Terkini
DAP sudah jadi orang suruhan Zahid Hamidi
DAP didakwa hipokrit dan gila kuasa serta tiada prinsip kerana sudah mengikut telunjuk Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang dilepaskan daripada 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.

- DAP didakwa hipokrit dan gila kuasa serta tiada prinsip kerana sudah mengikut telunjuk Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang dilepaskan daripada 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.
- Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, Naib Pengerusi DAP Nga Kor Ming didakwa menjadi puppet (patung) menyucikan orang korup kerana jawatan menteri.
- “DAP sudah jadi lapdog (orang suruhan) kepada Zahid. Hipokrit. Gila kuasa. Tiada prinsip.
- “Dulu @NgaKorMing yang tuduh Zahid korup. Dulu, dia tuduh PM @IsmailSabri60 ‘Puppet’ Zahid. Kini dia yang jadi puppet sucikan orang korup kerana jawatan menteri,” katanya menerusi ciapan Twitter beliau semalam.
- Terdahulu, Kor Ming berkata, adalah lebih profesional sekiranya Syed Saddiq selaku Ahli Parlimen menyokong kerajaan, berbincang dengan pucuk pimpinan berhubung perkembangan kes Ahmad Zahid, selain membuat kenyataan kepada media.
PETALING JAYA: DAP didakwa hipokrit dan gila kuasa serta tiada prinsip kerana sudah mengikut telunjuk Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang dilepaskan daripada 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.
Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, malah, Naib Pengerusi DAP Nga Kor Ming didakwa menjadi puppet (patung) untuk menyucikan orang korup kerana jawatan menteri.
“DAP sudah jadi lapdog (orang suruhan) kepada Zahid. Hipokrit. Gila kuasa. Tiada prinsip.
“Dulu @NgaKorMing yang tuduh Zahid korup. Dulu, dia tuduh PM @IsmailSabri60 ‘Puppet’ Zahid. Kini dia yang jadi puppet sucikan orang korup kerana jawatan menteri,” katanya menerusi ciapan Twitter beliau semalam.
Terdahulu, Kor Ming berkata, adalah lebih profesional sekiranya Syed Saddiq selaku Ahli Parlimen menyokong kerajaan, berbincang dengan pucuk pimpinan berhubung perkembangan kes Ahmad Zahid, selain membuat kenyataan kepada media.
Beliau juga berkata DAP tidak akan menarik sokongan terhadap kerajaan perpaduan susulan perkembangan kes Ahmad Zahid.
Sebelum ini, Syed Saddiq memberi amaran bahawa Muda tidak akan teragak-agak menilai semula kedudukan parti itu dalam kerajaan dengan partinya mengatakan perkembangan terkini kes itu ‘melanggar garis merah’.
Isnin lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan tanpa membebaskan Zahid daripada 47 tuduhan rasuah, pecah amanah, dan pengubahan wang membabitkan dana Yayasan Akalbudi; selepas timbalan pendakwa raya memaklumkan Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap beliau pada peringkat itu.
Sumber: Utusan Malaysia
Terkini
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

- Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
- Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
- Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
- Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
- Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.
Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.
Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini2 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas