Connect with us

Antarabangsa

Warga AS bunuh bapa jalani hukuman mati di Arab Saudi

Arab Saudi semalam melaksanakan hukuman mati ke atas seorang warga Amerika Syarikat (AS) yang disabitkan kesalahan mendera dan membunuh bapanya.

Wartawan TMT

Published

on

Warga AS bunuh bapa jalani hukuman mati di Arab Saudi
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Arab Saudi semalam melaksanakan hukuman mati ke atas seorang warga Amerika Syarikat (AS) yang disabitkan kesalahan mendera dan membunuh bapanya.
  • Hukuman mati ke atas Bishoy Sharif Naji Naseef dijalankan di wilayah Riyadh, menurut laporan agensi berita Saudi Press Agency (SPA).
  • Bagaimanapun, usia Bishoy Sharif dan kaedah hukuman mati dilaksanakan ke atasnya, tidak dinyatakan.
  • Menurut penjumlahan oleh AFP berdasarkan laporan media, sekurang-kurang 91 orang termasuk 19 warga asing, menjalani hukuman mati di Arab Saudi, tahun ini.

RIYADH: Arab Saudi semalam melaksanakan hukuman mati ke atas seorang warga Amerika Syarikat (AS) yang disabitkan kesalahan mendera dan membunuh bapanya.

Hukuman mati ke atas Bishoy Sharif Naji Naseef dijalankan di wilayah Riyadh, menurut laporan agensi berita Saudi Press Agency (SPA).

SPA melaporkan mahkamah mendapati Bishoy Sharif memukul dan mencekik bapanya yang juga seorang warga Mesir, sehingga mati sebelum mengerat mayat mangsa, selain menggunakan dadah serta cuba membunuh seorang lagi individu.

Bagaimanapun, usia Bishoy Sharif dan kaedah hukuman mati yang dilaksanakan ke atasnya, tidak dinyatakan.

Menurut penjumlahan oleh AFP berdasarkan laporan media negara ini, sekurang-kurang 91 orang termasuk 19 warga asing, telah menjalani hukuman mati di Arab Saudi, tahun ini.

Mereka meliputi warga Bahrain, Bangladesh, Mesir, India, Jordan, Nepal, Pakistan, Filipina dan Yaman.

Tahun lalu, sebanyak 147 hukuman mati dilaksanakan, meningkat lebih dua kali ganda berbanding 69 pada 2021.

Advertisement

Sumber: Berita Harian

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS

Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima. 

“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.

“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).

“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.

Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.

Advertisement

“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.

Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.

Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.

Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times

Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by THE MERDEKA TIMES (TMT) (@themerdekatimes)

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending