Connect with us

Terkini

Pindaan perlembagaan satu-satunya jalan perkasa sistem kehakiman, perundangan syariah – Dr Zulkifli Al-Bakri

Kerajaan perlu meminda Perlembagaan Persekutuan sebagai satu-satunya jalan memperkasa dan memartabatkan sistem kehakiman dan perundangan syariah negara susulan kes Iki Putra Mubarak yang diputuskan Mahkamah Persekutuan sebelum ini.

Hanani Zulkifli

Published

on

Pindaan perlembagaan satu-satunya jalan perkasa sistem kehakiman, perundangan syariah – Dr Zulkifli Al-Bakri
Foto: Gambar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
  • Kerajaan perlu meminda Perlembagaan Persekutuan sebagai satu-satunya jalan memperkasa dan memartabatkan sistem kehakiman dan perundangan syariah negara susulan kes Iki Putra Mubarak yang diputuskan Mahkamah Persekutuan sebelum ini.
  • Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ini kerana kes Iki Putra yang diputuskan pada 2021 diibaratkan sebagai domino yang boleh menjatuhkan satu persatu undang-undang syariah di peringkat negeri.  
  • Katanya, kes berlaku di Kelantan pada tahun lalu mengambil fakta kes Iki Putra dan akan mencabar 20 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 Kelantan dan impaknya amat besar kepada undang-undang syariah negeri lain, jika diputuskan tidak berperlembagaan.
  • “Saya dengan tegas mengatakan sudah sampai masanya mana-mana kerajaan yang memerintah Malaysia dan mentadbir, hendaklah memandang serius dalam memperkasa dan memartabatkan undang-undang syariah yang seolah-olah boleh disepak terajang dan dinyahkan walaupun hanya dengan mahkamah majistret atau mahkamah rendah sivil. 
  • “Kekeliruan apabila bertembung antara mahkamah syariah dan mahkamah sivil sentiasa berpihak kepada mahkamah sivil. Itulah harga yang terpaksa dibayar oleh kita,” kata Zulkifli dalam kenyataan bertajuk ‘Apa selepas Iki Putra? Masa depan kedaulatan kuasa Raja-Raja Melayu dan autoriti Mahkamah Syariah’ disiarkan di akaun Facebooknya semalam.
  • The Merdeka Times pada 2 Ogos lalu melaporkan pendedahan peguam, Lukman Sheriff Alias bahawa mahkamah akan mendengar cabaran terhadap undang-undang jenayah syariah Kelantan yang bakal meruntuhkan undang-undang jenayah syariah negeri lain dalam masa sebulan dua ini. 

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu meminda Perlembagaan Persekutuan sebagai satu-satunya jalan memperkasa dan memartabatkan sistem kehakiman dan perundangan syariah negara susulan kes Iki Putra Mubarak yang diputuskan Mahkamah Persekutuan sebelum ini.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ini kerana kes Iki Putra yang diputuskan pada 2021 diibaratkan sebagai domino yang boleh menjatuhkan satu persatu undang-undang syariah di peringkat negeri.  

Katanya, kes berlaku di Kelantan pada tahun lalu mengambil fakta kes Iki Putra dan akan mencabar 20 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 Kelantan dan impaknya amat besar kepada undang-undang syariah negeri lain, jika diputuskan tidak berperlembagaan.

“Saya dengan tegas mengatakan sudah sampai masanya mana-mana kerajaan yang memerintah Malaysia dan mentadbir, hendaklah memandang serius dalam memperkasa dan memartabatkan undang-undang syariah yang seolah-olah boleh disepak terajang dan dinyahkan walaupun hanya dengan mahkamah majistret atau mahkamah rendah sivil. 

“Kekeliruan apabila bertembung antara mahkamah syariah dan mahkamah sivil sentiasa berpihak kepada mahkamah sivil. Itulah harga yang terpaksa dibayar oleh kita,” kata Zulkifli dalam kenyataan bertajuk ‘Apa selepas Iki Putra? Masa depan kedaulatan kuasa Raja-Raja Melayu dan autoriti Mahkamah Syariah’ disiarkan di akaun Facebooknya semalam.

Zulkifli berkata beliau mengambil maklum keputusan Mahkamah Persekutuan pada 25 Februari 2021 dalam kes Iki Putra Mubarrak lawan Kerajaan Negeri Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berkenaan keabsahan Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995. 

Katanya, natijah daripada keputusan itu telah menetapkan bidang kuasa jenayah adalah bidang kuasa Persekutuan, bukan Negeri. 

Advertisement

“Maka, kesalahan jenayah syariah boleh dianggap bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan boleh dipertikaikan keabsahannya,” kata Zulkifli yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 

Susulan itu, Zulkifli berkata, satu-satunya jalan yang ada bagi memperkasakan dan memartabatkan undang-undang syariah di negara ini adalah dengan melakukan pindaan Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, pindaan Perlembagaan Persekutuan itu sebelum ini disarankan 200 peguam, termasuk peguambela, peguam cara dan peguam syarie yang menandatangani petisyen bagi mendesak pindaan Perlembagaan Persekutuan susulan kes Iki Putra Mubarak.

“Perjalanan memperkasa undang-undang syariah ini bukan kerja sehari dua. Saya sedia maklum dan yakin, mana-mana Menteri yang terlibat samada sebelum atau selepas saya, memberikan komitmen sepenuhnya untuk perjuangan ini. 

“Ini masanya untuk kita bersatu kerana ia sudah menyentuh kuasa Sultan dan Raja-Raja Melayu selaku Ketua Agama Islam, begitu juga autoriti Mahkamah Syariah,” kata Zulkifli dalam kenyataan media itu.

The Merdeka Times pada 2 Ogos lalu melaporkan pendedahan peguam, Lukman Sheriff Alias bahawa mahkamah akan mendengar cabaran terhadap undang-undang jenayah syariah Kelantan yang bakal meruntuhkan undang-undang jenayah syariah negeri lain dalam masa sebulan dua ini. 

Advertisement

Lebih membimbangkan Lukman Sheriff yang juga Pengerusi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA) selepas beliau difahamkan tiada majlis-majlis agama negeri mencelah dalam kes terbabit. – The Merdeka Times

Sumber: Facebook

Author

Terkini

Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel

Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

A.R. Khan

Published

on

Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel
Foto: Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo.
  • Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
  • Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
  • Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
  • “Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
  • Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.

Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.

Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi  Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.

Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.

“Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat.

“Kami akan bekerjasama dengan AS berkaitan sekatan ini dan akan mendorong Kesatuan Eropah (EU) untuk mengikutinya,” kata De Croo dipetik Brussels Times.

Sejak serangan dilancarkan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu, keganasan semakin meningkat di Tebing Barat dengan sekurang-kurangnya 258 warga Palestin terbunuh, menurut statistik Pihak Berkuasa Palestin.

Advertisement

Majoritinya terbunuh dalam pertembungan dengan tentera zionis dengan majoriti orang awam menjadi mangsa keganasan tanpa provokasi peneroka pelampau Israel.

Ia juga disebabkan kerajaan sayap kanan Israel yang terdiri daripada peneroka ultranasionalis, mengisyaratkan sokongan terhadap tindakan kumpulan peneroka haram Israel. 

Setakat ini, lebih 17,150 warga Palestin, termasuk lebih 7,000 kanak-kanak, terbunuh dalam tempoh lebih lapan minggu serangan rejim zionis Israel ke atas Gaza, manakala 1,200 orang terkorban di Israel. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending