Connect with us

Terkini

Segera pinda Perlembagaan Persekutuan, perkasa undang-undang jenayah syariah – NGO

Kesemua wakil rakyat diseru supaya meminda Perlembagaan negara sebelum peruntukan yang terdapat di dalam jenayah Syariah dicabar dan dibatalkan kelak.

Wartawan TMT

Published

on

Segera pinda Perlembagaan Persekutuan, perkasa undang-undang jenayah syariah – NGO
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kesemua wakil rakyat diseru supaya meminda Perlembagaan negara sebelum peruntukan yang terdapat di dalam jenayah Syariah dicabar dan dibatalkan kelak.
  • Seruan dibuat oleh Presiden Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Lukman Sheriff Alias dan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz sebagai menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah
  • Ini susulan kekhuatiran Sultan Sharafuddin terhadap kes-kes mahkamah mencabar kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggubal undang-undang Islam di bawah enakmen negeri dan bidang kuasa Mahkamah Syariah.
  • PEMBELA dan ABIM dalam satu kenyataan bersama menegaskan, seruan perlu dilaksanakan segera bagi mengelak sebarang kesan yang tidak dijangka berlaku.
  • “Kami menaruh keyakinan Perdana Menteri bersama Kerajaan Madani berikutan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk menyelesaikan polemik dan tekanan ke atas isu kepentingan Syariah dalam tempoh terdekat,” katanya.
  • Pindaan Perlembagaan Persekutuan itu bagi membolehkan kuasa yang lebih luas kepada DUN dalam menggubal peruntukan berkenaan dengan kesalahan jenayah Syariah bagi orang Islam.

Kesemua wakil rakyat diseru supaya meminda Perlembagaan negara sebelum peruntukan yang terdapat di dalam jenayah Syariah dicabar dan dibatalkan kelak.

Seruan dibuat oleh Presiden Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Lukman Sheriff Alias dan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz sebagai menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah

Ini susulan kekhuatiran Sultan Sharafuddin terhadap kes-kes mahkamah mencabar kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggubal undang-undang Islam di bawah enakmen negeri dan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

PEMBELA dan ABIM dalam satu kenyataan bersama menegaskan, seruan perlu dilaksanakan segera bagi mengelak sebarang kesan yang tidak dijangka berlaku.

Pada masa sama, mereka turut menggesa, kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi menyelesaikan kemelut tekanan ke atas bidang kuasa DUN dalam menggubal peruntukan berkaitan dengan kesalahan jenayah Syariah.

“Kami menaruh keyakinan Perdana Menteri bersama Kerajaan Madani berikutan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk menyelesaikan polemik dan tekanan ke atas isu kepentingan Syariah dalam tempoh terdekat,” katanya.

Sebelum ini, Sultan Sharafuddin menzahirkan, kebimbangan terhadap trend kes yang menggambarkan kedudukan enakmen negeri melibatkan kesalahan jenayah Syariah semakin tercabar dan menjejaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Advertisement

Oleh itu bagi tuanku, penyelesaian hanya boleh dibuat melalui tindakan Legislatif dengan membuat pindaan tertentu kepada peruntukan undang-undang yang berkaitan.

Ini bagi membolehkan kuasa yang lebih luas kepada DUN dalam menggubal peruntukan berkenaan dengan kesalahan jenayah Syariah bagi orang Islam.

Sumber: Utusan TV

Author

Terkini

Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat

Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cukai itu tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
  • Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
  • “Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

Malah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cukai tersebut tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.

Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.

“Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang.

“Namun, ia tidak membebankan rakyat kerana kenaikan ini tidak melibatkan perkhidmatan seperti makan minum, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan juga akan mengenakan cukai barangan bernilai tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang nilai tinggi tertentu berdasarkan nilai ambang harga barangan. 

Advertisement

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending