda Thomas-Greenfield menggelar undian itu “penuh harapan dan tidak bertanggungjawab”.
  • Hamas berkata veto AS itu menyamai satu tindakan memberi “lampu hijau” bagi Israel untuk melakukan lebih banyak pembunuhan.
  • Veto itu mencetuskan kritikan terhadap Washington, bukan sahaja dari China dan Russia yang menolak sokongan tegas AS untuk Israel, tetapi juga dari sekutu AS termasuk Perancis, Malta dan Slovenia.

Amerika Syarikat (AS) memveto usul Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dibentang Algeria menggesa “gencatan senjata segera” di Gaza.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Washington memveto cadangan PBB itu yang menuntut gencatan senjata segera dan pembebasan “tanpa syarat” semua tebusan yang diculik ketika serangan 7 Oktober lalu.

Duta AS ke PBB, Linda Thomas-Greenfield menggelar undian itu “penuh harapan dan tidak bertanggungjawab”.

Hamas berkata veto AS itu menyamai satu tindakan memberi “lampu hijau” bagi Israel untuk melakukan lebih banyak pembunuhan.

Veto itu mencetuskan kritikan terhadap Washington, bukan sahaja dari China dan Russia yang menolak sokongan tegas AS untuk Israel, tetapi juga dari sekutu AS termasuk Perancis, Malta dan Slovenia.

AS memegang rekod berterusan menggunakan kuasa vetonya untuk melindungi Israel daripada pertanggungjawaban, iaitu sejak Israel ditubuhkan pada 1948 melalui kempen pembersihan etnik, yang dipanggil rakyat Palestin sebagai Nakba.

Menurut analisis Al Jazeera dipetik Truthout, AS telah menolak 34 daripada 36 resolusi PBB berkaitan dengan Palestin. – The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending